BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Tuesday, April 21, 2015

Si kecik Nazeeha cerdik

Assalam semua.

Ibu udah pening kok dengan research. Bila pening, tgk hp tgk gmbo si kecik la.

hmm.. si kecik ni mcm2 dh blaja. cepat blaja. betul la budok kecik ni mcm span otak dia. absorb cepat. sruppp gteww. pastu mudoh imitate apa yang dia perati. x kira kelakuan orang ke, kelakuan binatang ke. haih

si comel Nazeeha ni dah dua hari x berak. sokmo gitu. so risau jugok la. mujur kentut ok. so Dr kata kalo x berak tp kentut, still ok. x de masalah. bermasalah kalo x berak dan x jugak kentut. bimbang takut salurannya tersumbat. so, si comel Nazeeha setakat ni sihat walafiat.

so sbb ibu dia runsing dia x berak, malam tadi, main2 dengan si kecik ni, sambil diperhatikan tokmie. Ibu cakap: "Dik, berak dik. dua hari dh adik x berak. berak la. neh. berak la"

Eh eh tetibe si kecik ni, masa tu tgh berdiri, tetiba duk menunggeng i.e mcm nak rukuk tu. sambil tangan kuis2 lantai dapur.

ibu dan tokmi duk perati, buat apa tu.

pastu dia berdiri tegak semula.

Ibu ckp sekali lagi, berak lah dik. sambil tepuk montot dia. hehe

Sama mcm tadi, still dia menunggeng dan kais2 lantai guna kedua-dua belah tangan.

Ya Rabbi.... hahahhahaha... tokmie dh pecah ketawa dh. Rupanya dia buat aksi mcm kucing berakk....aiyyaaa...budak kecik...

tu la,...kawan lagi dengan kucim.. pagi2 celik mata ajak tokmi turun tanoh nok g lepaskan kucing dari cage diorg. bila kucim tu keluar je dr cage, berebut2 kais pasir sbb nk berak.

itu yang si kecik ni perati dan serap dalam minda dia. haduinya pun.

cepat blaja sungguh. ini bahaya. kena ajar dan expose kepada perkara2 yang baik2 aja. ok!

syg anak ibu! :)


Thursday, April 16, 2015

Just update

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera uols

Rasa nk tergolek baca blog sendiri setelah berkurun lama dok hapdet..kih3.. malu titew taw. ntah apa je rasa entry2 blog ni. duh. aku kah yang mengarang semua itu selama ini?

hehe

tp bila ckp kat asben, dia kata, lor. abg baca dok rasa pelik pn. biasa je. rilex ah. mcm diari lah. bakpe nok delete nya.

soo..dok jadi delete ah.. gtuuu.. hehe.

so, sebab lama dok hapdet. hr ni curi masa sket hapdet. takdok mende pun nok tulih. eh taip. tp boleh lah share skit psl kehidupan sendiri sekarang.

terkesan banyok gok lah dengan GST ni. eh. tetiba plop ..haha

so skrg puteri comel slumber sy dh berusia 1 tahun dua bulan. genap hari ni. 16.4.2015. besor doh. kejap je. mcm2 doh blajo. cakap pn boleh. gigi pn tumbuh bagai cendawan slps hujan. lari. lompat. main gelongsor. sepak bola. buka cage kucing. mitok tolong picit. tlg akat kain. mcm2 lah. cepat sel2 otak anak ibu ni berhubung. hihi

hmm.

apa lagi.

oh ya. now ibu kepada Nazeehatul Husna ni kembali bergelar pelajar. sepenuh masa. inshaAllah.

doakan. doakan.

nervous gok ni bila mikir. biar betik. boleh ke dok aku ni.

so bila nervous fikir, cepat2 stop fikir. just follow the flow je lah. boleh gitu? kekekeke

 uols doakanlah ya semoga semuanya dipermudahkan.

so tu je lah kot nk hapdet kali ni. sbb blur jap nk share apa lg.

p/s: cmne life uols stelah 16 hari GST neh? bahagia ka sangsaraaa.. muahahhaha :D


lil doter dgn sepupunya. BFF forever :)



Monday, September 23, 2013

BAJU MUSLIMAH UKHTI MURAH !!

Assalamualaikum! apa khabar semua. Kali ni sy nk promot baju muslimah ukhti, murah2! Tak percaya? tengoklah! harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Khas untuk anda!

Produk ukhti sangat bermutu tinggi, selesa & yang paling penting, memenuhi kehendak syariat.

Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos pos. Kos pos adalah seperti berikut:

KADAR POS
Semenanjung: t-shirt 1-2 pcs atau 1pcs jubah: rm6
Sabah/Sarawak/Brunei: t-shirt 1-2pcs atau 1pcs jubah : rm9

***inshaAllaah semua design yang dipaparkan sedia untuk dijual mulai 13 Oktober 2013. Sekarang masih dalam kapal...x sampai lagi di Malaysia..hehe.. cop dulu oke! sbb kalau dah smpai mcm pisang goreng panas! lebih2 lagi nak Raya Haji ni. nak cop atau nak tanya pape sms/wassap 013.644.2473. boleh juga layari facebook klik sini  ...jommmmm layanzzzz

 OV2 : In stock: warna kuning sahaja, saiz L dan XL shj

harga: Saiz L: rm89 (less 12% = rm78)
harga: Saiz XL: rm99 (less 12% = rm87)

 OV3 : In stock: warna ungu & navy shj , saiz M, L, XL dan XXL. warna pink out of stock

Harga:
saiz M dan L: RM55 (less 12% = RM 48 sahaja)
saiz XL dan XXL : rm58 (less 12% = rm51)

 U 74 : In stock: warna coklat - saiz XL shj. warna marun saiz XXL shj.

Harga: RM79 (less 12% = RM69 sahaja)

 U 76 : In stock: saiz XXL shj

Harga: RM53 (less 12% = RM 46 sahaja)
 U 90 : In stock: , saiz XL shj

Harga: RM53 (less 12% = RM 46 sahaja)

 U 91 : In stock: , saiz XL shj

Harga: RM53 (less 12% = RM 46 sahaja)

 U 97 : In stock: , saiz L shj

Harga: RM49 (less 12% = RM 43 sahaja)

 U 110 : warna abu muda (kanan) In stock: , saiz XXL shj

Harga: RM53 (less 12% = RM 46 sahaja)

 U 116 : In stock: warna biru muda (kiri), saiz XL shj, warna khaki (kanan) saiz XXL shj

Harga: RM99 (less 12% = RM 87 sahaja)

 U 118 : In stock: sky blue (kanan), saiz XL shj

Harga: RM99 (less 12% = RM 87 sahaja)

 U 121 : In stock: warna marun & coklat, saiz M shj

Harga: RM53 (less 12% = RM 46 sahaja)



 U 123 : In stock:warna ungu (kiri) , saiz L shj

warna marun out of stock

Harga: RM49 (less 12% = RM 43 sahaja)

 U 125 : In stock: both colour, saiz L shj

Harga: RM49 (less 12% = RM 43 sahaja)

 UK24 : In stock, warna biru saiz L

harga: RM35 (diskaun 8% = rm32)

 UK41: In stock, warna marun, saiz M

harga: rm65 (diskaun 8% = rm59)

 UK45: In stock: warna pink, saiz L

harga: rm65 (diskaun 8% = rm59)

 UK46: In stock, warna pink & ungu.

Saiz: warna pink / M dan XL
Saiz: warna ungu / M, L, XL

harga: M dan L: rm69 (diskaun 8% = rm63)
harga: XL : rm75 (diskaun 8% = rm69)

 
UT22: In stock: hitam & pink, saiz S sahaja

harga: RM39 (diskaun 8% = rm35 sahaja)


UT23: In stock: warna navy & turkis, saiz S sahaja

harga: RM39 (diskaun 8% = rm35 sahaja)

 
UT26: In stock: warna broken white (kanan) sahaja. saiz XXL

harga: RM 43 (diskaun 8% = rm39 sahaja)

 
UT25 : In stock : warna pink sahaja (kanan), saiz S

harga: RM39 (diskaun 8% = rm35 sahaja)

 
UT32: In stock, warna peach (kanan), saiz XL

harga: rm77 (diskaun 8% = rm70 sahaja)

 
UT33: In stock: warna grape (kanan) sahaja, saiz L

harga: RM71 (diskaun 8% = rm65 sahaja)


UT34: n stock: coklat & abu tua, saiz M dan L

harga: RM71 (diskaun 8% = rm65 sahaja)

 
UT35: In stock: warna misty (kanan) sahaja. Saiz L dan XL

harga: Saiz L: rm71 (diskaun 8% = rm65 sahaja)
harga: Saiz XL: RM77 (diskaun 8% = 70 sahaja)

* tanpa inner

 
UT36 : In stock: warna biru saiz M sahaja, warna purple+marun saiz L sahaja

harga: rm71 (diskaun 8% = rm65 sahaja)

* tanpa inner

Tuesday, July 9, 2013

050713

Assalamualaikum.

Hari ni hari terkahir bulan Sya'ban. Maghrib nanti kita semua umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak.

Jadi, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam.

Malam ni juga akan mula solat sunat tarawih, dan esoknya bersahur. Jangan lupa sahur ok. Banyak barakahnya.

Di saat kita menghampiri bulan yang penuh barakah dan bulan yang dinanti-nanti ini, ayahanda tercinta telah pergi menyahut panggilan Ilahi..

Jumaat terakhir di bulan Syaaban, juga menjadi Jumaat terakhir buat almarhum bab. Pukul 1.28 petang bab pergi meninggalkan kami 13 beradik dan mie tercinta.

Terima kasih ya Allaah. kerana memberi pengakhiran yang baik buat almarhum bab.

Bab, kami semua anak2 sangat mencintai dan menyayangi bab. Terima kasih atas didikan yang sempurna yang Bab beri pada kami adik beradik. Akan kami manfaatkan dan ingat sampai bila-bila.

Bab adalah ayah yang terbaik. InshaAllaah syurgalah buatmu bab. amin.

Terima kasih ya Allaah kerana meminjamkan kami adik beradik seorang ayah yang baik & sempurna.

Allaahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu.

Semoga kita bertemu di Syurga nanti... amin!


Monday, June 3, 2013

mimpi ngeri si suami..

Assalamualaikum wbt.

Semangat nok hapdet belog sebab mimpi suami punya pasal. haha

Kisahnya bangun2 subuh tadi, sambil2 siap nk solat subuh, semangat cik abg ni bercerita...

S: Yang, abg mimpi malam tadi.
I: mimpi ape? (mode malas layan)
S: Abg mimpi abang g UK
I: Ye lah tu. koya sguh sapa UK mimpi
S: Iyer,.. abg g UK
I: g dengan sape? (layan je laaa)
S: Abg g dengan kawan2. Tapi x bgtau syg.
I: Ha.. buat lah la gitu..
S: Tu la. abg takut sgt. Abg kata ke kwn2 abg, weh, aku g UK ni x kobo ke bini aku ni. Abih la aku.
I: Haha.. Gane abg bleh g UK?
S: Xtau gok. masa tu abg keluar dengan kawan2 abg, pastu jalan2 tgk harga tiket muroh. rm60 je ke UK. pastu kwn2 kata meh kita g UK. tiket muroh ni.. pastu bila sampai UK abg teringat la yang abg x bgtau ke syg abg g UK ni.. abg bimbang la takut syg maroh, abg nok balik smula, nk beli tiket, tgk2 tiket takdok untuk setahun.. abg nangis la.. sbb lepas setahun baru ada tiket balek.. isk. isk.
I: hahahha.. doh pahtu?
S: Pastu abg terjaga tidur, debbor abg, tgk2 syg ade je sebeloh.. lega..
I: haha..

adui..mcm2... sape suh tdo x basuh kaki.. sampai ke UK sudoh toklaki aku kali ni.. dok royak ke bini plop tu g UK.. kalo realiti gini tobat gocoh. gagaggaga

Sunday, March 17, 2013

pre-viva

Assalamualaikum..

Im back!

kejaaap je masa berjalan kan. eh berjalan ke berlari. sebab sekejap jee dah nak habis bulan 3, bagi tahun 2013.. arghh.. semput kot kejar masa...

alhamdulillah atas segala nikmat dari Allaah. Rezeki yang tak pernah putus. semuanya baik2 saja. alhamdulillah. ini semua berkat doa dari ibu ayah, suami, dan ahli keluarga serta sahabat2.. alhamdulillah.

so now, dh masuk sem keempat. sem terkahir sepatutnya , for  my master degree.

dup dap dup dap.

sebolehnya nk habiskan on time jgk ..xmau extend. huk3

sgt menghargai penyelia saya... banyakkk sgt membantu & membimbing serta mem-back-up di kala kena komen ke..kena soal ke..masa bentang..hehehehhhh

err..dr, masa viva boley tlg back-up lg ke x? hu hu hu

so..this kaming thursday morning..... dijadualkan untuk pre-viva... walopon hny pre-viva, tp debarannya Allah saja yang tahu.

dah semat kemas2 dlm hati, watever the comments would be given, itu semua demi kebaikan saya. demi kebaikan tesis saya. lebih baik dihentam semasa pre-viva, daripada kena hentam semasa real-viva. huk3..

sooo..semoga banyaklaaah dihentam semasa pre-viva nanti...huuukkk3..

apa2 pun..may Allaah ease. amin.

p/s: doakan saye yer! thanks!

Monday, February 4, 2013

Promosi Baruuu LOSYEN FELINNA INCH LOSS

Assalamualaikum!!

Ok dah berakhir promosi bombaster last month...dengan pembeli bertuah terakhir 2kotak vitamin c adelah Siti Madiha from KL... Ct madiha nak grab 4 kotak, tp syg baki stok hanya ada 2 kotak....

so sape2 yg dah terlepas promosi giler2 tu, maaf yerr.. ade beberapa orang SMS saya tanya...tp nak wat cmna stok dh habess.. stok baru harga normal ok!

cuma...saya terus buat promosi untuk losyen Felinnaa


haaa...

cepat cepat cepattt

2 botol RM 135 FREE POSTAGE!!  (anda JIMAT RM 15  + rm6 POS)

4 botol RM 260 kottt!! FREE POSTAGE jugakkk!!! (ANDA jimat RM 40 + RM6 POS!)

3 botol?? ok 3 botol saya bagi,...emm... RM 190 je lah :D FREE POSTAGE jugak!! (ANDA jimat RM 35 + RM6 POS!!)

kat mana lagi nk dpt promosi giler2 ni..cepat2!!

sms 013.644.2473

PROMOSI SAH SEHINGGA HABIS STOK!!

Friday, January 18, 2013

VITAMIN C Felinna... nyata mujarab!

Assalamualaikum!

apa khabar uols...sempena hari Jumaat yang mulia ni, maka kiter nak wat promosi sikit lah..bermurah hati utk uolss... so that uolss semua boleh kelihatan ayu jelita semua dengan harga yang berbaloi2!!

Kiter buat potongan yang superb ni utk harga Vitamin C Felinnaa..



Kalau harga biasa RM85/ sekotak (30biji), tapi..now..harganya:

RM 75/ sekotak (30 biji)

kalo ambil dua kotak..nah..

harganya RM140 sahaja!

seee...anda bleh jimat RM30 tuuuuu

tak cukup lagi? nah..

FREE postage !! tak kira semenanjung ke atau Sabah Sarawak..

lagi??

Nah! FREE DELIVERY sekitar Gong Badak/ Batu Enam/ Padang Air sehingga ke SETIU (terengganu) !!

apa tunggu lagi!

* harga promosi sah sehingga habis stok!! cepat cepat cepat!!  stok tak banyak ni. kurang 20 kotak je ada sebelum stok baru tibaaaaa..... cepat cepat cepatttt.... stok baru harga kembali normal!

SMS: 013.644.2473

Tuesday, January 1, 2013

Felinna Mujarab!

Assalamualaikum semua!

Happy new Year! semoga tahun 2013 menjadikan kita hamba yang lebih baik inshaAllaah. amin!

So korang, entry kali ni saye nak promot pasal produk yg tgh hot kat pasaran skrg ni. Alhamdulillah dengan izin-Nya produk ni sangatlah mujarab!

Saya dan adik  beradik serta kawan2 telah mencuba sendiri. Kalo losyen Felinna ni mudah sangat turun berat badan/kurangkan ukur lilit pinggang ke, peha ke, betis ke, lengan ke. Sapu losyen ni dalam masa 2 minggu dah turun 2kg!


Daaan Vitamin C Felinna ni pun alhamdulillah menjadikan kulit lebih menawan, lembap, sekata dan parut jerawat pun hilang.

So, sapa2 yang berminat nak mencuba, bolehlah contact saya ok! sms 013.644.2473


harganya sesuai dengan kemujaraban produknya! 

Losyen Felinna 180 ml : RM75
Vitamin C : (30 biji) RM85

FREE POSTAGE! Yeay!!

kalo beli double. x kiralah dua botol losyen ke. dua kotak vitamin ke. satu losyen satu vitamin ke. dapat harga spesel okeeee.. so baik beli double! yeay! SMS oke! 013.644.2473

Jangan risau..produk felinna ni buatan Malaysia, HALAL dan Selamat.

Buktinya: Klik sini oke!

Cepat cepat cepattt! heee (^_^)

Friday, December 28, 2012

selamat tinggal 2012....

Assalamualaikum koranggg!!

aduh.. sekejapnya masa berlalu. hari ni adalah Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012....tet....

terus ingat kat belog..alamak! lama tak hapdet belog. dan tertanya2 resolusi 2012 tercapai kah atau tidak kah... tet...

apekah resolusi2 2012 saye ituuu.. meh cekidaud here!

meh tgk satu2 berjayakah saya (dengan izin Yang Maha Esa) mencapai apa yang saya targetkan utk tahun 2012.....

A) STUDY

1) Selesaikan master research saye by end of 2012. (waah..biar betik??! helo..kena positip okeh!) -chap 2, 3, 4, 5 , soal selidik, analisis data..hmmm..positif positiff..... 



------> okeh..bab research master saye ni..alhamdulillaaah chapter 1, 2, 3, 4, dan 5 udah siap dong! sekejap saja lagi akanku emailkan pada SV ku yg ensem tuu utk disemak.. soo..nak kata resolusi 2012 sy yg pertama ni 100% tercapai dok jugok..tp almost tercapai lah... huk3..


2) Produce articles/ publish em in journal - at least 3 articles! (one of them nak buat comparative lah.. (this is bout law+syariah ;)




------->  aiyakkkk... dushh.. cmne nih.. yg ni x tercapai..huk3... ade 3 journals/ articles.. tp satu je related to my research which i presented at Perak last September. the other two adelah ihsan inche Boss yg saye jd RA tuh..dpt la dua articles ..satu yg publish dlm Australian journal ape tah..satu lagi yg boss pergi present kat Spain... (huu..kalo ikut bilangan dh tercapai lah nk 3 articles! eheheeeeeee )



 
B) PERSONAL

3) Get married when i am 25. means- 8 months to go. (err..sudah 25 kah saye? biar betik! )



--------> haaa..yang ni tercapai..alhamdulillaaaah.. saya dah kawen oke! huahahaha.. dengan chenta hati saya abg sirajulku syg :D  (erkk..apekah?) huuu kami dinikahkan pada 22 Ogos 2012 yang lalu.... alhamdulillaaah atas nikmat perkahwinan ini..haha.. so resolusi ini tercapai. heh


 
C) KERJAYA

4) Dptkan jugakkk fellowship UniSZA . oh Allah, mudahkan urusan ini..ameen!

 ---------> hmmm..okeh..yang ni tak tercapai.. walopon udahku anta resumeku pada pendaftar UniSZA tp xde rezeki lagi kot kat sini... ta..pi..... Allaah tetapkan rezeki saya di tempat lain :) iaitu di Universiti Kolej Bestari, Setiu.. inshaAllaah akan memulaka tugas sebagai pensyarah pengajian Islam mulai Januari 2013 nanti. Alhamdulillaah 'ala kulli haal.


5) dApatkan sijil praktis peguam syarie okeh!

-------> ok..yang ni pun tak tercapai.. dan mungkin tak akan dicapai dah kot..huaahahaha

 

D) HOBI/ MINAT

6) GET my/our business registered!

----------> ok..yg ni alhamdulillaah tercapai.. not sure bila tah start register JME..bulan 3 x silap... sooo nnt ade rezeki lebih boleh aa bukak butik! keh3\


yeahh..itu saja semakan resolusi 2012 sayeee.. nk perah otak sediakan resolusi 2013 plopp..jeng jeng jengggg :D

anda pula bagaimana? huuuu

Wednesday, September 5, 2012

air tangan pertama untuk suami :)

Assalamualaikum!

apa kabo semua. masih dalam mood raya bukan? :)  dah puasa 6 ke semua.

pejam celik pejam celik, aih.. dah 14 hari dah kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri :)

ta.pi.. baru pagi hari ini (Rabu) aku berkesempatan untuk memasak breakfast untuk suamiku tercinta.. ce teka masak ape? hehehe

masakan yg simple. makaroni goreng lada itam with taburan mozarela cheese :))

suka ati tau bila suami makan berselera & siap tambah lagi. (harapnye idoklaaa dalam keterpaksaan) heh

b..love u so much! :p

suami tanya.. makaroni ape ni syg.

hehe..adeh. nk jwb ape eh? aku jawab resepi ikut suka ati hahaha :p. mmg pong! ak masak campak2 dengan penuh kasih sayang je..resepi ikut suka ati ku..huahaha

alamak! lupe nak snap photo hasil air tangan aku kan..xpe xpe..aku share resepi tu je laa ehh..

resepi dia:

makaroni/pasta/ atau pape je rope bentuk dia asal jenis kenyal2 gtu tu lah
bawang besar yg sedap tu (kaler oren tu) 2 biji - potong dadu
bawang puith 3 bijik potong hancuq
cili benggali potong dadu
daging berger ayam ramly (nak buh udang ka/ sotong ka/ daging cincang ka/ ikan ka ikut suka ang la na)
tomato beby 10 bijik potong dua (xdak yang baby pakai p la tomato pak/ mak dia pong, tapi potong 4 la na)
lada itam serbuk/ tumbuk/ blend - banyak mana ikut suka
gula/garam secukup rasa heh
mozarela cheese ikut suka ang nak banyak mana

cara dia: mula2 ang rebuih dulu ayaq smpai gelegak (didih)..buh minyak dua tiga titik & garam skit.. pah dh gelegak tu buh cepat2 makaroni yg ang dh basuh tu.. bila dh lembut kembang sikit tos buh tepi

amik kuali besaq, buh minyak sikit, tumih semua bawang tu + lada itam..dah naik bau buh ayak sket gula garam semua pahtu buh la daging ayam tu smpai masak

pahtu ang cmpak ja makaroni tu gaul2 smpai sekata..pahtu masukkan pulak tomato & cili benggali tu.. pahtuuu apa lagi parut la mozarela cheese bebanyak atah dia.. uihhhh.. melting tau!

tadaa..siap sudeyyy

simple kan?

masak brekpes kena yg expresss.. pasai bangun lambat..hahahha

xpa la...janji hubby i suka.. ada i kesah org len x suka? hua ha ha haaa ^^

Thursday, August 30, 2012

we are married !!! ;)

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillaaah. segunung kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas segala limpah kurnia-Nya yang tak pernah putus. Alhamdulillaaah. terima kasih ya Allaah!

hari ini, 30 Ogos 2012, adalah hari ke-8 kami sebagai suami dan isteri. he he



tanggal 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H (setelah genap setahun Hijrah kami ditunangkan), maka halal sudah hubungan kami. Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga buat parents yang tercinta Mie & Bab, kakak2 dan abang2 yang dikasihi- Kak Long & A.Ram, Kak Ngah, Kak Za & A. Sir, Rie & Kak Jie, Yah & Pokku, La & Kak Wann, Pa, Nor & Kamal, Ja, Cik & Ramzi, Kimah, adik-Fatin, anak2 buah tersayang-Wani, Dhia', Zahirah, Luqman, Naim, Najihah, Fahim, Hazim, Ilham, Harith, Haikal, Zahrina, Ammar, Tasha, Naqiu, Qilah, Adham, Amaaneey & Sulaimi, mak-mak sedara, sepupu sepapat, sahabat handai, dan juga buat keluarga kedua saya, parents - Ma & Wae, kakak-kakak serta abang-abang - Kak La & Abg Lan, Kak Na & Abg Zul, Kak Jun & Abg Si, Kak Ika & Rizal, Abg Jae & Kak Da, Abg Jerry & Kak Ana, Ciksu, Cik A, Akil, Arham dan anak-anak buah serta saudara mara di sana.

what a big family i own now. (mie + bab + 13 beradik + 7 ipar + 20 anak buah) + (ma + wae + 11 beradik + 6 ipar + 20 anak buah ) = 42+ 39 = 81 dan akan bertambah lagi 5 sooonn..

happy sgt bergabung dua family besar mcm ni :))) meriah kan? hehe

tak lupa, special thanks to my beloved hubby. terima kasih abg sayang kerana sudi mengambil alih tanggungjawab menanggung bebanan dosa & amanah Allaah daripada mie & bab. bimbing & didiklah syg ke Syurga-Nya ya :) terima kasih juga kerana mampu bersabar dan bertabah serta bertahan atas kerenah syg. mudahan sabar dan tabah abg sayang berpanjangan hehehehe :)

i love u all. i love u. love u so much.






DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI ya. inshaAllaah :)



Tuesday, August 14, 2012

Hypotensi

Apa itu Tekanan Darah Rendah ? 

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia 
  • aktiviti seharian 
  • perasaan 
  • ubatan 
  • pendarahan 
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke 
  • penyakit jantung 
  • penyakit pada mata 
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah 
  • sukar untuk berkonsentrasi 
  • mata berkunang-kunang 
  • mual 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
  • pernafasan cepat dan pendek 
  • defresi 
  • cepat haus 

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal 
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. 
  • Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat. 
  • Keadaan otot yang lemah

sumber

p/s: dh lama dh syak mcm ade x kena dgn diri sndiri. dari skolah lg x mampu nk bersukan. cepat semput   termengah2. sakit dada smua. waktu PLKN dulu pn kalo time physical training alahai. mmg seksa jiwa raga.

kalo time nk berubah posisi (biasanya dr duduk nak bangun/ dr baring nk bangun) mesti pening gelap mata.

mual- almost all the time lah :( rasa x selesa je perut ni. lega bila makan asam lah. so always standby asam dlm handbag nih. laa ni pn tgh mual ni. tp xleh makan asam pasai posa kan.

kulit berasa dingin, pucat & lembap ni biasa terjadi bila kena cuaca panas terik. alahai.. fobia.

cepat haus tu mmg. kdg2 dh nak tdo pn haus kena minum lagi. in fact sediakan sebotol air kat kepala katil sebab malam2 haus senang nk grab.

dan lately xtahu knapa jantung ni duk berdebar2 dan seems like berdenyut laju. mcm lari kena kejar anjing.

last week saja2 g buat test bp, kolestrol & gula dalam darah kat satu farmasi (since lagi seminggu nak kawen kan, so i better check first lah, so that later on if ditakdirkan (nauzubillahminzalik) ade pape penyakit so bleh kesan sama ada sakit tu after kawen or before kawen dh ada).

so the results yg pharmacist tu kasi: gula ok, kolestrol pn ok. kadar bacaan gula 5.3 (which is ok la sebab normal rate is 4-7). dan cholestrol bacaannya 4.19 which according to her ok jugak sebab it should be below 5.2.

hanya problem pada tekanan darah - where my bp is low (according to her). bacaannya 87/54.

kalo ikutkan normal should be 120/80 katanya. so mine is low lah.

after few days try test sendiri kat rumah (kat rumah ade je bp tester ni). so bacaannya 90/60. dan bila test plak another day 89/57.. so i could say mmg low kot my bp.

no wonder selalu x cukup nafas.

apa2 pun skg tgh usaha nak naikkan a bit my bp. godek2 segala bagai tips di internet. ada yg boleh diamalkan ada yg x boleh. so kita cuba apa yg boleh la yer. mcm makan kerang/daging/ kacang buncis/ bilis dan makan garam. eh. bukan le makan garam perse. kena masinkan sikit la kot menu kite.

sesungguhnya semua ni ujian. wat rilex sudah. fikir2 sgt dok bulih jugok. peace! ;)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi!

Assalamualaikum!

Alhamdulillaaah! Syukur pada Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya maka dapat lagi kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan.

InshaAllaah sama2 kita doa agar Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lalu.

Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

Jika hari ini kamu sama seperti semalam, maka kamu orang yang rugi.
Jika hari ini kamu lebih teruk dari semalam, maka kamu orang yang celaka.
Jika hari ini kamu lebih baik dari semalam, maka kamulah orang yang beruntung.

Mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung. Amin!

InshaAllaah juga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhanku yang terakhir sebagai seorang yang bujang. Mudahan Ramadhanku yang terakhir sebagai bujang ini merupakan Ramadhan yang terbaik yang aku tempuhi. Mudahan inshaAllaah.

So, sama-sama lah kita mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Banyakkan tadarus al-Quran, berdoa, dan amalan2 baik yang lain. Mudahan kita semua mendapat ganjaran pahala dari Allaah SWT.

Ramadhan Kareem!


Sunday, July 8, 2012

time flies...

Assalamualaikum!

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

Semput rasa diri ni.. penat tahap gaban. penat sampai rasa nok nangess..huwaaa T___T

haishh..dok soh nok nebeng sgt la.. cool sudah.

masa terbang laju sungguh... kurang lebih 12 hari lagi nk puasa. 29 hari puasa. dan 3 hari raya. so total masa yang berbaki kurang lebih 44 hari saja lagi.


ok, saya menolak utk bekerja kawen sepanjang bulan Ramadhan. Maka dengan itu harussslah saya menguatkan diri utk men'settle'kan segala kerja2 yg patut disettlekan dalam masa 12 hari ni lagi. uhuk3

what to do.

kdg2 sedih wase. masa berbulan2 dihabiskan semata2 untuk majlis satu hari. SATU hari. yes, SATU hari sahaja.

Mudahan Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang dilakukan ini.

Dalam keghairahan harusssslah diutamakan Syariat-Nya. Kena hati-hati.

1- Elakkan membazir.
2- Elakkan melampau dalam pakaian/etc
3- Elakkan follow budaya kaum lain
4-Jaga pergaulan. Jaga aurat. Jaga. Jaga.

tapi kdg2 things easier said than done.

Payahnya nak utamakan pandangan Dia berbanding pandangan manusia.


.....Ya Allaah. ampunilah dosa aku, dosa ahli keluargaku. dosa jiran tetanggaku. dosa seluruh umat Islam....


Allahuakbar.


Wednesday, June 20, 2012

apa pun tak boleh.

Assalamualaikum! Salam 1 Syaaban semua. rasa baaaaru je post kat Fb pasal doa 1 Rejab..tup tup hari ni dh masuk 1 Syaaban. Oh my..cepatnya masa berlalu.......

So..makin neves yang! dalam 62 hari jek lagiiiiii.... Allahh..mudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Lancarkanlah semuanya...amin!

oke..setel pasal counting days untuk perkara itu. now psl keja plak..counting days jugak.. dalam 4bulan je lagi maka kontrak kerjaku tamat. hmm..then nk keje apeka?

alhamdulillah exam PTD bulan lepas, aku lulus. ta..pi.... i don't think so nk teruskan ke stage kedua. sebab. byk sebab. komitmen. plus am in the middle of doing my research.

kena istikharah mintak petunjuk dariNya dulu lah.

okeh..selesai yg tu.

lagi? ape lagi.. hmm

ok now moving to perkara2 yg aku nk menyebok sikit..hahhaa

petang td g leberi..anta buku dn pinjam semula. alamak..ade denda lagi..kali nih duaposen pasal satu je buku dn cuma lewat beberapa hari. last dayss 6 bijik buku lewat dalam 2 minggu gtu..total denda rm6 something.

so hr ni gatal mulut nk tny (sorry..am kind of person yg suke memg'question' something yg i rasa patut ditanya'..esp melibatkan diri kita/duit rakyat..gtu kot)..hihi

so mulut ni pn tanya la.. encik..duit2 org byr denda ni leberi buat apa ehhh?

encik tu dgn sopan menjawab....duit denda tu kami serahkan kepada bendahari.

ooo..so kena tny bendahari lah plak kan duit tu bendahari wat ape..huuu

then mata plak nampak ade ipad atas kaunter dia.. eh ehh..ipad.. hebat la encik bleh pakai ipad..

dgn sipu2 dia jwb tu leberi punya..

terkejut mak jemah... mahal x ni? dia jwb around 2k la jugakk.. tanpa ditanya ramah pakcik tu cerita....ada 15 keping ipad kat leberi nih.. utk kemudahan pelajar...

aikk..kemudahan pelajar? wahhh..mewahnyaaa studeng skrg. mulut ni gatal bertanya.. studen guna ipad ni utk apa?

nak tahu apa jwpnnya...?? oh my..mengucap panjang dlm hati..ade ke jwpn diberi: boleh wat amik gmbr. oh myyyy!!! kemonnn! berhabis duit just for snap pictures??? guna ipad utk snap picturess?? xbleh bagi reason yg lebih masuk akal ke.

haihh..pantang betul pitih berhabis kat benda yg x tahu dgn jelas apa purposenya. kemon la...ada baiknya duit2 tu digunakan utk beli buku2 yg latest edition.. ni byk yg outdated punya dh..tanggal kulit pn ada.. adehh..

betul2 menyesakkan dada lah.

apa pun tak boleh.

ehh..haha. ha tu la pasal tajuk aku lagu tu. haih.

ok then bleh la cobe try test nk p pinjam ipad tu..betoi ke idak dibaginya kek studen..mudoh ke idok prosedurnya.

i dong thing so la. sebab ipad tu setafff tu duk maen pesbuk jek kat kaunter tadikk.. oh pelissss lah. aptb!

p/s: erkk..alapadam dohh.. dari u lama bwk ke u baru..suka bebenooo carik gado dgn setafff leberi..ahhahaha :D

Tuesday, May 22, 2012

Oh I miss you!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua! 2 Rejab dh kiteee... haihh.. derahnyee masa berlari ye dok.. dok dang kejoo..

td ngatok mata giler2.. kat opis pn bantai tdo..errr..tp time lunch hour laa.. ingt pas berbuka dan pas Isyak td nk tdo terus. tp teman adik wat kek kejap..kwn tempah. so pas siap kek ingt nk tdo, tp duk ngadap fesbuk.. BFF kapong imbau kenangan silam lah pulokkkk.. meleret2 jadinya..haha

anok pokmat ilang keayuan kejak tadi sebab ngilai malam2 bute..haha. ni semua korang punya pasal tau! ahhaha.. sape? sape lg my BFF la . Mek Ghah dan MekNor. aduhh..

fasa hidup yg mmg penuh warna warni lebih dr peacock/ pelangi adelah fasa sekoloh rendoh, dan lebih tepat lagi adalah ketika Darjah 6.. walawehh.. suwit sgt! hihi

blajo tunggang tebalek pn, xdop hal. janji HEPY! 24 jam sukkeanggg jeee... alhamdulillah smpai jugak ke menara gading. ingt balek jamang wahi gelekek dulu aduh...mmg letih la.. xleh nak habaq la lagu mana..

so sekali sekala mari angin nok ungkit jamang2 huhahuha tu mmg sakit perut la dibuatnya. senget mulu2 ning waseang..aduhhh.. lapor plop wasse duk sukke banyok ngak!

kisah roler blade. kisah anjali. kuch kuch hotak hang. adehh..mcm2


tu satu hal.. satu hal lagih yg buat aku mengilai malam2 bute ni adelahhhhh.. tett.. mek ghah tu la g p.m aku tny soklan ni:

MG: mokjah..bile tarikh nikah.?kang simbung kan
mokjah: ------- (bagi jwpn)
 MG: weiiii   sama !!!  hahahahah
mokjah: ye ke wehh!! hahah nor royat katku mu bulan 9 wehh
MG: ni nok suke eh. ak mmg bulan 9 ritu tp tunang aku kan keje luar mesia..so ye balik seminggu nk raya.so cuti dlm sebulan..masa tu ye nk ajok wat tuh hahahahaha aku 24 dan 25 nok suke golek rasa nim

HAHAHAHA.. aduh laa... gane ning. kalo sama tobat la mokjah ajok mek ghah ni wat kenduri sekali besor2an lat Padang Bola Tok Jiring nuh...hahahhaha.. jeng jeng..memang jenggg ahh Tok Jiring! doh la rumoh mek Ghah dgn rumoh mokjah sejalan..hahahah..

kwn2 seme sile kosongkan perut kalian la yer. makang gulai sampai muncit! hahahha

geram wasse ke mu mek Ghah! arghhhh.. ke meknor sorang lagi.. arghhhh!! hahahha

pening2..suke banyok ngak.haihhhh..



p/s: dok sabor nok tunggu Ramadhan tiba. nok buke pose rama2 nge sayam2 saye Tiah Nor Ghah..pahtu nok tarawih same2 pahtu jalan2 raung2 KT same2..sebelum mengakhiri zaman bujang! :D  misss u ols bebeh!!

Saturday, May 19, 2012

62 hari lagi :)

Assalamualaikum!

wahh..62 hari lagi! 

kemana?

ke bulan yang dinanti2... Ramadhan al-Mubarak! inshaAllaah!

tadah tangan..doa...
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).
x sabar menanti hadirnya Ramadhan! nak ibadat sungguh2. kalau panjang umur, mungkin ini Ramadhan terkahir sebagai seorang bujang.
I miss you Ramadhan!

Friday, May 18, 2012

10 random things bout me~

Assalamualaikum!

Salam pagi Jumaat seme! heh. 

ouh, eosk ade xm spa negeri. tp x stadi lagi. haishh.. nok hapdet belog dulu lah. masa brekpes td ai brekpes egg benjo (beli malam tadi, tp sebab mantok x makan simpan dlm fridge pagi2 ni bantai je la benjo sejuk! haha)

so smbil makang tu dtg idea nk hapdet belog tentang diri sendiri lah..HAHA .. bajet retisss kann..hihi

so let's cekidaud!

1- sebab egg benjo ilham utk hapdet belog ni menjelma, maka 1st thing 1st bout myself is that: suka makan egg benjo tp x suka bubuh sos! kalo gtau kat penjual beger tu kan saya nk egg benjo satu tp xmau sos. pastu kan kite hangen betol kalo dia bleh tny kite balek mayonis nak? sayur nak? telur nak? baked beans nak? arghhh! hello..ayat bahasa melayu yg sy guna tadi tu susoh bebenor kerrr nak pahang? "SAYA NAK EGG BENJO SATU TAKNAK SOS! S.O.S.= sos. S.O.S bukannya bereerti sayur mayonis telur roti dan segala bagai. ia hanyalah SOS! eeee..geram mak tau. ehh..terlebeyy sudah. oke yg pertama tu je. suka makan egg benjo takde sos tp yg lain seme ade. huu

2- gile milo! haha. air milo kosong kawwww! 

3- suka roti canai MILO! see..milo lagi..hik3

4- kalo makan prefer xmau order air sedap2 sebab nnt x habes. huk3. kdg2 pas makan x minum air pon pasal perut dh FULL. kennot go.

5- keayuan akan segera hilang kalo gelak. kekekekek :D

6- oke saye ade gigi taring yg easily seen even senyum sikeet je pown!

7- reti buat2 kompiden & reti buat2 khusyuk / give full attention! padahalllll..faham pon idok..maleh dengo pun iyerr... op koss..haha  *i love this talent much!

8- suka hangguk bile org cakap. kdg x paham pown atau mls nk dgr! *amik ati jerr..huu

9- boleh buat byk kerja dlm satu masa. erkk..gile tamak! *tp make sure seme keje tu berkualiti yerrr.

10- lastly! suke nyanyi okeh! *ai kan retissss hahahah.. bese nyanyi time bwk moto otw g keje (dulu2)..now dh de keta lg la nyanyi. den x irau ehh org sekelilng nk pandang ka apa. janji den happy!  * tp bila kuar dr kete..ehem..ayu2kan diri la.. HAHHAAH

Okeh sekian! heheheeeeeee ^^

Thursday, May 17, 2012

Mereka bagaimana...?

Assalamualaikum!

Apa khabar. Salam malam Jumaat! cepat je masa berlalu. baru kmaren rasa hari Ahad. rupanya dh wiken! hmm.. how time flies..

memandangkan hari2 minggu ku  ini tersangaaattttlah bizi body. maka mlm ni baru lah den sompek meluangkan masa gi sopim brg2 dapur. siaan mak den brg2 dapur byk xdak. dh habehh.

so berbekalkan list brg2 yg perlu dibeli, maka lepas Magrib den pon pogi la ke Sabasung! harge muroh sokmoooo.

smpe sabasung, parking, amik troli.. okeh.. round dari satu row ke row yg lain. amik cmpak dlm troli amik cmpak amik campak..humangg aihhh..penuh troli ko! HAHA

pi laa beratur dgn muka innocent. kunun kompiden duet cukup. sambil2 menunggu cashier tu scan seme brg, intai2 la total harga. ai..baru separuh troli dah rm110.. haihh..cuak ni cuak ni..sebab tgk purse cuma ada rm153.20. aihh..mcm x cukup duet je nih

so dengan pantasnye den poie kat ATM belakang nunnn draw la some money from BSN. aduhh..

bila pi balek kat kaunter, tgk total price adelah: RM178.90..tetttt.. naseb baek den pi kuar duit ATM dgn segera. HAHHAHA

Bila dh balek umah, hangkut suma brg2..den menung tgk resit. hmm


peritnya hidup zmn semua hrga barang naik ni kan. rm178.90. untuk stok sebulan atau 3minggu.

so den terpikir la. cmna la dengan mereka yg berpendapatan rendah, tanggungan ramai. sedih kan.

let say kita calculate basic needs la kan..untuk sebulan (secara kasar)..untuk 5 orang.

beras 27.90
gandum 3kg  rm4.05
gula 4kg 7.20
minyak rm13.50
bihun rm2.50
telur rm8.00
milo rm 16.90
teh boh rm10.90
kopi rm4.45
nescafe rm6.89
sabun debu rm5.50

total rm107.00 (kurang lebih kira rm110.00)

tu x termasuk barang basah lagi.

ikan selayang 1kg rm8 (tahan la 3 hari)
ayam sekilo rm7 (tahan la 3 hari jgk)

rm15 untuk 3 hari. kalo 30 hari? x ke rm 150?

tu x termasuk sayur.

so kalo brg kering + basah = busuk2 pun dalam rm 260 .. so cmna dengan golongan yg pendapatan bulanan sekitar 3 angka je? woooo perit wooooooo

kalo rm500. lebih separuh keperluan basic. sedih nya. mana lagi bil api, air, belanja sekolah anak, duit minyak. aaa.. mau nanges aku kalo mcm ni.. isk...isk..

seksa kan hidup zaman skrg. dulu susah2 pun, xde duit pn boleh survive lg, sebab brg2 x mahal. skrg.. ntah.

Ya Allaah..cukupkanlah Kami dengan apa yg Kami ada dan mampu. amin!