"Sanah helwah Jah...iringan doa kuhulur. bersyukur kepada-Nya atas nikmat usia. Usiamu ibarat mutiara, tiada berganti lagi. Hiaskan iman bersulam taqwa, agar sempat mengucap haruman Syurgawi".
"Happy Bornday... 1 year older means higher responsibilities to be borne. hope apa yang diimpikan dapat dicapai. epi always! moge dipanjangkan umur, murah rezeki".
"Yangg, Happy besday...semoga kamu panjang umor, Cantik selalu, n u get what u wish for :)and all the best wishes for u..Muaaah2x.. "
"happy Birthday yang ke-17..hehe..semoga sentiasa muda dan ceria2 sokmo k ".
**********************
hanya secebis daripada berpuluh2 ucapan Hari Lahir drpd keluarga dan teman... what a wonderful day today. Can't stop to smile all the day! Thank you dear relatives and friends!
Thank you Allah for giving me such a great opportunities, such a great life until this second. surround with great friends, and be born in such a great family ever.
Thank you Allah for giving me a "life" until this moment. For maintaining me in your holy Religion...with Iman and Islam...for this 23 years..and please Allah, do maintain my iman and taqwa until my last breath.....do end my life in your religion... Please Allah.
Ya Allah, Kau berikanlah segala kebaikan yang terbaik buat ahli keluargaku, sahabat2ku serta guru2ku...dan umat Islam seluruhnya... Kerana hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku, dia dan mereka...ameen ...
.....menginjak ke usia 24....terlalu banyak impian yg belum digenggam..mudahan Allah permudahkan segala urusan................ameen..
Wassalam.
Tuesday, August 24, 2010
Sanah Helwah~
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 12:16 AM 0 comments
Thursday, August 19, 2010
Solat Waktu Period pun Kena Ganti wahai Wanita Muslimah...
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'."Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
note ini dari ( AMIRUL AMIN )
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 9:07 PM 0 comments
Sunday, August 15, 2010
Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri~
Salaam Ramadhan al-Mubarak buat sahabat2 seagama sekalian. Cmne puasa setakat ni, mudahan semuanya baik dan cemerlang. insyaAllah.
Ada apa dgn tajuk entry sy kali ni..ye...ada sesuatu yg nak disampaikan...sambungan kepada pepatah di atas: BAIK LAGI DI NEGERI SENDIRI... :)
hehe... yer la...sbb skrg aku berada di Bumi Katojie terchenta...tanah tempat lahirku...alhamdulillaah... masih ingat lagi dgn entry aku yg lalu "kekadang, takdir Tuhan terlalu misteri"... hmm..kan, misteri kan..
kenapa? ye la.. sebelum ni, jangkanya xkan dapat balik berpuasa di awal Ramadhan bersame ayahbonda, penghujung puasa nnt baru balik.. tp siapa kita nk tetapkan semua tu..
tgk...Tuhan kata dah "kun..fayakun"..jadi, maka jadi lah... secara tidak dirancang, pukul 12.30 tgh hr dpt SMS dr kak long, bgtau Kimah akn drive balik KT sorang2 from KL sbb kena outstation Kerteh, last minute dpt arahan... risau perjalanan yg agak jauh (6-7jam), maka dgn Takdir Tuhan, aku menemaninya sepanjang perjalanan dan selamat tiba di Bumi Katojie terchenta..... :)) alhamdulillah!
walaupun assigment agak la banyak, ditambah pula dgn proposal thesis yg masih belum selesai sepenuhnya....tapi saat ku menjejakkan kaki ke tempat lahirku, saat ku menyalami ayahbonda...aku puas... hilang segala bebanan dlm kepala yg bersarang... allahuakbar!
dan baru seketika tadi aku bersahur bersama keluarga tersayang... sgt rindukan kuah ikan singgang+ikan goreng garing2+budu...hehe... berselera skali sahurku tadi... juadahanya sgt sederhana...tp itulah juadahku yg terbaek setakat Ramadhan ini! walopon di negeri orang aku dihidangkan dgn bermcam2 juadah...namun, hujan batu di negeri sendiri lebih baik...huuu
bila hari dah siang nanti, rncangnya mahu cari kepok getel..org luar panggil kopok lekor..nak bwk balik Nilai skit...
hmm..esok dah kembali ke nilai...xpe la..walopon sekejap cume ak pulang...itu tetap memberi sejuta makna...
................................ :) :) :)
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 6:09 AM 0 comments
Saturday, August 7, 2010
How To Keep From Worrying About Criticism?
RULE 1:
Unjust criticism is often a disguised compliment. It often means that you have aroused jealousy and envy. Remember that no one ever kicks a dead dog.
RULE 2:
Do the very best you can; and then put up your old umbrella and keep the rain of criticism from running down the back of your neck.
RULE 3:
Let's keep a record of the fool things we have done and criticize ourselves. Since we can't hope to be perfect, let's do what E. H. Little did: let's ask for unbiased, helpful, constructive criticism. :)
.........quoted from: How to Stop Worrying & Start Living, Dale Carnegie
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 5:21 PM 0 comments
Friday, July 30, 2010
Aku bagaimana...?
* kisah ini dipetik dari akhbar Berita Harian 29/07/2010*
Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai "si penjahat kecil". (Hadis riwayat Muslim).
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim 'alahissalam, semasa baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu. "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihissalam tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu".
Lalu dijawab oleh burung berkenaan "Memang ia tidak akan memadamkan api itu, TETAPI AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH kerana ALLAAH AKAN MENYOAL AKU NANTI, Apakah Yang Sudah Aku Lakukan Untuk Agama Allaah. Dan Allaah TIDAK akan bertanya sama ada AKU BERJAYA MEMADAMKAN API ITU ataupun TIDAK."
********************berfikir sejenak****************
Analoginya...Aku sepatutnya seperti burung kecil itu..
Tapi, bagaimana dengan aku sekarang...dalam memberi respon terhadap mangsa kekejaman rejim Zionis dan US keparat itu... Takkan hanya memandang sepi...menutup rasa hati dengan logik akal...
Mana usahaku...sumbanganku...sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran... alangkah malu nya aku pada burung kecil itu.
Justeru, bukalah wahai mata hati... usah memandang remeh pada usaha yang kecil. Orang boleh berkata "alah, setakat boikot barangan diorang, x membantu pape pun..kekejaman tetap berlaku"...
Benar...logik akalku benar... tapi, ingatlah... ingatlah kata-kata burung kecil itu.. dalam situasi kita ini, memang usahaku untuk memboikot barangan US dan sekutu-sekutu Israel tidak akan mampu menghentikan perbuatan binatang mereka tehadap rakyat Palestin..tetapi aku sepatutnya lebih takutkan Dia. Takut pada hari kebangkitan nanti, takut pada soalan-Nya: apa usahaku untuk agama-Nya.
Jadi jah, tekadkan hati, boikotlah barangan2 sekutu2 Israel laknatullah!! Contohilah burung kecil itu... jangan biarkan walau satu sen pun disumbangkan kepada pembelian senjata-senjata nuklear yang membunuh rakyat Palestin.
....Ya Rabb...Kau ampunkanlah dosa-dosa kelalaianku yang lalu terhadap saudara seagamaku..dan tunjukkanalah keadilan di Bumi Palestin....ameen Ya Rabb....
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 9:53 PM 2 comments
Wednesday, July 28, 2010
what goes around comes around ~
Salam Nisfu Syaaban shbt2 pembaca sekalian :)
Apa khabar..mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yg baik lg cemerlang..kitab amalan kita sudah pun bertukar yg baru...marilah kita sama2 mencorakkannya dgn corakan yg indah.. mudahan segala amalan kita yg akan dtg diterima oleh Nya..ameen..
hmm..kurang dua minggu lagi, jika dipanjangkan usia, maka bertemulah kkta kembali dgn bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak... rindu pada bulan Ramadhan x pernah surut... sgt rindukan kedatangan bulan yg penuh kebaikan ini... mudahan kita semua diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yg baik agar kita semua berupaya memanfaatkan bulan yg penuh keberkatan ini...dan lebih2 lagi, sama2 dpt memanfaatkan kedatangan malam yg lebih baik dr seribu bulan, iaitu malam al-Qadar... mudahan Allah pertemukan kita dgn malam tersebut..ameen ya Rabb..
dan akhirnya, secara peribadi, aku memohon dan mengharap agr Allah kurniakan padaku sahabat yg sejati..bkn hny kawan atau rakan ketika senang... bukan hny kwn atau rakan ketika memerlukan pertolongan... dan aku memohon perlindungan dr manusia yg umpama api dalam sekam, yg bagai gunting dalam lipatan.... nauzubillahmin za lik... dan jua aku mohon agar ALLAH menghijabkan aku dr bersikap atau bersifat sedemikian... kerana hidup ini hanyalah pinjaman....
sama2lah kita muhasabah diri... sekadar peringatan utk diri sendiri dan teman2 yg disayangi...
...
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 12:04 AM 0 comments
Saturday, July 3, 2010
Tiada Lagi...
Sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda...
Sampai kapan lagi..
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini..
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri, tanpa dirimu
tiada lg kata cintaku
takkan lg ku bersamamu
biarku simpan semua
kenanganku bersama mu...
......................................................................................... .
Posted by aiShah_sOfeaTJ@katoJie at 2:50 PM 0 comments
