* sumber penulisan dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 26/2010
~Peringatan buat diriku yang sering lupa~
Apabila kita leka dengan dosa dan maksiat, sebenarnya Allah sering kali megibarkan "bendera merah" kepada kita sebagai tanda kita sudah mencapai tahap bahaya. Tanda kita sudah melampaui batas yang dibenarkan syarak. Cuma kadangkala kita gagal memahami "red flag" yang Allah tunjukkan kepada kita. Kekusutan dan masalah hidup, kekurangan rezeki, kerja-kerja yang gagal dilunasi, mungkin adalah sebahagian daripada "red flag" yang memang Allah kibarkan kepada kita. Persoalannya, bagaimana sesuatu perbuatan maksiat itu memberi kesan keada kehidupan kita?
Maksiat dan dosa akan mempengaruhi KPI ("key perfomance indicator") bagi diri kita. Semakin banyak maksiat dilakukan, semakin merosot kedudukan kita di sisi Allah.
Tiada jalan lain melainkan dengan bertaubat dan kembali kepada Allah sekiranya kita inginkan KPI yang berprestasi. Selama kita hidup di dunia ini, yang mungkin KPI-nya turun naik, jangan jemu untuk bertaubat. Apatah lagi jika "red flag" sering kali berkibar dalam kehidupan kita.
Ingatlah sumpah syaitan yang bercita-cita besar untuk merosakkan pencapaian KPI kita disisi Allah. Daripada Abi Said bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, wahai Tuhan, aku akan terus menerus menyimpang dan menggoda hamba-Mu selama nyawa mereka masih ada di badan.'
Allah menjawab: 'Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan terus menerus mengampuni mereka selama mereka meminta ampun kepada-Ku."
Bertaubatlah sebelum terlambat, sebelum maksiat betul-betul memberikan kesan permanent damage kepada diri kita.
wallahualam
Prediksi Togel Hongkong 30 April 2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment