BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos
Showing posts with label life is test...... Show all posts
Showing posts with label life is test...... Show all posts

Saturday, April 3, 2010

jika kau diuji~

Salam..

termenung ak mencari kata pemula....smbil menahan sebak di dada......mengeluh...melepaskan keluhan yg amat berat ku rasa...

cuba meletakkan diri di tempat mereka.....Ya Tuhan...mampukah aku jika aku lah mereka....

Allah Maha Adil...Allah Maha Kuasa segalanya...tidak diuji hambaNya melainkan apa yg mampu dipikul dan digalas oleh mereka...Allah tidak zalim..Dia Maha Mengetahui...Dia Maha Kuasa...Dia penentu segala...

benar.....

benar sekali......

mata mula berkaca...sungguh aku turut sama merasa perit pedihnya.....

ya Tuhan....ampunkanlah segala dosa mereka...titipkanlah kesabaran yang menggunung dalam jiwa mereka...ketabahan yg tiada tandingnya...kecekalan melebihi segala...dan paling utama....jangan Kau biarkan ada walau sekelumit rasa putus asa, kecewa dan lemah dlm jiwa mereka...

Aku juga mohon Ya Allah, minta dijauhkan mereka dari syaitan laknatullah membisik kata2 yang membawa kepada menyalahkan TakdirMu ya Tuhan...

aku tahu apa yang berlaku itu perit..pedih.....tapi ya Tuhan, bukakanlah pintu hati mereka utk menerima segala yg terjadi sbg Qada' dan Qadar Mu....kerna Engkau ah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Mu....

benar apa yang terjadi itu amat perit dan pedih..

tapi, aku berterima kasih pada Mu Tuhan...setinggi kesyukuran ku panjatkan padaMU ya Allah...atas apa yang terjadi... setidak2nya mereka terselamat dari manusia bertopengkan binatang itu ya Tuhan...

aku sayangkan mereka....menggelupur rasa hati ini, mahu saja ku hamburkan amarah...tapi kusedar Tuhan...aku perlu redha dengan apa yg berlaku...

tidak mengapa si binatang itu buat begitu kepada darah dagingku....kerana aku beriman kepada Mu..kepada hari akhiratMu... Syurga adalah kurniaanMu, dan sesungguhnya NERAKA adalah keadilanMu....

tidak mengapa si binatang itu terlepas di dunia, kerna ku yakin, dia pasti xkan terlepas di akhirat sana....

bersabarlah kakakku syg..ank2 buahku tercinta...kalian tidak keseorangan....kalian tidak bersendirian....usah bersedih dan kecewa dgn apa yg berlaku...bersyukurlah....ujian datang tanda Allah mencintai kalian, menyayangi kalian....

Ujian yg hadir, tanda Allah mahu kalian jadi lebih kuat dan tabah....

aku bangga dengan kalian...kalian kuat..kalian tabah....jah x mungkin sekuat kalian........

sesunggunya tiap apa yg Allah cipta, tersembunyi seribu hikmah bagi mereka yang mahu berfikir......

Peracyalah pada Dia, pasti ada sinar pelangi di sebalik guruh yang mendentum yg x disangka2....


* "mereka" adalah Kak Ngah ku sayang....Luqman, 'Aqilah, Adham dan Ilham....*

buat Luqman dan Adham, mokjah harap apa yang terjadi, tidak akan menjejaskan pelajaran kalian...semoga berjaya dalam SPM dan UPSR nanti..ameen..

Tuesday, August 11, 2009

Pening memikirkan hala tuju..haha

Salam..
.
hmm..lawak tul la 2 3 hari nie... bukan ape...pasal hala tuju weken ni dn next week before balik kampung..
.
plan asal, nk kuar jalan2 ngn my sis in law..but since situasi sekarang tidak begitu elok untuk bersiar2... (H1N1 dan juge jerebu), so, kena kanselkan la... ok.
.
mula2, ok jek...coz, kebetulan Mdm Yati nak beberapa student jadi Fasi Law Skill Camp kat UiTm..so, aku tulis la nama...berminat juge nk join..huhu...pogram ni 14-16hb8..so, elok la, 16hb pas habis pogram tu i gi umah abang i la... tp, kita hanya rancang kan..Tuhan yang menentukan...petang tadi Mdm Yati call, suh dtg meeting tonight...tapi, x boleh dtg sebab aku dn kawan2 ade kuliah...petang esok lak exam..malam esok lak ade kelas jugakk...Mdm cakap, dh kesuntukan masa dah...Mdm nak bagi briefing dan bagi2 tugas... so, x boleh la..Mdm terpaksa cari pengganti yanglain..huhu..sedey tol.. xpe la...Mdm cakap nnti pogram lain Mdm ajak join lagi..huhu..baik mdm..
.
so, kena ubah plan balik... fikir2, hmm..gi umah kimah lah..SMS kimah when she's going to Kerteh..outstation..Kimah cakap Sunday..so, aku nk pi lepak umah dia lah on Saturday n Sunday..so, Sunday evening baru pi umah abang...ok..settle. lega kit..
.
tapi..haha...dlm kuliah tadi, coursemate aku, Iman ajak dtg tgk Pertandingan Debat...14-18/8.. aku usik la...dtg tengok je ke?? tanak la.. kalo ade keje buleh buat ok jugak..huhu.. Iman cakap ada, hang berminat ka? hang boleh ka? nak join ka?...aiih..kalo ada nak laaaaa....huhu
.
so, for this moment, tetibe jek aku jd committee Pertandingan Debat jugak..haha.. so, 14-18 hb aku dh ade tempat tuk dituju..cantik..pas habis pogram, gi umah abang, and 18hb malam fly balik kampung ngn Kak Long.. so, for this moment, ni la perancangan yang ke berapa tah..hope, this wud be the last plan ever.. Mudah2an segalanya dipermudahkan..ameen...
.
Allahumma Yassir, wala Tuassir Rabbi Tammi bilkhair... ameen :)

Monday, August 10, 2009

Not feeling well... :'(

Salaam..


nothing much to say...nothing much to story about..really dun have good mood..yup..

rasa x sedap badan..ohh..i'm worried...Dear God, please prevent me from any illness... :'(

dah cuba sedaya upaya jaga kesihatan diri...minum air mineral kerap dan banyak....wearing mask...stay at home if xde hal penting tuk kuar...enough sleep and rest...

tadi balik kelas, hujan..kena jugak hujan skit...bdn rasa panas...n mata pedih lagi...really xde mood and rasa nak tido je...

exam tadi lak x cukup masa..uwaaaa :'( sgt2 sedey some important points left out...tidaaaak!

tp nk wat camane kan...dah xleh undur balik...dh pun berlaku..berdoa saja lah mudahan lecturer baik hati, not to mark so strict..hehe... ish..cannot forgive myself for being cuai..unorganized..eee...jahhhhhhhhhhhh!

ok lah...xtau nk bebel ape lagi...nk rehat dulu lah...nitez.

wassalam.


walaupun hanya mata kelihatan, namun jelas ku nampak x bermaya dan x energetic as usual..huhu

Sunday, August 9, 2009

Mid Sem Test Land Law...Company Law...huu

Salam..

ngahahaha....esok ade test..uwaa...
eh jah wehh...yg nangis ni nape nye? buleh plop duk ngadap laptop..gi setadi nuh..

jap..jap..5menet jek...nk update blog jap.. [berkata aku pada diriku sendiri..monolog]

hehehe...
badan rasa panas jek...ish..tamau la demam.. mata pun pedih...hmm...cuaca x menentu leni..kejap panaaas sgt, terik, membahang..ada hari lak hujan mencurah2..sejuuk.. hmm...ni semua salah kita jjugak kan...x jaga Bumi kita... bila dah jadi macam ni...terima je lah natijah kerakusan kita merosakkan alam...

risau sgt...berdoa saja lah mudah2an Allah lindungi kita dari sebarang malapetaka...dan bencana..serta wabak penyakit..ameen..

hmm...di kesempatan ni, aku nk ucapkan Selamat Menghadapi Exam Pertengahan Semester buat kawan2 seperjuangan... Esok (Isnin) Land Law, dan Rabu ni Company Law.. Do the best....faiza azamta..fatawakkal 'aalallah... insyaAllah berjaya..ameen :)

jaga diri, jaga kesihatan diri, jaga kebersihan diri dan sekitar...take any reasonable precautions to prevent ourselves from any illness...insyaallah...mudahan kita dilindungiNya.. ameen

ok? :)

Thursday, July 30, 2009

hAkiKat HiDuP

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,

Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling erat
Yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannyam,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian,
yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang
.

Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan

Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan kasih sayang dan kejujuran
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur…


Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan…
Semoga redha Allah bersama kita… ..


***************************************************
p/s: rasa terkesima...dan sebak... kata2 indah ini
begitu rapat dan dekat dengan situasi diriku....
....suatu ketika dulu............


C&P dari Waniey's blog. TQ Waniey

Wednesday, July 29, 2009

Tolong la semelih Bibi tu..huwaaa

Salam..

ah sudoh?nape puulok kene semelih Bibi tu?


hmm...ni citernye.. balik skolah tengah hari td, aku tgk puppy jiran aku tu free..x ditambat... adehhh..ape masalah pulak ni...aduhla... aku warning la Bibi tu, "you sit there, don't go anywhere!" dia kelip2 pandang aku dn rumet aku..x lama pastu dia duduk.. paham pon ape aku cakap..


so, aku masuk umah, solat dn rehat.. ingat nak lelap la seminit dua..tp..tetiba aku dgr housemates aku jerit2 kat bawah..x lama pastu housemate aku Nani came to my room, "Jah! tolong, anjing tuu...nak masuk dlm umah!" haaa?? terkezut aku..cepat2 turun bawah..


adoiiii..binatang ni apa hal...yang ngigau dtg umah aku ni nappeee...? tgk umah sebelah, keta jiran xde.. housemate ckp, tuan Bibi ni baru je kuar.. ni yg aku rasa tensen yg amat nih,....Tuan dia xtambat tuh apesal..nyusahkan org betol la!


buntu giler fikiran nih..cmner nk halau dia nih.. Rumet aku nk pi meeting pon xleh kuar..sian betol.. hmm..puas kitorg duk "syoh" "syoh" Bibi, dia wat donnnnoooooo je... mmg nk kene semelih dia nih!


letih duk jerit2 halau binatang tuh, tp x lari2.. kehulu kehilir dr pintu utama, kesliding door..abes langgar baju2 aku yg terjemur tu...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :( dahla elooook je duk menung depang sliding door umah...abes menitik ayaq liur dia... huh..najis mUghallazoh tuu.. habis la kene samak nih...


nk wt cmner ekk?? aku call Taska, coz aku ingt umah sebelah taska tu Chinese..nk mitak tlg dia dtg amik bawak kuar Bibi tu...tp, chinese tu xde kat umah plak..aiyya...


x lama pastu, housemate aku yg len baru balik dr skolah...selamber je dia turun bukak gate..x sedor Bibi tu ade..haha.. bila kitorg jerit gtau, lintang pukang lari..hehe.. sian betol.. fikir nye fikir, kitorg yg dlm umah ni, jeritla kat housemate luar rumah tu, suh pi mintak tlg jiran Cina selang dua rumah... alhamdulillah, akhirnya dtg la Auntie sorg.. kesian plak tgk duk berkejar2 ngan puppy tuh... baru la Puppy durjana tu kembali ke rumahnye.... hiii!!! hang tunggu la...aku bom hang ngan tuan2 hang skali jap gi..


petaaang tu, tuan dia pon balik.. aku dn housemate aku ape lg, panggil dia nye Tuan. gtau diowg yang puppy dia tu da trespass to our land..so, please tie up yr puppy la.. we cannot touch it.. ingatkan diorg nk mintak maaf la kan..say sorry ke.. tp, ade ke patut diowg gelak! kuang asam betol..weh! ingat kitorg takut ke...kitorg bkn takut pon kat puppy korg tu..skali gue lenyek ngn motor gue baru taw! tp kitorg takut dengan kenajisan puppy tuh..paham????


appa punya jiran daaa....



ni ade gambor binatang tuh mase die duk menunggu depan sliding door umah kitorg...dah la comot..geli geleman..eeeeii...
*********************************************************************
papepun, thanks to Hazal... atas nasihat dan tunjuk ajar..hehe.. dan tolong kurangkan ketensenan dan kebimbangan gue...Hazal tlg settle puppy durjana ni yek.. :)

Thursday, July 23, 2009

Lahiriah yang elok menjamin sikap yg elok juga? BENARKAH BEGITU..??

Salam...
Tetiba jek rasa nk cite pasal nih...

emm..aku slalu dgr org ckp..kalo tulisan cantik dan kemas..maknanya org tu pun seorg yg kemas, pembersih.... tapi mcm mana dgn doktor...tulisan doktor kan serabut skit...tp, doktor x pengotor kan???

pernah jugak dgr org ckp..kalo org pakai kemas...smart, cantik..maknanya org tu pun seorg yg pembersih, suka kemas, x suka kotor, serabut, serabai dn lain2...

tapi persoalannya...BENARKAH begitu???

mungkin benar, dan mungkin tidak..

Mungkin Benar...tapi bukanlah seorg yang pembersih secara menyeluruh... mungkin hanya bahagian-bahagian yang berkenaan dengan dirinya sendiri shj...yakni, apa-apa yg melibatkan perkara peribadinya shj... kalo melibatkan benda or tempat awam...org tersebut sgtlah tidak mengendahkan kebersihan dan kekemasan.. betul x kenyataan aku ni?? korang pernah terfikir x??

sebab apa? sebab tempat awam biasanya akan ada org yg bersihakan, kemaskan.. dan paling utama...tu bukan tempat dia.. dan biasanya org sebegini, bukan saja tidak hulurkan sumbangan untuk bersihkan tempat tu, malah yg lebih teruk...tidak tahu langsung menghargai si tukang kemas tu...dengan kata lainnya- tolong sepah2kan pula....huhu

ekk?? ade jugak org mcm ni yer? adeee...

papepun..it jez my point of view...berdasarkan pemerhatian dan kajian..huhu...

tepuk dada tanyalah iman.....sebarang komen dialu-alukan..nak tau jugak pendapat u all...thank u :)

[sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman]

Wednesday, July 22, 2009

Alhamdulillah....syukur padaNya..

Salamz...

hari ni bahagia sangaaaat.. Gembira sangaaaaat.. Alhamdulillah..

Banyak perkara berlaku hari ni..dan semuanya baik-baik..alhamdulillah..

Yang paling gembira, impian dan angan-angan aku tentang satu benda ni, menjadi kenyataan...dengan kata lainnya- LAMARAN aku diterima!! taktau nk gambarkan cmner perasaan aku skrg nih!

Tentu kalian nk tau ape benda yg aku dh lamar ni kan?? yg dh wat aku seronot sgt ni kan?? jeng..jeng..jengggggggg.....

emm..tungguuuu... belum boleh gtau..sebab Housemate i belum tahu.. tengah berfikir2 camne nk gtau diorg...huhu...

cmner yer nk khabarkan yer...?? hmmmm

takpe..set aside jap yg tu..
skg nk citer pasal puppy semalam tuh.. insaf dah..huhu.. sebabnya jiran aku tuh Muslim...tp Mazhab Hanafi... so, ikutkan Mazhab Hanafi xpe pegang anjing.. so, sebagai jiran, dan sesama Islam...we have to respect others...

memaNGLAH Mazhab Shafie haramkan anjing. babi dan keturunannya... tp, Hanafi halalkan anjing...jadi, lecturer aku cakap...kita rai je la diowg... dah itu pegangan diorg..lebih2 lgi diorg Muslim jugak...

isk..isk..mintak maaf ye Bibi (nama puppy jiran aku tuh).. kiter x jadi nak semelih Bibi... kiter pun dah tanak marah2 Bibi... tp satu je kiter mintak... Bibi suruhla tuan Bibi tu mandikan Bibi kerap sikit...busuk la...huhu... dan bersihkan tempat Bibi tuh..comot, kotor... x hygienic..

kiter dh rai Bibi dan tuan Bibi, so tuan BIBi kena la rai dan respect kitowg nye culture dn pegangan plak.. jgn la sampai kitowg rasa x selesa dan rasa x selamat.. x baik taw...

hati jiran kena jaga taw! taw!

faham? settle

Saturday, July 18, 2009

good news...alhamdulillah

salamz....

walopon hakikatnya diri ini sedikit busan..tp, wat wat tatau jek..

tidak patut ade istilah busan patutnye..coz baaaaanyak bende buleh dibuat..buleh dicipta..kan..

back to the topic..
hmm..alhamdulillah.. kakak aku dapat tukar ke Terengganu.. setelah beberapa kali permohonan dan rayuan dibuat, akhirnya permohonan tukar dari Johor ke Terengganu diluluskan..

Kakak aku dpt tukar ke Sekolah Bukit Besi..ok la...area Dungun jugak...boleh bersama ngan hubby..nak nak tgh pregnant ni...selamat skit ada org jaga...ye x.. esok lapor diri... so, Chik! Congrats!! alhamdulillah

dan buat Kak Yah aku..yg dijangka due 27/7 ni... take care of yourself okay...
mudah2an semuanya selamat...dan lancar.. bakal bertambah la anak buahku... :)

hmm...
nk tulis ape lg ek...
tu je kot stakat ni... rasa rindu kat seseorang..tp xpe...jez pendam dlm hati jek.. i know its take time....

hmm............

Thursday, July 16, 2009

FOR THE THING TO CHANGE, I MUST CHANGE 1ST

salamz..

nk post cite ape kali ni yer... nothing much hppen today.. jez dis morning i went to campus..tgk2 Hafos, n then went to faculty, tgk format of LI report.. that's all..

petang, as usual...senaman jalan kaki...sekitar taman ni..lepak ngan budak2 taman.. adik Nani, wafiq, haikal, catherine... dlm ramai budak2 ni, aku tertarik kat haikal.. he's sooooo matured..independence... baru 10 tahun, tp...dia nampak dan bersikap mcm dh belas2 tahun.. matang.. bersembang ngan dia, seolah2 bukan sembang ngan budak2...can be friends...sungguh..

mungkin coz he is the oldest, i mean, anak sulong..FaMa kerja, so, balik skola, uruskan diri sendiri...makan bskut je balik skola..tp budak ni relax je cite...xde nmpk riak2 sedih ke, tension ke, bosan ke, merungut pun tidak.. teringat plak aku masa kecik2...balik skola, buka tudung saji...mesti ada nasi, ayam goreng, ikan goreng.. tp haikal, lalui zaman kanak2 dgn penuh matang... dan bertanggungjawab.

hmm..

jez a moment before i type this plak, saja la baca2 blog2 orang... dan ada jugak baca tntang isu "nor" yg x pernah habis..let her be anyway..

buat "Nor" bukan nama sebenar tu...u can say whatever u want..u can do whatever u want.. kami di sini tiada apa-apa...

kami akan buktikan pada semua, your allegations are all wrong n nonsense! kami pelajar Muslim, ada agama... x perlu buang masa layan all those nonsense things.

so, FOR THE THING TO CHANGE, I MUST CHANGE 1ST..(pinjam dr blog Dr. Cinta)..

buat kawan2....kita mungkin tiada kuasa untuk sekat "Nor" tu.. apa yg kita ada sekarang, adalah diri kita sendiri...

belajar betul2....hadapi masyarakt luar dgn yakin dn buktikan pada semua kta ni macam dakwaan Nor atau sebaliknya. FOR THE THING TO CHANGE, WE MUST CHANGE FIRST frenz!!

okay? don't worry..everything will be okay.. Allah with us.. insyaAllah. :)

p/s: thanks to my fren, Kamal for his support n advice... :)

Wednesday, June 3, 2009

andai kutahu...

andai ku tahu…
kapan tiba ajalku…
ku akan memohon…
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu…
kapan tiba masaku…
ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku…

aku takut…
akan semua dosa-dosaku..
aku takut…
dosa yang terus membayangiku…

andai ku tahu…
malaikat bukan menjemputku...
izinkan aku…
mengucap kata taubat padaMu…
aku takut…
akan semua dosa-dosaku…
aku takut…
dosa yang terus membayangiku…

ampuni aku…
dari segala dosa-dosaku…
ampuni aku…
menangis ku bertaubat pada Mu

aku manusia…
yang tak punya apa…
namun aku juga…


andai ku tahu…
kapan tiba ajalku…
izinkan aku…
mengucap kata taubat padaMu…

Friday, April 17, 2009

Usim dakwa kenyataan pensyarah berniat jahat

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) menegaskan dakwaan seorang pensyarah di universiti itu terpaksa meletakkan jawatan kerana enggan memberi markah kasihan kepada pelajar seperti disiarkan sebuah akhbar adalah tidak benar dan tiada berasas.

Sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan bekas pensyarah itu disifatkan berniat buruk sekali gus menjejaskan reputasi universiti yang beroperasi di sini.

Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihaknya tidak pernah mengamalkan pemberian markah kasihan seperti didakwa, malah istilah itu tidak wujud serta tiada kompromi berhubung sebarang pengubahsuaian markah yang diberikan setiap pensyarah.

Beliau berkata, Usim mempunyai sistem penilaian, penggredan, permarkahan dan pengeluaran keputusan peperiksaan yang akan dibentang dan diteliti Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti sebelum diperakui Mesyuarat Senat Universiti.


Katanya, Usim juga mempunyai penilai luar untuk melihat sistem akademik serta peperiksaan dijalankan.


“Dakwaan itu sangat serius dan tidak berasas serta menjejaskan reputasi Usim. Pihak kami dukacita kerana tuduhan itu tidak benar dan boleh merosakkan imej universiti ini di mata masyarakat bukan saja dalam negara malah peringkat antarabangsa.

“Sebagai universiti baru, dakwaan itu boleh menghilang dan menghakiskan keyakinan masyarakat kepada Usim selain menjejaskan imej bekas graduan yang sudah bekerja,” katanya.

Dr Shukor berkata, dakwaan memberi kesan negatif kepada universiti kerana institusi pengajian tinggi awam itu dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru selain berusaha mendapatkan pengiktirafan badan profesional.


dipetik: harian metro, 17april2009.

Thursday, March 19, 2009

senyum....dan pilihlah...

Saturday, March 14, 2009

IRAQI JOURNALIST WHO THREW SHOES AT BUSH SENTENCED TO 3 YEARS IN PRISON



Iraqi journalist who threw shoes at George W. Bush sentenced to 3 years in prison

By HAMZA HENDAWI Associated Press WriterBAGHDAD March 12, 2009 (AP)
The Associated Press
6 comments


A court convicted an Iraqi journalist of assault Thursday for hurling his shoes at George W. Bush and sentenced him to three years in prison, prompting an outburst from his family and calls for his release from Iraqis who consider him an icon for a nation decimated by war.


Muntadhar al-Zeidi, 30, defiantly shouted, "Long Live Iraq!" when the sentence was imposed, according to defense lawyers. Some of his relatives collapsed and had to be helped out of the courthouse. Others were forcibly removed by guards after shouting "Down with Bush!"
"This judiciary is unjust," al-Zeidi's brother, Dargham, said tearfully.


Other family members shouted insults against Prime Minister Nouri al-Maliki, who like al-Zeidi is a Shiite.


Although al-Zeidi received the minimum sentence — it could have been 15 years behind bars — his lawyers denounced the verdict and said they would appeal, possibly hoping a public outcry would aid their cause.

COMMENTS: hmm...miscarriage of justice???

man made law xkan pernah mampu berlaku adil... yang nyata berkurun2 melakukan kekejaman terhadap manusia yang x bersalah dibiarkan bebas... ttp journalist ni, yg hny menzahirkan secebis perasaannya terhadap manusia yang kejam itu (dgn baling kasut) sewenang2nya dihukum... baru baling kasut...bukannya bom... kecoh je... selama ni bush tu duk tabur bom ke rakyat Iraq tu, buat2 x nampak je ye??

ntahpape... baling stokin skali hr tu pun bagus jugak...kasik masuk dlm mulut terus...huahuahua



Sunday, February 15, 2009

BELAJAR ERTI REDHA DAN SABAR...




hmm....taktau nak mula dari mana...
diri ni terlalu penat dan lesu....terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu ni...
bukan sekadar coursework yang melambak...komitmen2 dalam team Jessup Moot Competition, dan masalah peribadi sendiri...

minggu ni, terasa minggu yang teramat sukar bagi aku.. pernah dulu kualami situasi sebegini, namun aku adalah insan- dan insan itu hakikatnya nasia- LUPA-pelupa... LUPA tentang pengalaman...dan masih tetap mengulanginya...

ibaratnya, dugaan sy kali ini masih seperti dulu- aku sedang membina istana pasir di tepi pantai... cantik..rapi... kujaga dgn teliti, agar istana pasir yg kubina tidak runtuh, tidak rebah, dan tidak dimusnahkan sesiapa... tapi ku lupa, ombak pantai bila2 masa boleh meranapkan istana pasirku...angin kencang xkan sempat ku tahan daripada menerbangkan istana pasir yg kubina....ombak, angin, patuh pada aturan sang Pencipta.. siapalah aku, hambaNya yang sering alpa...

usahaku yang berhari2, berbulan2, malah hampir setahun, ranap begitu saja... ku terkaku, terkedu dengan dugaan dan Ujian yang Kau datangkan Tuhan...

Ujian itulah kehidupan

ya... ujian adalah kehidupan... selama ini aku mati dgn keseronokan, kealpaan, dan kelalaianku... aku lupa pada sejarah..aku lupa pada pengalaman lalu...dan kali ini dugaan dan ujian itu datang lagi....mengejutkan aku dr mimpi yang tak mungkin jadi realiti... dugaan dan ujian itu menghidupkan aku kembali...

aku tenangkan diriku, dgn uba membisikkan pada diri, 'redhalah dengan ujian Tuhan'..
namun, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? aku tertanya2, sehinggalah aku dipertemukan dengan satu artikel di laman iluvislam.net... kupetik sedikit tulisan dari artikel tersebut:

"Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episode yang sukar dalam hidup saya, saya punyai jawapannya.

Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini saya belajar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’ "

artikel tersebut terus bercerita...

"Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hampir sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah.

Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah.

Saya ingin ulangi kata-kata nenek saya, Allah baru sahaja mencvubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalisium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’ Patutlah sepanjang saya sedih, saya selalu sakit gigi. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan.

Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Wasiat Luqman Alhakim ‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’ "

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak pelajaran saya Allah berikan untuk saya daripada ujian ini.

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, saya tidak mahu membina istana pasir lagi. Saya ingin membina istana untuk saya diami. Kali ini, saya perlu berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.

Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin."

ALHAMDULILLAH..... saya sendiri tenang selepas membaca artikel yg ditulis oleh fitrah-hanan ni...

aku tekad takkan bina istana pasir lagi! insyaAllah..

ya Allah, teguhkanlah hatiku, dalam agamaMu... ameen...

Wednesday, February 11, 2009

siapa menipu, bukanlah dari golonganku...

"siapa menipu, bukanlah dari golonganku..." - maksud hadis...



hmm....adakah aku yg terlalu naif, kerana seringkali ditipu...



atau, dia yang terlalu kejam dan x reti menghargai, lalu seringkali menipu.....



pape pun....satu pengajaran buat aku... x tahu la kali ke berapa dah...salah aku, kerana rela ditipu... x apa...aku pasrah... perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik... itu janjiNYA...



terima kasih kerana menipu....sekurang2nya sy betul2 boleh percaya kepada naluri sy, hati kecil sy... tiap kali awk lakukan ketidakadilan pada sy, i can feel it..n it's true...



finish...second trial failed..

Sunday, February 1, 2009

siakap senohong gelama ikan duri.....

emm.... cuba teka, nape tajuk post aku kali ni camtu...??

hehe..xde pe...saje jek...

wahhh... sepanjang siang tadi mengadap trusts! uh....berpinar2 mate nih...hehe... akhirnya siapla jugak jawab soalan tutorial... ponin ponin... tp tinggal satu coz dah xtau nk jwb camner...huehuehue.... tanye en.arif nanti la.....huhu (^_^)

malam ni ingat nk jawab soalan criminal lak....tp abg chan on9 aaa....ish...xleh2...kena update blog dulu...huuu... kang abg chan x on9 xdpt laaa tenet... esok clas dah mula balik....hmm

ptg tadi, boring duk dlm umah, maen2 la kat luar umah, tensen nengok rumput n lalang makin panjang aih... mane la tukang mesin rumput yg nek moto tu..slalu ada dtg petang2....time rumput panjang dia x dtg lak... so, dh tensen sgt nengok,aku amik ler gunting, gunting jek mana yang patut... xde lah licin pun, tp bolehlaaaa tumbangkan mana2 lalang yg tinggi sgt tuh...cam umah xde org jek aih... malu sgt aih...hehe..

pastu, cam bese, maen badminton!! arini cuaca sgt molek...angin pn xda.... ape lagi, maen badminton smpai x sedar ke penat dah... pulun...haha... lnon stop uh...penAT seh... maen ngan budak2 taman gak..ada nama fareez, nama munir, tasha, ape tah lagi... cian tasha jatuh, luka betis dia....nangis lak tu...aku dah gabra dah..huu... nsb bek ada untie gma, mmg pandai pujuk budak2....cehhh....hahaha...

pastu, dh penat men, lapar plak... lg 10menet kul 7, elok aa kuar makan terus... cam bese, gi makan kat adam western food (^_^)... tp xde slera aa nak makan...coz ada org x jujur kat kedai tuh... nasib baik la aku dah reti bertenang dan bersabar skang nih... terketar2 jugakla bdn aku, tgn aku, coz tahan marah... nape la nak bohong aku...cakap ada kat umah... habis tu sape yg ada kat kedai ni... jelmaan ke...huhu... biaq pi la org kedah kata.... Tuhan nak tunjuk, x dapat dia nak lari dah aih... janji dah nak berubah, dah xnak cakap x jujur dah... hal kecik camni pun boleh tipu2, apatah lagi hal besar, ye x?? teringat la cikgu cakap masa kecik2 dulu, tabiat menipu ni payah nak buang kalo dah sebati dalam diri... emm....ada betulnya kan...

macam dato' faiza cakap jugak: if u tell one lie, u will tell thousand more lie to cover that one lie...and your life will never be the same...

ntahlah.... mudah2an dia berubahlah... org x kenal dia mmg nampak dia perfect...but i know him well...... pape pun, aku percaya, apa yg terjadi tadi, adalah petunjuk untuk aku... terima kasih Tuhan.. (^_^)....

siakap senohong gelama ikan duri...bercakap bohong laMA2........................???

Sunday, January 18, 2009

Azan tetap bergema di Gaza


Jemaah tidak gentar serangan bom Israel bersolat di atas runtuhan masjid GAZA:


Serangan udara bertali arus yang dilancarkan tentera Israel langsung tidak menakutkan penduduk Islam Palestin yang bergegas ke masjid sebaik mendengar azan dilaungkan untuk bersolat jemaah.


Walaupun sukar mendengar azan di tengah kebisingan pesawat tempur rejim Zionis yang berlegar, orang ramai membanjiri masjid di seluruh kawasan penempatan Sheikh Radwan di barat Gaza.


Dalam cuma beberapa minit, mereka bercampur dengan jemaah lain yang tidak gentar dengan pengeboman Israel. “Sebaik mendengar azan, penduduk segera datang. Kami bersolat di atas runtuhan masjid ini,” kata imam masjid di kawasan penempatan itu.


Seperti yang lain, masjid Al-Taqwa hampir musnah selepas menjadi sasaran tentera Yahudi. Lebih 50 masjid dimusnahkan oleh Israel dalam serangan ke atas wilayah berpenduduk padat itu.


Serangan paling buruk ialah ke atas masjid Ibrahim Al-Maqadma ketika waktu solat, menyebabkan 16 jemaah gugur dan ramai lagi cedera. Namun di seluruh Gaza, masjid yang dibom tetap berfungsi lima kali sehari.


“Pada hari serangan tentera rejim memusnahkan masjid, kami ketakutan tetapi mendengar laungan azan pagi berikutnya, semangat kami pulih kembali. “Masjid akan tetap penuh tidak kira apa yang berlaku. Kami tidak akan membenarkan penceroboh mengosongkan ia,” kata imam masjid Kholafa Rashedeen di utara Gaza, Awad Al-Sha`er.


Seperti ramai jirannya, Abu Anas Al-Zaharna, berani mengharungi peluru tentera Israel setiap hari untuk ke masjid. “Tinggal di rumah bukan jaminan nyawa akan selamat. Jika sudah sampai masanya, kita tetap akan mati,” katanya.


Masjid yang dibom mencabar mesin tentera Israel bukan hanya dengan menghimpunkan jemaah tetapi juga dengan membantu menyembuhkan kesakitan yang dirasai penduduk. “Sejak perang bermula, masjid semakin tekad membantu penduduk,” kata imam masjid Al-Bukhari, Mohammed Ashour.


Seperti masjid lain di wilayah itu, Ashour mengetuai masjidnya melancarkan kempen mendekati keluarga yang memerlukan. Sukarelawan melawat rumah di kawasan penempatan untuk menawarkan makanan dan minuman kepada keluarga yang kesukaran mendapatkan bekalan dalam suasana keperitan itu. - Agensi


Tuesday, January 13, 2009

HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL!!







Salaam..

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!
laungan takbir bergema sepanjang jalan dari Canselori Usim, ke Stadium tertutup Nilai...

pagi ini, 13 Januari 09, Usim dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) menganjurkan PERARAKAN BANTAHAN PENCEROBOHAN YAHUDI TERHADAP PALESTIN. bermula jam 9 pagi, seluruh warga Usim, termasuk kakitangan tertinggi Usim, pihak pentadbiran, kakitangan sokongan, para pensyarah dan pelajar2 berarak, bersama sepanduk dan laungan takbir...

ni laa first time aku mengikuti perarakan tanda protes mcm ni... terasa berada dalam satu kumpulan yg kuat, teguh dan jitu... matlamat yg satu, memberi sokongan kepada warga Palestin yg sedang berhadapan dengan kekejaman Zionis, Israel laknatullah...

walaupun cuaca agak terik dan membahang, masing2 tetap teguh berdiri... laungan HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL!! BANGKIT! BANGKIT! BANGKIT ISLAM!! HANCUR! HANCUR! HANCUR ZIONIS!! HIDUP! HIDUP! HIDUP ISLAM!!

terasa dalam diri rasa benci yg teramat sangat terhadap Israel laknatullah... x berperikemanusiaan, lebih teruk dan hina dari binatang! dan terselit jauh di sudut hati, rasa syukur pada nikmat yang Allah kurniakan kpd kita, aman di Malaysia.. alhamdulillah...

x dapat aku bygkan, mcm mana jika kita menghadapi situasi yg sama dgn rakyat Palestin... kuatkah kita?? bersediakah kita..?? saban hari angka kematian rakyat Palestin yg x berdosa meningkat.... tengah berkumpul di luar stadium tadi, aku pandang ke langit.... cerah, tenang dan indah... tp, keadaan ni tentu mustahil di Palestin saat ni... memandang ke langit, hanya peluru dan bom yg menghujani... x sempat nak selamatkan diri lagi... Ya Allah...... selamatkanlah mereka dari kekejaman Zionis!!!!

walaupun kita x mampu untuk menyumbangkan bantuan yg besar pada mereka, jika kita bersatu, itu lebih baik drpd tidak langsung membantu... Memetik ucapan mantan YDP MPP Usim, andai burung2 yg kecil berusaha memadamkan api yg membakar Nabi Musa ketika dibakar oleh Raja Namrud dgn hanya menggunakan paruhnya untuk membawa air, tidakkah kita malu kepada burung sekerdil itu..?? sempurnakah iman kita dengan hanya memandang sepi penderitaan saudara seagama kita...

sama2lah kita menyumbangkan bantuan sekadar yg kita mampu... doakan kesejahteraan dan keteguhan iman saudara kita di sana.. sama2 kita boikot barangan buatan Israel dan sekutu2nya... kita perlu lebih tegas dan teguh pendirian!!! jangan mudah goyah!!BANGKIT! BANGKIT!! BANGKIT ISLAM!! HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!

P/S: senarai barangan yg perlu kita boikot!! klik di sini:
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Friday, January 9, 2009

CAkna PAlesTIN...


















salaam..



tiada apa yg mampu diucapkan...


cukuplah gambar menceritakan segalanya... betapa berat dugaan dan ujian buat saudara Muslim kita di Gaza.. Alhamdulillah, negara kita aman... jika kita menghadapi situasi yang sama, adakah kita mampu hadapinya? bersyukurlah dengan nikmat yg kita kecapi ini...


sama-sama lah kita mendoakan keselamatan mereka serta dipertingkat iman dan kesabaran dalam menempuh ujian ini... Moga mereka semua termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman... ameen...


selain berdoa, sama2lah kita boikot barangan Israel- spt McD, loreal, garnier, Kotex etc...


adakah kita hanya mahu melihat tanpa sebarang usaha menandakan kecintaan kita pada saudara seagama...?? tepuk dada, tanya iman...