BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos
Showing posts with label pengajaran hidup. Show all posts
Showing posts with label pengajaran hidup. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

beware!

Assalamualaikum!

Haihh.. rumah pokmat kembali sunyi. kaku. beku. bosannyaaa....

membuatkan ku kembali terfikir2 tentang suasana opis yg semakin x best kurasa. mcm nk cari port lain je..hmm.. lepak library wktu kerja bole? er...i mean, buat kerja di library? boleh kan.

ujian betul. isk. oke, sangatlah perlu untuk saya kembali seperti diri saya awal2 dulu - i mean, sewaktu awal2 menjadi warga bilik/opis itu- sendiri.

frankly speaking, i don't really like the surrounding there. isk. come on people! u r all are going to be an academician! please behave like an academician. urghh!!

sikap manusia ni pelbagai. ragam manusia ni macam2. heyyyy.

org tu x buat apa2 kat awak, apa ke masalahnya awk sibuk hal dia. gelar dia mcm2. kata dia mcm2. di belakang org itu- di hadapan orang lain? oh pelisssss lah.

cth: ee..dia punya fesyen tah pape.. ee..mcm badut.. eee..meluat..ee..itu ..eee... ini..

erkk.. serious x faham!


moral of the story:

"Jika ada orang yang mengumpat orang lain di hadapan kita, sangat besar juga kebarangkalian untuk dia mengumpat kita di hadapan orang lain.
Berhati-hatilah dengan orang sebegini..."

hmm..sangattt perlu berhati2 dengan this kind of people! nauzubillah min zaalik.

Tuesday, February 28, 2012

Berjalan..bermusafirlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Oke..saye dh kat katojie. setelah 4 hari berjimba2... bertolak balik from Bangi pukul 5.30 ptg dan selamat tiba di Katojie pada pukul 2 pagi..alhamdulillaah! walopon letih, tp from the bright sight, i managed to test drive..hi hi.. 8jam setengah memandu. oke..pasni bleh la kot g KL sndiri..hak3.. *berangan! huuu

sepanjang perjalanan 4 hari ni, banyak benda yg boleh diambil pengajaran..byk benda yg boleh difikirkan .. dan banyak2 benda tersebut, satu benda yg paling terkesan di hati ialah: i can know well my new friends! ^^

ada benarnya kata2 (x silap saya ianya hadith, betulkan saya kalau saya silap..dh cube google tp x jumpa)..kata2 tersebut:

"kenalilah mereka yang berkawan denganmu, bermusafirlah bersamanya, makanlah bersamanya, dan tinggallah bersamanya, saat itu kalian akan mengenali dirinya."

yup..benar.. selama ni berkwn jumpa di ofis mkn kat cafe kenal juga..tp tidaklah sekenal sepanjang travel ni.. i manage to know them personally in and out. maybe they managed to know me as well..

^^

apa2 pun.. i don't like this feeling lah. cmne yer? huk3... haihh... hmmmm

Friday, February 24, 2012

Learn from mistake la kan ^^

Assalamualaikum! Salam Jumaat semua!

heyy...saye di Bangi okeh! hahaha

eksaited terlebey plakkkk.. op kossss! rindu kot Bangi dan Nilai..huu.. esok nk curik2 mase nk g Nilai jap laa...ngeh3 ^^

oh..ape kaitan dengan tajuk entry nim?? oo..xdok ape.. yesterdayy kan sebelum bertolak ke KL kan.. kite de proposal defense.. byk kotttt komen2!! huhu.. mitok maap yerr inche Dokter SV..anok murid inche Dokter ni byk kena komen..huhuhu.. sedih tp..eh, bakpe sedih plop? ok what byk komens! kannn dari komen2 la kite leh improve our research kan. oke ape.. hampir satu muka setengah jugak la segala komen yg dicatat. tapii...tinggal lu ah kat opis.. terus bertolak ke Bangi jimba2!! ahaks!

saboooo je la... huu

jangan nk banding dgn org laen. org tu dpt banyak pujian xpe la.. kita dpt byk komen oke sgt tau! sebab apa???? sebabbb:

1- kita leh learn from mistake oke!
2- tu bermakna tajuk/ research kite diminati ramai oke!
3- tu bermakna kite nye presentation org tumpu dan follow oke!
4- sebab kite besttt.. hah? *perasan kot!

hehe ^^

taak..bukan perasann.. tu cara2 kita mengambil yang positif oke. jangan duk tgk yg negatif sgt. hidup mesti ceria oke! baru la semuanya berjalan lancaaarrr..inshaAllaah.. ameeen ^^

oke..nk g Sogo! adios!

Monday, February 20, 2012

Learning is an endless process~

Assalamualaikum!

ALhamdulillaah.. seronok bila sibuk..sebab masa lebih banyak. berbanding x sibuk..masa x cukup.. pelik? kenapa pelik?

sebaabb.. bila sibuk, kita lebih hargai masa..lebih bijak menyusun jadual2 dan betul2 jaga masa. so in turn, we have lots of spare time & we can fill them with other thing yang mana waktu kita x sibuk kita x de masa pun nak buat semua tu.. ha.. senafas ayat. semputttt! haha

alhamdulillah..i enjoy what am doing now very much. very very much.

alhamdulillaah walau kadang2 tgk org lain mcm tu, org lain mcm ni, cepat2 sedarkan diri sendiri dengan kata2: "Jangan membandingkan dirimu dengan orang lain. Iri hati hanya membuat jiwamu gelisah. Jadi diri sendiri."

yes! i am what i am. inshaAllaah..

seronok kot dengan life sy ketika ini! frankly speaking. am not in stress at all. kerja ok. study ok. bisnes ok. minat dan hobi ok. heaven! alhamdulillah again!

betull la org kata.. buat sesuatu yg kita minat...yes..now saya akui, dan saya setuju dengan kata2 anda itu... minat is something we should consider most when deciding on doing something. yes.
because with interest along, we will complete the work/task given without pressure.

tengok.. sejak memulakan kehidupan baru ni..i have time to update my blog. i have time to manage my business. i have time to do research. i have time to bake cakes, try new recipes. i have time to play badminton as well! he he

just a moment before i update this, actually i learned 4 new cakes recipes, and learn how to deco the cakes. thanks to my lovely bff azimah for sharing the recipes and tips to me! really appreciate it! may allah bless you dear :)

inshaAllah akan cuba kesemua resipi itu sooooonnn ^^ well.. learning is an endless process.. so teruskan belajar..apa saja.. yang bermanfaat.. actually the more you learn, the more you have no idea bout it!



p/s: tgh berangan2 nk sediakan sendiri cakes/ cup cakes for hantaran kawen.. boleh? ha ha

Tuesday, January 3, 2012

TENTANG DHIA

Salam semua.

Hoho..fenomena btol kan cite tentang dhia ni. Frankly speaking, sy antara penonton drama ni. since cite ni ditayangkan tie magrib, so kdg2 miss, tgk kat Tonton. Jarang sgt nk nengok Tb..tp kebetulan cite ni ditayangkan waktu cuti skola..so ade geng tuk ngadap TB, tu yg melekat smpai ke episod akhir.

Okeh. bkn nk cite psl drama tu.dh tamat dh pon..happy ending i wud say. cuma x puas ht xde apa2 trjd kat Ku Salmi n Zety tu.huu..

Let's look at academic side la kan.. sy suke tgk cite smbil berfikir..tgk movie pn gtu.. heh.

So dalam drama TD ni, apa yg sy bleh tangkap la kan, Erma Fatima or penulis skrip dia (sape eh..not sure), dah buat homework la kan esp isu2 agama. (opss..bab lakonan2 sentuh2/laki bini / pakaian sume tu tetap x bagus la kan..haram tetap haram)

Antara yg dapat sy tangkap 1st persoalan isu anak luar nikah atau bahasa kasarnya anak zina si Melly tu. Ingat x sewaktu si melly tu jual anak dia kepada Rafi, n Rafi sebut depan mak dia "Melisa binti Rafi (something like that la) n mak dia tegur, x boleh..mmgla anak kamu, tp luar nikah..so kena bintikan Abdullah... oke..thats right. good. at least penonton2 dpt fhm yg tu.

ulasan saya: sebenarnya x semestinya berbin/bintikan Abdullah..actually boleh dibin/bintikan dengan mana2 nama Allah yang 99 itu. Cuma commonly org pilih bin/bintikan Abdullah.

Saya dalam proses membuat penyelidikan berkenaan anak zina ni. The facts are so painful. Selain statistik yg bertambah dari tahun ke tahun, the most painful one is nasib anak2 yang tak berdosa ni. So please, jagalah maruah diri kita semua. Sebab tu la Allah haramkan zina, dan Allah nyatakan dalam Al-Quran jangan kamu hampiri zina. Sebab apa..sebab kesannyaaa..sgt sgt sgt menyakitkan. (peringatan utk diri saya juga).

kesan yang paling nyata- dari segi bin/binti tu. Anak-anak zina ni hak kebajikan dia sama je dgn anak2 sah taraf. cuma yang dinafikan ialah nasab. Jangan ingt bila nasab dinafikan perkara kecik. Sebab nasablah seseorang tu entitled to pusaka-perwalian dan mahram. Kalau xde nasab, xde la hak mempusakai, hak perwalian (kepada bapa zina tu). hak yang ada hanya pada ibu sahaja.

Hah, kepada para wanita semua..please take care of ourselves. Jangan terpedaya dengan keseronokan yang hanya sementara..sedangkan merananya hingga hujung nyawa. Anak zina ni di bawah tanggungjawab ibunya-solely ibunya. Yg bapa zina nya xda tanggungjawab apa2. (cuma if bapa zinanya nk bertanggunjawab, xde masalah..cuma bukan tanggungjwb dia). u see.

panjang ceritanya kalo nk discuss pasal zina ni. sy pn tgh semangat buat penyelidikan tentang ni. mudahan dengan ilmu yg sedikit ni dapat memberi pencerahan kepada org awam dan seterusnya sedikit sebanyak dapat membendung masalah zina dari berleluasa. inshaAllaah.

Ha, back to the topic. selain isu anak zina, isu yg sy dapat tangkap satu lagi is about Ku Salmi yg suka sgt pi jumpa bomoh Pak Boon tu.. Ku Salmi tahu perbuatannya tu syirik. tp, buat juga. Tak mustahil dalam dunia realiti pn ada manusia seperti Ku Salmi.

Jauhilah syirik. Usah bersekongkol dengan iblis laknatullah. Dosa yang paling besar disisi Allah s.w.t. adalah syirik kepada-Nya. Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil (tersembunyi). Allah s.w.t. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya. dan Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudharatkan manusia dan meminta pertolongan kepadanya adalah contoh syirik akbar. [sumber klik sini]

Hmm..begitula sdikit sbanyak yg dpt sy kongsi kali ni.. tengok2 jugak cerita, but it is good if we can acquire some knowledge behind the story, especially ilmu agama. mudahan2 kita semua sentiasa diberkati Allah dan dilindungi Allah dari sebarang malapetaka. Ameen. Wallahualam