satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan.
dia seorang pemarah.
tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati.
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci.
bagi Insan, dia jujur.
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur.
Insan itu hatinya baik, semua tahu.
tapi bila datang hari celakanya, aduh --haru!
pada satu hari, bundanya, setelah sekian lama bermasakranum memikirkan jalan yang terelok untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut.
"wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu. yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci."
"kenapa? bunda lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?"
berterusan telingkahnya.
sang bunda diam. tunduk dan sunyi. dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan. dia bilang:
"ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti. tak apa. sudah. cuma minta aku, di setiapnya kau rasa marah dan benci, tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu."
"boleh"
bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.
tersaksi olehnya betapa terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sepurnama semata. dia rasa malu dengan jiwa dia. dia rujuk pada bunda. bunda bisik dengan kasih.
"rujuk pada semua yang kau marah2kan itu. minta dimaafkan, meski terpaksa kau mengemis untuknya. setiap satu lafaz ampun, cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya."
diikutkan juga.
satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan. Insan rasa uja. dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia. dia gembira.
selesai paku2nya.
"bunda, aku berjaya. tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka."
"apa benar?"
"ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si bunda. mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini"
si bunda diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.
"anak, bukan paku itu yang utama. lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya. rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua. itu, nak, yang perlu kau sayukan"
********************************************************
c&p dari blog kak Fynn.. penuh hikmah, mendidik jiwa...