BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Friday, December 28, 2012

selamat tinggal 2012....

Assalamualaikum koranggg!!

aduh.. sekejapnya masa berlalu. hari ni adalah Jumaat yang terakhir bagi tahun 2012....tet....

terus ingat kat belog..alamak! lama tak hapdet belog. dan tertanya2 resolusi 2012 tercapai kah atau tidak kah... tet...

apekah resolusi2 2012 saye ituuu.. meh cekidaud here!

meh tgk satu2 berjayakah saya (dengan izin Yang Maha Esa) mencapai apa yang saya targetkan utk tahun 2012.....

A) STUDY

1) Selesaikan master research saye by end of 2012. (waah..biar betik??! helo..kena positip okeh!) -chap 2, 3, 4, 5 , soal selidik, analisis data..hmmm..positif positiff..... 



------> okeh..bab research master saye ni..alhamdulillaaah chapter 1, 2, 3, 4, dan 5 udah siap dong! sekejap saja lagi akanku emailkan pada SV ku yg ensem tuu utk disemak.. soo..nak kata resolusi 2012 sy yg pertama ni 100% tercapai dok jugok..tp almost tercapai lah... huk3..


2) Produce articles/ publish em in journal - at least 3 articles! (one of them nak buat comparative lah.. (this is bout law+syariah ;)




------->  aiyakkkk... dushh.. cmne nih.. yg ni x tercapai..huk3... ade 3 journals/ articles.. tp satu je related to my research which i presented at Perak last September. the other two adelah ihsan inche Boss yg saye jd RA tuh..dpt la dua articles ..satu yg publish dlm Australian journal ape tah..satu lagi yg boss pergi present kat Spain... (huu..kalo ikut bilangan dh tercapai lah nk 3 articles! eheheeeeeee )



 
B) PERSONAL

3) Get married when i am 25. means- 8 months to go. (err..sudah 25 kah saye? biar betik! )



--------> haaa..yang ni tercapai..alhamdulillaaaah.. saya dah kawen oke! huahahaha.. dengan chenta hati saya abg sirajulku syg :D  (erkk..apekah?) huuu kami dinikahkan pada 22 Ogos 2012 yang lalu.... alhamdulillaaah atas nikmat perkahwinan ini..haha.. so resolusi ini tercapai. heh


 
C) KERJAYA

4) Dptkan jugakkk fellowship UniSZA . oh Allah, mudahkan urusan ini..ameen!

 ---------> hmmm..okeh..yang ni tak tercapai.. walopon udahku anta resumeku pada pendaftar UniSZA tp xde rezeki lagi kot kat sini... ta..pi..... Allaah tetapkan rezeki saya di tempat lain :) iaitu di Universiti Kolej Bestari, Setiu.. inshaAllaah akan memulaka tugas sebagai pensyarah pengajian Islam mulai Januari 2013 nanti. Alhamdulillaah 'ala kulli haal.


5) dApatkan sijil praktis peguam syarie okeh!

-------> ok..yang ni pun tak tercapai.. dan mungkin tak akan dicapai dah kot..huaahahaha

 

D) HOBI/ MINAT

6) GET my/our business registered!

----------> ok..yg ni alhamdulillaah tercapai.. not sure bila tah start register JME..bulan 3 x silap... sooo nnt ade rezeki lebih boleh aa bukak butik! keh3\


yeahh..itu saja semakan resolusi 2012 sayeee.. nk perah otak sediakan resolusi 2013 plopp..jeng jeng jengggg :D

anda pula bagaimana? huuuu

Wednesday, September 5, 2012

air tangan pertama untuk suami :)

Assalamualaikum!

apa kabo semua. masih dalam mood raya bukan? :)  dah puasa 6 ke semua.

pejam celik pejam celik, aih.. dah 14 hari dah kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri :)

ta.pi.. baru pagi hari ini (Rabu) aku berkesempatan untuk memasak breakfast untuk suamiku tercinta.. ce teka masak ape? hehehe

masakan yg simple. makaroni goreng lada itam with taburan mozarela cheese :))

suka ati tau bila suami makan berselera & siap tambah lagi. (harapnye idoklaaa dalam keterpaksaan) heh

b..love u so much! :p

suami tanya.. makaroni ape ni syg.

hehe..adeh. nk jwb ape eh? aku jawab resepi ikut suka ati hahaha :p. mmg pong! ak masak campak2 dengan penuh kasih sayang je..resepi ikut suka ati ku..huahaha

alamak! lupe nak snap photo hasil air tangan aku kan..xpe xpe..aku share resepi tu je laa ehh..

resepi dia:

makaroni/pasta/ atau pape je rope bentuk dia asal jenis kenyal2 gtu tu lah
bawang besar yg sedap tu (kaler oren tu) 2 biji - potong dadu
bawang puith 3 bijik potong hancuq
cili benggali potong dadu
daging berger ayam ramly (nak buh udang ka/ sotong ka/ daging cincang ka/ ikan ka ikut suka ang la na)
tomato beby 10 bijik potong dua (xdak yang baby pakai p la tomato pak/ mak dia pong, tapi potong 4 la na)
lada itam serbuk/ tumbuk/ blend - banyak mana ikut suka
gula/garam secukup rasa heh
mozarela cheese ikut suka ang nak banyak mana

cara dia: mula2 ang rebuih dulu ayaq smpai gelegak (didih)..buh minyak dua tiga titik & garam skit.. pah dh gelegak tu buh cepat2 makaroni yg ang dh basuh tu.. bila dh lembut kembang sikit tos buh tepi

amik kuali besaq, buh minyak sikit, tumih semua bawang tu + lada itam..dah naik bau buh ayak sket gula garam semua pahtu buh la daging ayam tu smpai masak

pahtu ang cmpak ja makaroni tu gaul2 smpai sekata..pahtu masukkan pulak tomato & cili benggali tu.. pahtuuu apa lagi parut la mozarela cheese bebanyak atah dia.. uihhhh.. melting tau!

tadaa..siap sudeyyy

simple kan?

masak brekpes kena yg expresss.. pasai bangun lambat..hahahha

xpa la...janji hubby i suka.. ada i kesah org len x suka? hua ha ha haaa ^^

Thursday, August 30, 2012

we are married !!! ;)

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillaaah. segunung kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas segala limpah kurnia-Nya yang tak pernah putus. Alhamdulillaaah. terima kasih ya Allaah!

hari ini, 30 Ogos 2012, adalah hari ke-8 kami sebagai suami dan isteri. he he



tanggal 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H (setelah genap setahun Hijrah kami ditunangkan), maka halal sudah hubungan kami. Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga buat parents yang tercinta Mie & Bab, kakak2 dan abang2 yang dikasihi- Kak Long & A.Ram, Kak Ngah, Kak Za & A. Sir, Rie & Kak Jie, Yah & Pokku, La & Kak Wann, Pa, Nor & Kamal, Ja, Cik & Ramzi, Kimah, adik-Fatin, anak2 buah tersayang-Wani, Dhia', Zahirah, Luqman, Naim, Najihah, Fahim, Hazim, Ilham, Harith, Haikal, Zahrina, Ammar, Tasha, Naqiu, Qilah, Adham, Amaaneey & Sulaimi, mak-mak sedara, sepupu sepapat, sahabat handai, dan juga buat keluarga kedua saya, parents - Ma & Wae, kakak-kakak serta abang-abang - Kak La & Abg Lan, Kak Na & Abg Zul, Kak Jun & Abg Si, Kak Ika & Rizal, Abg Jae & Kak Da, Abg Jerry & Kak Ana, Ciksu, Cik A, Akil, Arham dan anak-anak buah serta saudara mara di sana.

what a big family i own now. (mie + bab + 13 beradik + 7 ipar + 20 anak buah) + (ma + wae + 11 beradik + 6 ipar + 20 anak buah ) = 42+ 39 = 81 dan akan bertambah lagi 5 sooonn..

happy sgt bergabung dua family besar mcm ni :))) meriah kan? hehe

tak lupa, special thanks to my beloved hubby. terima kasih abg sayang kerana sudi mengambil alih tanggungjawab menanggung bebanan dosa & amanah Allaah daripada mie & bab. bimbing & didiklah syg ke Syurga-Nya ya :) terima kasih juga kerana mampu bersabar dan bertabah serta bertahan atas kerenah syg. mudahan sabar dan tabah abg sayang berpanjangan hehehehe :)

i love u all. i love u. love u so much.






DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI ya. inshaAllaah :)



Tuesday, August 14, 2012

Hypotensi

Apa itu Tekanan Darah Rendah ? 

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia 
  • aktiviti seharian 
  • perasaan 
  • ubatan 
  • pendarahan 
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke 
  • penyakit jantung 
  • penyakit pada mata 
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah 
  • sukar untuk berkonsentrasi 
  • mata berkunang-kunang 
  • mual 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
  • pernafasan cepat dan pendek 
  • defresi 
  • cepat haus 

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal 
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. 
  • Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat. 
  • Keadaan otot yang lemah

sumber

p/s: dh lama dh syak mcm ade x kena dgn diri sndiri. dari skolah lg x mampu nk bersukan. cepat semput   termengah2. sakit dada smua. waktu PLKN dulu pn kalo time physical training alahai. mmg seksa jiwa raga.

kalo time nk berubah posisi (biasanya dr duduk nak bangun/ dr baring nk bangun) mesti pening gelap mata.

mual- almost all the time lah :( rasa x selesa je perut ni. lega bila makan asam lah. so always standby asam dlm handbag nih. laa ni pn tgh mual ni. tp xleh makan asam pasai posa kan.

kulit berasa dingin, pucat & lembap ni biasa terjadi bila kena cuaca panas terik. alahai.. fobia.

cepat haus tu mmg. kdg2 dh nak tdo pn haus kena minum lagi. in fact sediakan sebotol air kat kepala katil sebab malam2 haus senang nk grab.

dan lately xtahu knapa jantung ni duk berdebar2 dan seems like berdenyut laju. mcm lari kena kejar anjing.

last week saja2 g buat test bp, kolestrol & gula dalam darah kat satu farmasi (since lagi seminggu nak kawen kan, so i better check first lah, so that later on if ditakdirkan (nauzubillahminzalik) ade pape penyakit so bleh kesan sama ada sakit tu after kawen or before kawen dh ada).

so the results yg pharmacist tu kasi: gula ok, kolestrol pn ok. kadar bacaan gula 5.3 (which is ok la sebab normal rate is 4-7). dan cholestrol bacaannya 4.19 which according to her ok jugak sebab it should be below 5.2.

hanya problem pada tekanan darah - where my bp is low (according to her). bacaannya 87/54.

kalo ikutkan normal should be 120/80 katanya. so mine is low lah.

after few days try test sendiri kat rumah (kat rumah ade je bp tester ni). so bacaannya 90/60. dan bila test plak another day 89/57.. so i could say mmg low kot my bp.

no wonder selalu x cukup nafas.

apa2 pun skg tgh usaha nak naikkan a bit my bp. godek2 segala bagai tips di internet. ada yg boleh diamalkan ada yg x boleh. so kita cuba apa yg boleh la yer. mcm makan kerang/daging/ kacang buncis/ bilis dan makan garam. eh. bukan le makan garam perse. kena masinkan sikit la kot menu kite.

sesungguhnya semua ni ujian. wat rilex sudah. fikir2 sgt dok bulih jugok. peace! ;)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi!

Assalamualaikum!

Alhamdulillaaah! Syukur pada Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya maka dapat lagi kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan.

InshaAllaah sama2 kita doa agar Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lalu.

Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

Jika hari ini kamu sama seperti semalam, maka kamu orang yang rugi.
Jika hari ini kamu lebih teruk dari semalam, maka kamu orang yang celaka.
Jika hari ini kamu lebih baik dari semalam, maka kamulah orang yang beruntung.

Mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung. Amin!

InshaAllaah juga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhanku yang terakhir sebagai seorang yang bujang. Mudahan Ramadhanku yang terakhir sebagai bujang ini merupakan Ramadhan yang terbaik yang aku tempuhi. Mudahan inshaAllaah.

So, sama-sama lah kita mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Banyakkan tadarus al-Quran, berdoa, dan amalan2 baik yang lain. Mudahan kita semua mendapat ganjaran pahala dari Allaah SWT.

Ramadhan Kareem!


Sunday, July 8, 2012

time flies...

Assalamualaikum!

Alhamdulillah 'ala kulli haal..

Semput rasa diri ni.. penat tahap gaban. penat sampai rasa nok nangess..huwaaa T___T

haishh..dok soh nok nebeng sgt la.. cool sudah.

masa terbang laju sungguh... kurang lebih 12 hari lagi nk puasa. 29 hari puasa. dan 3 hari raya. so total masa yang berbaki kurang lebih 44 hari saja lagi.


ok, saya menolak utk bekerja kawen sepanjang bulan Ramadhan. Maka dengan itu harussslah saya menguatkan diri utk men'settle'kan segala kerja2 yg patut disettlekan dalam masa 12 hari ni lagi. uhuk3

what to do.

kdg2 sedih wase. masa berbulan2 dihabiskan semata2 untuk majlis satu hari. SATU hari. yes, SATU hari sahaja.

Mudahan Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang dilakukan ini.

Dalam keghairahan harusssslah diutamakan Syariat-Nya. Kena hati-hati.

1- Elakkan membazir.
2- Elakkan melampau dalam pakaian/etc
3- Elakkan follow budaya kaum lain
4-Jaga pergaulan. Jaga aurat. Jaga. Jaga.

tapi kdg2 things easier said than done.

Payahnya nak utamakan pandangan Dia berbanding pandangan manusia.


.....Ya Allaah. ampunilah dosa aku, dosa ahli keluargaku. dosa jiran tetanggaku. dosa seluruh umat Islam....


Allahuakbar.


Wednesday, June 20, 2012

apa pun tak boleh.

Assalamualaikum! Salam 1 Syaaban semua. rasa baaaaru je post kat Fb pasal doa 1 Rejab..tup tup hari ni dh masuk 1 Syaaban. Oh my..cepatnya masa berlalu.......

So..makin neves yang! dalam 62 hari jek lagiiiiii.... Allahh..mudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Lancarkanlah semuanya...amin!

oke..setel pasal counting days untuk perkara itu. now psl keja plak..counting days jugak.. dalam 4bulan je lagi maka kontrak kerjaku tamat. hmm..then nk keje apeka?

alhamdulillah exam PTD bulan lepas, aku lulus. ta..pi.... i don't think so nk teruskan ke stage kedua. sebab. byk sebab. komitmen. plus am in the middle of doing my research.

kena istikharah mintak petunjuk dariNya dulu lah.

okeh..selesai yg tu.

lagi? ape lagi.. hmm

ok now moving to perkara2 yg aku nk menyebok sikit..hahhaa

petang td g leberi..anta buku dn pinjam semula. alamak..ade denda lagi..kali nih duaposen pasal satu je buku dn cuma lewat beberapa hari. last dayss 6 bijik buku lewat dalam 2 minggu gtu..total denda rm6 something.

so hr ni gatal mulut nk tny (sorry..am kind of person yg suke memg'question' something yg i rasa patut ditanya'..esp melibatkan diri kita/duit rakyat..gtu kot)..hihi

so mulut ni pn tanya la.. encik..duit2 org byr denda ni leberi buat apa ehhh?

encik tu dgn sopan menjawab....duit denda tu kami serahkan kepada bendahari.

ooo..so kena tny bendahari lah plak kan duit tu bendahari wat ape..huuu

then mata plak nampak ade ipad atas kaunter dia.. eh ehh..ipad.. hebat la encik bleh pakai ipad..

dgn sipu2 dia jwb tu leberi punya..

terkejut mak jemah... mahal x ni? dia jwb around 2k la jugakk.. tanpa ditanya ramah pakcik tu cerita....ada 15 keping ipad kat leberi nih.. utk kemudahan pelajar...

aikk..kemudahan pelajar? wahhh..mewahnyaaa studeng skrg. mulut ni gatal bertanya.. studen guna ipad ni utk apa?

nak tahu apa jwpnnya...?? oh my..mengucap panjang dlm hati..ade ke jwpn diberi: boleh wat amik gmbr. oh myyyy!!! kemonnn! berhabis duit just for snap pictures??? guna ipad utk snap picturess?? xbleh bagi reason yg lebih masuk akal ke.

haihh..pantang betul pitih berhabis kat benda yg x tahu dgn jelas apa purposenya. kemon la...ada baiknya duit2 tu digunakan utk beli buku2 yg latest edition.. ni byk yg outdated punya dh..tanggal kulit pn ada.. adehh..

betul2 menyesakkan dada lah.

apa pun tak boleh.

ehh..haha. ha tu la pasal tajuk aku lagu tu. haih.

ok then bleh la cobe try test nk p pinjam ipad tu..betoi ke idak dibaginya kek studen..mudoh ke idok prosedurnya.

i dong thing so la. sebab ipad tu setafff tu duk maen pesbuk jek kat kaunter tadikk.. oh pelissss lah. aptb!

p/s: erkk..alapadam dohh.. dari u lama bwk ke u baru..suka bebenooo carik gado dgn setafff leberi..ahhahaha :D

Tuesday, May 22, 2012

Oh I miss you!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua! 2 Rejab dh kiteee... haihh.. derahnyee masa berlari ye dok.. dok dang kejoo..

td ngatok mata giler2.. kat opis pn bantai tdo..errr..tp time lunch hour laa.. ingt pas berbuka dan pas Isyak td nk tdo terus. tp teman adik wat kek kejap..kwn tempah. so pas siap kek ingt nk tdo, tp duk ngadap fesbuk.. BFF kapong imbau kenangan silam lah pulokkkk.. meleret2 jadinya..haha

anok pokmat ilang keayuan kejak tadi sebab ngilai malam2 bute..haha. ni semua korang punya pasal tau! ahhaha.. sape? sape lg my BFF la . Mek Ghah dan MekNor. aduhh..

fasa hidup yg mmg penuh warna warni lebih dr peacock/ pelangi adelah fasa sekoloh rendoh, dan lebih tepat lagi adalah ketika Darjah 6.. walawehh.. suwit sgt! hihi

blajo tunggang tebalek pn, xdop hal. janji HEPY! 24 jam sukkeanggg jeee... alhamdulillah smpai jugak ke menara gading. ingt balek jamang wahi gelekek dulu aduh...mmg letih la.. xleh nak habaq la lagu mana..

so sekali sekala mari angin nok ungkit jamang2 huhahuha tu mmg sakit perut la dibuatnya. senget mulu2 ning waseang..aduhhh.. lapor plop wasse duk sukke banyok ngak!

kisah roler blade. kisah anjali. kuch kuch hotak hang. adehh..mcm2


tu satu hal.. satu hal lagih yg buat aku mengilai malam2 bute ni adelahhhhh.. tett.. mek ghah tu la g p.m aku tny soklan ni:

MG: mokjah..bile tarikh nikah.?kang simbung kan
mokjah: ------- (bagi jwpn)
 MG: weiiii   sama !!!  hahahahah
mokjah: ye ke wehh!! hahah nor royat katku mu bulan 9 wehh
MG: ni nok suke eh. ak mmg bulan 9 ritu tp tunang aku kan keje luar mesia..so ye balik seminggu nk raya.so cuti dlm sebulan..masa tu ye nk ajok wat tuh hahahahaha aku 24 dan 25 nok suke golek rasa nim

HAHAHAHA.. aduh laa... gane ning. kalo sama tobat la mokjah ajok mek ghah ni wat kenduri sekali besor2an lat Padang Bola Tok Jiring nuh...hahahhaha.. jeng jeng..memang jenggg ahh Tok Jiring! doh la rumoh mek Ghah dgn rumoh mokjah sejalan..hahahah..

kwn2 seme sile kosongkan perut kalian la yer. makang gulai sampai muncit! hahahha

geram wasse ke mu mek Ghah! arghhhh.. ke meknor sorang lagi.. arghhhh!! hahahha

pening2..suke banyok ngak.haihhhh..



p/s: dok sabor nok tunggu Ramadhan tiba. nok buke pose rama2 nge sayam2 saye Tiah Nor Ghah..pahtu nok tarawih same2 pahtu jalan2 raung2 KT same2..sebelum mengakhiri zaman bujang! :D  misss u ols bebeh!!

Saturday, May 19, 2012

62 hari lagi :)

Assalamualaikum!

wahh..62 hari lagi! 

kemana?

ke bulan yang dinanti2... Ramadhan al-Mubarak! inshaAllaah!

tadah tangan..doa...
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).
x sabar menanti hadirnya Ramadhan! nak ibadat sungguh2. kalau panjang umur, mungkin ini Ramadhan terkahir sebagai seorang bujang.
I miss you Ramadhan!

Friday, May 18, 2012

10 random things bout me~

Assalamualaikum!

Salam pagi Jumaat seme! heh. 

ouh, eosk ade xm spa negeri. tp x stadi lagi. haishh.. nok hapdet belog dulu lah. masa brekpes td ai brekpes egg benjo (beli malam tadi, tp sebab mantok x makan simpan dlm fridge pagi2 ni bantai je la benjo sejuk! haha)

so smbil makang tu dtg idea nk hapdet belog tentang diri sendiri lah..HAHA .. bajet retisss kann..hihi

so let's cekidaud!

1- sebab egg benjo ilham utk hapdet belog ni menjelma, maka 1st thing 1st bout myself is that: suka makan egg benjo tp x suka bubuh sos! kalo gtau kat penjual beger tu kan saya nk egg benjo satu tp xmau sos. pastu kan kite hangen betol kalo dia bleh tny kite balek mayonis nak? sayur nak? telur nak? baked beans nak? arghhh! hello..ayat bahasa melayu yg sy guna tadi tu susoh bebenor kerrr nak pahang? "SAYA NAK EGG BENJO SATU TAKNAK SOS! S.O.S.= sos. S.O.S bukannya bereerti sayur mayonis telur roti dan segala bagai. ia hanyalah SOS! eeee..geram mak tau. ehh..terlebeyy sudah. oke yg pertama tu je. suka makan egg benjo takde sos tp yg lain seme ade. huu

2- gile milo! haha. air milo kosong kawwww! 

3- suka roti canai MILO! see..milo lagi..hik3

4- kalo makan prefer xmau order air sedap2 sebab nnt x habes. huk3. kdg2 pas makan x minum air pon pasal perut dh FULL. kennot go.

5- keayuan akan segera hilang kalo gelak. kekekekek :D

6- oke saye ade gigi taring yg easily seen even senyum sikeet je pown!

7- reti buat2 kompiden & reti buat2 khusyuk / give full attention! padahalllll..faham pon idok..maleh dengo pun iyerr... op koss..haha  *i love this talent much!

8- suka hangguk bile org cakap. kdg x paham pown atau mls nk dgr! *amik ati jerr..huu

9- boleh buat byk kerja dlm satu masa. erkk..gile tamak! *tp make sure seme keje tu berkualiti yerrr.

10- lastly! suke nyanyi okeh! *ai kan retissss hahahah.. bese nyanyi time bwk moto otw g keje (dulu2)..now dh de keta lg la nyanyi. den x irau ehh org sekelilng nk pandang ka apa. janji den happy!  * tp bila kuar dr kete..ehem..ayu2kan diri la.. HAHHAAH

Okeh sekian! heheheeeeeee ^^

Thursday, May 17, 2012

Mereka bagaimana...?

Assalamualaikum!

Apa khabar. Salam malam Jumaat! cepat je masa berlalu. baru kmaren rasa hari Ahad. rupanya dh wiken! hmm.. how time flies..

memandangkan hari2 minggu ku  ini tersangaaattttlah bizi body. maka mlm ni baru lah den sompek meluangkan masa gi sopim brg2 dapur. siaan mak den brg2 dapur byk xdak. dh habehh.

so berbekalkan list brg2 yg perlu dibeli, maka lepas Magrib den pon pogi la ke Sabasung! harge muroh sokmoooo.

smpe sabasung, parking, amik troli.. okeh.. round dari satu row ke row yg lain. amik cmpak dlm troli amik cmpak amik campak..humangg aihhh..penuh troli ko! HAHA

pi laa beratur dgn muka innocent. kunun kompiden duet cukup. sambil2 menunggu cashier tu scan seme brg, intai2 la total harga. ai..baru separuh troli dah rm110.. haihh..cuak ni cuak ni..sebab tgk purse cuma ada rm153.20. aihh..mcm x cukup duet je nih

so dengan pantasnye den poie kat ATM belakang nunnn draw la some money from BSN. aduhh..

bila pi balek kat kaunter, tgk total price adelah: RM178.90..tetttt.. naseb baek den pi kuar duit ATM dgn segera. HAHHAHA

Bila dh balek umah, hangkut suma brg2..den menung tgk resit. hmm


peritnya hidup zmn semua hrga barang naik ni kan. rm178.90. untuk stok sebulan atau 3minggu.

so den terpikir la. cmna la dengan mereka yg berpendapatan rendah, tanggungan ramai. sedih kan.

let say kita calculate basic needs la kan..untuk sebulan (secara kasar)..untuk 5 orang.

beras 27.90
gandum 3kg  rm4.05
gula 4kg 7.20
minyak rm13.50
bihun rm2.50
telur rm8.00
milo rm 16.90
teh boh rm10.90
kopi rm4.45
nescafe rm6.89
sabun debu rm5.50

total rm107.00 (kurang lebih kira rm110.00)

tu x termasuk barang basah lagi.

ikan selayang 1kg rm8 (tahan la 3 hari)
ayam sekilo rm7 (tahan la 3 hari jgk)

rm15 untuk 3 hari. kalo 30 hari? x ke rm 150?

tu x termasuk sayur.

so kalo brg kering + basah = busuk2 pun dalam rm 260 .. so cmna dengan golongan yg pendapatan bulanan sekitar 3 angka je? woooo perit wooooooo

kalo rm500. lebih separuh keperluan basic. sedih nya. mana lagi bil api, air, belanja sekolah anak, duit minyak. aaa.. mau nanges aku kalo mcm ni.. isk...isk..

seksa kan hidup zaman skrg. dulu susah2 pun, xde duit pn boleh survive lg, sebab brg2 x mahal. skrg.. ntah.

Ya Allaah..cukupkanlah Kami dengan apa yg Kami ada dan mampu. amin!

Monday, May 7, 2012

107 days to go :)

Assalamualaikum!

Berseorangan di ofis today membuatkan pikiranku melayang2 pikir my  big day soon to come! he he

Excited ke? ntah *cehh..malu la teww.. ha ha

Meh wat checklist la kejap.

Tukang masak- ok book dah.
Kanopi meja kerusi- book dah. Bulan 7 dtg ukur kwsn.
Pelamin/hiasan bilik/baju2- book dah. Bulan 7 jugok dtg tgk2 rumah.
Bunga telur tetamu- order dh..
Cenderahati tetamu laki2. Separuh dh beli separuh lagi dh order.
Kek- ok book dah. Bulan 7 nanti jumpa cik adik pembuat kek itu.
Kad kawen shantek- ok book dah.

Kad kawen sedikit shantek- ntah. orgnye x e-mail2 pn lagi quotation. haihh
Bekas cenderahati tetamu laki2- ownmade. aiyarkk.. lagi 400pcs ni sempat ke idak ni haihh
Bekas cenderahati tetamu wanita- dok cari lagi.
Bekas cenderahati tetamu spesel- dok cari lagi.
Cenderahati tetamu wanita & spesel- dok cari lagi . (xtahu nok bagi gape wehh)
Hadiah hantaran- baru ada 3 benda. lagi 3 benda belum ada. kat KT xdok la.. tskkk
Bekas nak buh hantaran & gubahan- xdok lagi..huwaa.. nok cari mane eh? sape ade idea. nk bekas yg re-usable,cantik yet murah/affordable.


hailaa. nampaknya saye akan mula bizi bulan 7 nanti. ouch.. x sukanya. bleh x bahagi sama rata kebizian itu pada bulan 5, 6 dan sebahagian bulan 7. Sebab bulan Ramadhan saya nk bizi buat kuih raye plop.  ngeee :D

ok..memang kena bahagi sama rata.

rasanya eloklah begini kot:

Bulan 5:
Kad kawen sedikit shantek
Bekas cenderahati tetamu laki2

Bulan 6:
Bekas cenderahati tetamu wanita
Bekas cenderahati tetamu spesel
Cenderahati tetamu wanita & spesel
Hadiah hantaran lagi 3 benda
Bekas nak buh hantaran & gubahan

Bulan 7: Apoiment kanopi/pelamin/kek

wooo..bulan 6 padat tuh. tape tape. sebab semua tu satu tempat aje. ke mana kita? Nilai? Jalan TAR? Sogo? Rantau Panjang? KB? or Kuantan? hmmmmm.. cuti oh cuti

Inilah realitinya. Berbulan2 masa dihabiskan hanya untuk event sehari. Allahumma yassir. Semoga segala usaha dan tindakan yang diambil dipandang oleh-Nya.

Apa2 pun, mesti mau ingat: elak membazir. Sebab lepas kawen laaagi banyak mau pakai uang. tau. tau.


peace (^^)v

Thursday, April 26, 2012

What doesn't kill you.

Assalamualaikum! kabare? warassss.. hehe

Baru perasan lama sudah ku tidak mengupdatekan belogku ini. bizi body manjaaangg..haihh..

kite keje.kite buat research.kite maen masak2 juge.kite jahit manik juge.dan kite jual baju2.pastu kite buat kotak2 jugek (utk majlis kawen). aiyakkk! betol ke kite ning. haihh.. jangan yg dikendong x dapek yg dikejar berciciran sudeyy.. nauzubillahh.. eh jap jap..mcm x betul je ayat tadi..hoh mmg salosss.. yg dikejar x dapek yg dikendong berciciran baru betol! haduhh..

hmm.. tu senarai keja2 je..x masuk lg senarai environment yg membantu dan yg membantutttt.. seminggu ni byk jugok laa environment yg membantuutttt.. emo jap kat opis. terkezut kawan2 den.. ahahah.. adehhh.. *maluuu

tp pikiaq2 balek.. "what doesn't kill you makes you stronger".. (thanks to kwn dlm fesbuk..i saw this statement last week if am not mistaken..tatau pn ropenye ni adelah lirik lagu..lagu oleh Kelly Clarkson (x kenal pn sape..jap nk google.. huu)

terus gue type kat utube statement tersebut maka keluarlaa lagunya.. wooot wooottt. best jugak lagunya..tp my situation is not in the sense of love or am alone ke apa. ni stress dengan pe'el perangai orang.stress dgn hati org yg x berapa nak wangi..haihh

so..kite amek ayat tu je la.. neh

"WHAT DOESN'T KILL YOU MAKES YOU STRONGER
STAND A LITTLE TALLER
FOOTSTEP EVEN LIGHTER!"

yeahhh.. inshaAllaah :) smileeeeee

Friday, April 13, 2012

main masak-masak

Assalamualaikum uols! bertemu lagi kita .. keh3

byk benda nk share.. di kala kesibukan kerja dan research, sempat jua ku main masak2 di studio masak2ku.. huhu

kerja oke. research- now tgh buat pilot study. baru 3 daerah edar.. isk.. ada lagi 4 daerah woooo.. bila tah nk settle. huu

xpe xpe.. kalo stress jom kita masuk studio masak2 oke! maleh nak taip banyak.. soo..layannnnzzz je la photo2 kat bawah ni yer!

...
kek lapis warna warni strobery



strawberry cheese cake!


cheese cake!


puding buih!



cheese cake!


selamat menjamu selera! kih3

p/s: nak rasa bole la tempah yer! hwahahha

Saturday, March 31, 2012

my first trial tart keju ^^

Assalamualaikum!

Entry kali ni nk cite psl cheese tart! yeah!

Kite bar try buat smalam. tgk dlm peti ade lebihan cheese yg buat cheese cake hr tu. so kite nk buat cheese tart la. pernah buat egg tart, tp filling dia x berapa menjadi la. so surrender kejap egg tart. now try buat cheese tart.

kite mcm biasa, mintak pertolongan pakcik google nk cari the best recipe of cheese tart. heh.

kite jumpa blog kak ita ni. mmg best la dia nye sharing. thank you kak ita! kalau uolss nok try gok buat cheese tart ni, sila la ke blog kak ita. simple je, dan menjadi! bagus kan bloggers2 yg x lokek ilmu ni..sharing2.. bila kita share apa yg kita tahu, kita jd makin pandai sbnrnya. jd toksah la kedekut ilmu sgt tau! (peringatan kat diri sendiri jugak.. )

ni kite nak share gambar2 cheese tart kite. resepi & tips jangan lupa yer korang klik blog kak ita yer. klik sini.


ni crust yg kite buat. kita bakar dulu



kak ita guna filling blubery. kite xde bluberi. so guna apa je yg ada dlm peti ais. ni mixed fruit jam. (tp lagi sedap kalo bluberi)

tutup jam dgn cheese ^^ biar smpai membuncit gtu



siap sudeyyy! jemput2 makang!

selamat mencube!

Saturday, March 24, 2012

Thank You Allah!

Asslamaualaikum!

alhamdulillaah. settle hal baju/pelamin/kanopi bagai.

Letih meronda2 smpai ke Marrangg nun. Dek kerana xtau lokasi fydah wedding gallery. call tokeyna berkali2 asek masuk voice mail. maka terbantut nk g butik itu. bila u-turn, ternampak lah satu butik. terpegun tgk baju yg dipamerkan. terus brenti.

rezeki butik Jue agaknya (x silap nama butik tu Jue). singgah. fitting segala baju yg berkenan di mata.. pilih2 pelamin. pilih2 baju ikut tema. bayar deposit. settle. alhamdulillah!

tuan punya butik serta adiknya itu sgt lah mesra alam dan selesa berurusan dgn kastemernya yg byk songeh ni..he he. terima kasih tau! plus, diorg sgt understanding & faham kehendak kastemer. harga pun leh nego2 dan sesuai dgn bajet. alhamdulillah.

pastu misi jelajah cari kanopi plak & bekas/gubahan hantaran.

kanopi alhamdulillah jumpa jugak yg tersangatlah murah tp dapat macam2! kanopi/scallopnya pn baru2 lagi. yg penting ade warna tema. ^^ yg ni belum byr deposit. tp dah cop.

so..yg x settle lagi laaa ni adelah bekas hantaran/gubahan. fenin kot nk sewa ke nk beli ke sewa ke beli ke. sewa= murah sikit dr beli. beli, lepas tu nk watpe? x guna mana dh. hmmm .. fenin2..

mungkin beli- tp beli bekas yg boleh diguna berpanjangan. kan. setuju x? ^^

okeh. kita tangguh dulu misi ni ke bulan hadapan pula. oh tesisku. maafkan daku terlalu lama meninggalkanmu. promise! next week saye jenguk2 kamu setiap hari oke! ^^

allahumma yassir!

Aduh!

Assalamualaikum! Salam Sabtu semua!

Aduhh! mak pening kepala ni nak... serabut perout waseanggg..huk3

Kita merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. kan.
Mak dah settlekan pakej2 kawen mcm baju/pelamin/mekap/gmbo/dekorasi bilik/gubahan suma dengan satu butik ni. dh siap byr deposit. tp nak buat cmna kan tetibe pemilik butik berkenaan sakit plus dijangka bersalin dalam bulan kawen saya! huwaaa.. masa deal dgn akak tu akak tu x tau lagi yg dia pregnant. so now dia x berani nk teruskan job kawen mak ni.. yer la kan..dia x nak amik risiko kang x dapat bg servis yg baik. hmm..mak fikir2 mak pn mcm x berani nk amik risiko gak.. mak discuss dgn pemili n prens diorg pn sajes better cari butik laen.

so skg mak tgh pening mana nk cari butik laen yg bleh bagi mcm2 dengan bajet mak below rm2k! he he. mak x kira. huk2

ade satu mak jumpa pas godel2 kat pesbuk dan tanya cik google. pakej rm1.9k tp dapat satu je baju?? haihh.. walopon x nak..saja try tny (ye la kan drpd xde lagsung)..tp.. dukacita mak pasal semua dah full sampaaaaiii september kang.. mak oihh..dasat noh org ganu suma nk kawen ka apa taon nih? laa ni bulan 3, suma dh penuh smpai bulan 9? hmm

so mak godek2 lg pesbuk dn google , mak jumpa la satu butik kat Marrraaangg nun.. pakej yg ditawarkan sesuai dgn bajet mak. dapat 3 baju! yeah! yg ni mak suka. ta..pi.. jauh bebeno aihh.. xpe2.. tny dulu amik x lagi job bulan 8. alamdulillah..masih ade kosong. oke! mak cop dulu yg ni.

satgi mak nk kuar nk orund satu bandar KT ni.. kalo ade butik yg leh bg mcm2 kat mak dengan bajet maximum 2k, mak akan grab! kalo xde, mak nk g yg Marrraaanggg nun la.. he he

doakan mak yer mudahan ade yg sekitar KT!

Friday, March 23, 2012

Upcoming new family members!

Assalamualaikum! Salam Jumaat semua!

alhamdulillaah..pagi2 jumaat dh dapat berita gumbira~
bakal mendapat dua orang lagi anak saudara! seoarang pada ogos/september ini, dan seorang lagi pada november/disember ini inshaAllaah :)

semoga semuanya selamat dan sihat hendaknya!

satu lagi new family member inshaAllah menantu yang ke 9 pokmat dan cik habsah ler.. penghujung ogos nanti..inshaAllaah. he he .. mudahan semuanya dipermudahkan juga!

waa...teruja kot nk bleh ank buah lagi! :))

haihh..anak buah bertambah, maknanya usiaku jua bertambah.. hmm

senarai anak2 buah:
20 wani,
19 luqman,
16 naim,
15 'aqilah,
14 fahim & adham,
13 haikal,
12 najihah & hazwan,
11 harith,
10 hazim,
7 zahirah & ilham,
6 amaaneey & tasha,
5 Ammar,
4 Naqiu,
3 Sulaimi, Zahrina & Dhia'

:) moga semuanya membesar menjadi umat Muhammad yang cemerlang dunia akhirat! amin!

Sunday, March 18, 2012

Kawen bila?

Assalamualaikum!

Alhamdulillah. dah dapat sijil kusus kawen! yeay! haha. *ape daa.. bila nk kawen baru sebok nk g kusus kawen. org lain dah laaamaaaa ade sijil tuh. tu ler masa blajo tau ngadap buku je yer! haha

mak aihhh..dalam 170++ peserta kusus kawen dua hari lepas, rasanya dalam 80% adelah budok2 tunggu keputusan SPM. caitt... cmne korang leh terfikir g kusus kawen hah? bek g kusus buat kek ke, kueh ke, jahit manik ke..kan.. yang laki2 plak baek korang g kusus beki motor ke, ternak ikang kambing lembu ke... ambe dulu habis SPM x terpikir pn g kusus kawen. sebab ambe kena g PLKN! haha.. tp pas habis PLKN pn x terlintas langsung dlm kepala nk g kusus kawen. g kusus bahasa english kat KUSZA ade la.. haih.. betapa advance-nya budok jamang lening yer!

Oke la. biaq pii kat depa. janji ai dh de lesen tuk kawen okeh!

Mitok maap ler sdara sdari... sebab baru g kusus kawen. sebab ade gurau2an.. "hah? baru nk g kusus kawen ke??! " .. "eh.. nk kawen baru g kusus??!" la la la la... rilex aa.. ape jaminan anda g kusus awal2, seawal lepas habis SPM, sedangkan anda belum pasti bilakah anda mahu akhiri zaman bujang anda, apa jaminan anda segala maklumat yg anda terima sewaktu kursus membantu anda time nk nikah kekgi??? ce jawab? dahla kusus tu pengisiannya hanya la menyentuh permukaan sahaja.. dan selag seli dgn jokes..i mean.. a bit lucah nye joke la. hurmmmm... pandangan peribadi ambe, kusus tu just syarat je. surface je apa2 maklumat yg diberi. come on. sejam setiap slot. nk compress everything in one hour? ohh.. byk lagi kena korek sendiri kot! cuma part prosedur permohonan nikah tu byk membantu.

okeh. tolak tepi psl kusus kawen. now i wanna to talk about persoalan: "bila majlisnya ni?".. "bila nk kawin ni?"... bila bila bila..

jawapan klise: "kekgi2 la. sabor la. ".. "siap kad kekgi ambe wi la".. huuu

jawapan yg jujur sket: lepas ry inshaAllaah. nk wat bulan 6 ade adk bradik x dpt cuti. so buat hr raya senang semua cuti.

respon diterima: laaa... ingtkan buat bulan 6..... bakpe wat lepas raya... ingtkan wat sebelum pose.

sooo... hny 2 jawapan utk soalan mcm tu. dua jawapan yg boleh buat org yg bertanya terus terdiam kaku.. haha!!

Jawapan 1- nikoh belum pose kang, bulan pose kekgi banyok batal pose plop. *erkk..sory .. x senonoh skit jawapan. he he

2- Jawapan 2- nikoh pas raya la. bulan pose sebulan bulih la mayang sunat taubat tiap2 malam. sebelum nikoh molek banyakkan solat sunat taubat. *hehe..yg ni jawapan sejuk perut mak mengandung oke. ^^

hmm... sabar ya tuan tuan dan puan puan. Kita hanya merancang, tapi perancangan Allah itu jauh lebih hebat dari apa yg kita rancang. Hanya usaha, doa dan tawakkal mengiringi segala tindak tanduk kita. mudahan semuanya dipermudahkan. ameen :)

Monday, March 12, 2012

Alhamdulillah. ^^

Assalamualaikum!

Hari ni happy kot! walopon dilanda ujian kedemaman.. alhamdulillah kasih sayang Tuhan pada hamba-Nya x pernah putus.

ngaper?

sebaab.. one of my 2012 resolution is completed today! he he

ape dia???

our business is now officially registered with SSM! alhamdulillah! lebih semangat untuk bergelar usahawan! hehe

X boleh nk daftarkan nama Joja Miqey Collections Enterprise sebab nak jual macam2.. so terpaksa la ubah skit nama, jadi Joja Miqey Enterprise je.. no more JMC. now it is JME. huk3

eksaited oke ^^ simple sgt nk register SSM ni..less than an hour oke. just bring with you RM70 registration fee & a copy of Mykad.

oke, pasni kena plan dengan teliti perjalanan bisnes ni oke. kena meeting dengan partners ni. huhu..

target: lepas kawen lebih giat lagi dalam bisnes. inshaAllaah :)

semoga semuanya dipermudahkan!

Thursday, March 8, 2012

Wedding prep.

Assalamualaikum!

hmm.. beberapa purnama lagi hari bersejarah itu akan tiba insyaAllaah. Slow2 la kot buat persiapan.

Xdok mende pun.. pakej baju/pelamin/hiasan kamar/mekap/photographer/gubahan/cupcakes dah settle.

yang belum settle: kanopi/kerusimeja/goodies untuk tetamu.

bab2 hidangan jamuan kenduri: hok tu serahkan kepada family lah.

mmg nmpk mcm awl sgt nk prepare suma tu..tp memandangkan zaman laa ni semacam satu trend asal cuti je berjujuk2 kenduri..padat giler. so perlula buat tempahan awal. kalo dok kang..mana nak cekau eh.

so hari ni, half day.. g town dgn kak long, cari kain pasang.. hadiahkan untuk makcik2 sebelah mak dan sebelah ayah yg semuanya berjumlah 10 orang... sedondon semua haa pink kaler maa.. hi hi..

xpe la.. habis duit sikit.. gembirakan makcik2.. semangat sikit kot satgi nk buat kerja time kenduri..ha ha.. *bodek bodek

kain idak ler mahal mana.. just nice la. satu roll tu ha aku borong. 40meter. so sempatla makcik2 aku ni ha pi upah jahit..kang dekat2 puasa org xmau trima plak tempahan... huu

kain2 pasang utk adik beradik semua sepakat nk cari sendirian berhad.. xnak sedondon corak..just nak sedondon warna je.. so, ikut lah taste masing2.. :)

semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. ameen. :)

Sunday, March 4, 2012

beware!

Assalamualaikum!

Haihh.. rumah pokmat kembali sunyi. kaku. beku. bosannyaaa....

membuatkan ku kembali terfikir2 tentang suasana opis yg semakin x best kurasa. mcm nk cari port lain je..hmm.. lepak library wktu kerja bole? er...i mean, buat kerja di library? boleh kan.

ujian betul. isk. oke, sangatlah perlu untuk saya kembali seperti diri saya awal2 dulu - i mean, sewaktu awal2 menjadi warga bilik/opis itu- sendiri.

frankly speaking, i don't really like the surrounding there. isk. come on people! u r all are going to be an academician! please behave like an academician. urghh!!

sikap manusia ni pelbagai. ragam manusia ni macam2. heyyyy.

org tu x buat apa2 kat awak, apa ke masalahnya awk sibuk hal dia. gelar dia mcm2. kata dia mcm2. di belakang org itu- di hadapan orang lain? oh pelisssss lah.

cth: ee..dia punya fesyen tah pape.. ee..mcm badut.. eee..meluat..ee..itu ..eee... ini..

erkk.. serious x faham!


moral of the story:

"Jika ada orang yang mengumpat orang lain di hadapan kita, sangat besar juga kebarangkalian untuk dia mengumpat kita di hadapan orang lain.
Berhati-hatilah dengan orang sebegini..."

hmm..sangattt perlu berhati2 dengan this kind of people! nauzubillah min zaalik.

Tuesday, February 28, 2012

Berjalan..bermusafirlah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Oke..saye dh kat katojie. setelah 4 hari berjimba2... bertolak balik from Bangi pukul 5.30 ptg dan selamat tiba di Katojie pada pukul 2 pagi..alhamdulillaah! walopon letih, tp from the bright sight, i managed to test drive..hi hi.. 8jam setengah memandu. oke..pasni bleh la kot g KL sndiri..hak3.. *berangan! huuu

sepanjang perjalanan 4 hari ni, banyak benda yg boleh diambil pengajaran..byk benda yg boleh difikirkan .. dan banyak2 benda tersebut, satu benda yg paling terkesan di hati ialah: i can know well my new friends! ^^

ada benarnya kata2 (x silap saya ianya hadith, betulkan saya kalau saya silap..dh cube google tp x jumpa)..kata2 tersebut:

"kenalilah mereka yang berkawan denganmu, bermusafirlah bersamanya, makanlah bersamanya, dan tinggallah bersamanya, saat itu kalian akan mengenali dirinya."

yup..benar.. selama ni berkwn jumpa di ofis mkn kat cafe kenal juga..tp tidaklah sekenal sepanjang travel ni.. i manage to know them personally in and out. maybe they managed to know me as well..

^^

apa2 pun.. i don't like this feeling lah. cmne yer? huk3... haihh... hmmmm

Friday, February 24, 2012

Learn from mistake la kan ^^

Assalamualaikum! Salam Jumaat semua!

heyy...saye di Bangi okeh! hahaha

eksaited terlebey plakkkk.. op kossss! rindu kot Bangi dan Nilai..huu.. esok nk curik2 mase nk g Nilai jap laa...ngeh3 ^^

oh..ape kaitan dengan tajuk entry nim?? oo..xdok ape.. yesterdayy kan sebelum bertolak ke KL kan.. kite de proposal defense.. byk kotttt komen2!! huhu.. mitok maap yerr inche Dokter SV..anok murid inche Dokter ni byk kena komen..huhuhu.. sedih tp..eh, bakpe sedih plop? ok what byk komens! kannn dari komen2 la kite leh improve our research kan. oke ape.. hampir satu muka setengah jugak la segala komen yg dicatat. tapii...tinggal lu ah kat opis.. terus bertolak ke Bangi jimba2!! ahaks!

saboooo je la... huu

jangan nk banding dgn org laen. org tu dpt banyak pujian xpe la.. kita dpt byk komen oke sgt tau! sebab apa???? sebabbb:

1- kita leh learn from mistake oke!
2- tu bermakna tajuk/ research kite diminati ramai oke!
3- tu bermakna kite nye presentation org tumpu dan follow oke!
4- sebab kite besttt.. hah? *perasan kot!

hehe ^^

taak..bukan perasann.. tu cara2 kita mengambil yang positif oke. jangan duk tgk yg negatif sgt. hidup mesti ceria oke! baru la semuanya berjalan lancaaarrr..inshaAllaah.. ameeen ^^

oke..nk g Sogo! adios!

Monday, February 20, 2012

Learning is an endless process~

Assalamualaikum!

ALhamdulillaah.. seronok bila sibuk..sebab masa lebih banyak. berbanding x sibuk..masa x cukup.. pelik? kenapa pelik?

sebaabb.. bila sibuk, kita lebih hargai masa..lebih bijak menyusun jadual2 dan betul2 jaga masa. so in turn, we have lots of spare time & we can fill them with other thing yang mana waktu kita x sibuk kita x de masa pun nak buat semua tu.. ha.. senafas ayat. semputttt! haha

alhamdulillah..i enjoy what am doing now very much. very very much.

alhamdulillaah walau kadang2 tgk org lain mcm tu, org lain mcm ni, cepat2 sedarkan diri sendiri dengan kata2: "Jangan membandingkan dirimu dengan orang lain. Iri hati hanya membuat jiwamu gelisah. Jadi diri sendiri."

yes! i am what i am. inshaAllaah..

seronok kot dengan life sy ketika ini! frankly speaking. am not in stress at all. kerja ok. study ok. bisnes ok. minat dan hobi ok. heaven! alhamdulillah again!

betull la org kata.. buat sesuatu yg kita minat...yes..now saya akui, dan saya setuju dengan kata2 anda itu... minat is something we should consider most when deciding on doing something. yes.
because with interest along, we will complete the work/task given without pressure.

tengok.. sejak memulakan kehidupan baru ni..i have time to update my blog. i have time to manage my business. i have time to do research. i have time to bake cakes, try new recipes. i have time to play badminton as well! he he

just a moment before i update this, actually i learned 4 new cakes recipes, and learn how to deco the cakes. thanks to my lovely bff azimah for sharing the recipes and tips to me! really appreciate it! may allah bless you dear :)

inshaAllah akan cuba kesemua resipi itu sooooonnn ^^ well.. learning is an endless process.. so teruskan belajar..apa saja.. yang bermanfaat.. actually the more you learn, the more you have no idea bout it!



p/s: tgh berangan2 nk sediakan sendiri cakes/ cup cakes for hantaran kawen.. boleh? ha ha

Wednesday, February 15, 2012

Mari kita cek kite sehat ke x..meh mehh


Assalaamualaikum semua!!
Hmm.. kerja banyok, tp mood xdok..guane toow?? hehe.. dakpe2 nehh.. dakpee.. kite update belog nehh... tadi godek2 fesbuk juppe org share nih haa.. general knowledge, oke la.. jom baca jom!!



::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

apa2pun.. jangan dilupa hargai 5 perkara sebelum datang 5 perkara

SIHAT sebelum saket
LAPANG sebelom sebok
KAYA sebelum miskin
MUDA sebelum tua
HIDUP sebelum Mati

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA~