BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 30, 2012

we are married !!! ;)

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillaaah. segunung kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas segala limpah kurnia-Nya yang tak pernah putus. Alhamdulillaaah. terima kasih ya Allaah!

hari ini, 30 Ogos 2012, adalah hari ke-8 kami sebagai suami dan isteri. he he



tanggal 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H (setelah genap setahun Hijrah kami ditunangkan), maka halal sudah hubungan kami. Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga buat parents yang tercinta Mie & Bab, kakak2 dan abang2 yang dikasihi- Kak Long & A.Ram, Kak Ngah, Kak Za & A. Sir, Rie & Kak Jie, Yah & Pokku, La & Kak Wann, Pa, Nor & Kamal, Ja, Cik & Ramzi, Kimah, adik-Fatin, anak2 buah tersayang-Wani, Dhia', Zahirah, Luqman, Naim, Najihah, Fahim, Hazim, Ilham, Harith, Haikal, Zahrina, Ammar, Tasha, Naqiu, Qilah, Adham, Amaaneey & Sulaimi, mak-mak sedara, sepupu sepapat, sahabat handai, dan juga buat keluarga kedua saya, parents - Ma & Wae, kakak-kakak serta abang-abang - Kak La & Abg Lan, Kak Na & Abg Zul, Kak Jun & Abg Si, Kak Ika & Rizal, Abg Jae & Kak Da, Abg Jerry & Kak Ana, Ciksu, Cik A, Akil, Arham dan anak-anak buah serta saudara mara di sana.

what a big family i own now. (mie + bab + 13 beradik + 7 ipar + 20 anak buah) + (ma + wae + 11 beradik + 6 ipar + 20 anak buah ) = 42+ 39 = 81 dan akan bertambah lagi 5 sooonn..

happy sgt bergabung dua family besar mcm ni :))) meriah kan? hehe

tak lupa, special thanks to my beloved hubby. terima kasih abg sayang kerana sudi mengambil alih tanggungjawab menanggung bebanan dosa & amanah Allaah daripada mie & bab. bimbing & didiklah syg ke Syurga-Nya ya :) terima kasih juga kerana mampu bersabar dan bertabah serta bertahan atas kerenah syg. mudahan sabar dan tabah abg sayang berpanjangan hehehehe :)

i love u all. i love u. love u so much.






DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI ya. inshaAllaah :)



Tuesday, August 14, 2012

Hypotensi

Apa itu Tekanan Darah Rendah ? 

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia 
  • aktiviti seharian 
  • perasaan 
  • ubatan 
  • pendarahan 
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke 
  • penyakit jantung 
  • penyakit pada mata 
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah 
  • sukar untuk berkonsentrasi 
  • mata berkunang-kunang 
  • mual 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
  • pernafasan cepat dan pendek 
  • defresi 
  • cepat haus 

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal 
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. 
  • Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat. 
  • Keadaan otot yang lemah

sumber

p/s: dh lama dh syak mcm ade x kena dgn diri sndiri. dari skolah lg x mampu nk bersukan. cepat semput   termengah2. sakit dada smua. waktu PLKN dulu pn kalo time physical training alahai. mmg seksa jiwa raga.

kalo time nk berubah posisi (biasanya dr duduk nak bangun/ dr baring nk bangun) mesti pening gelap mata.

mual- almost all the time lah :( rasa x selesa je perut ni. lega bila makan asam lah. so always standby asam dlm handbag nih. laa ni pn tgh mual ni. tp xleh makan asam pasai posa kan.

kulit berasa dingin, pucat & lembap ni biasa terjadi bila kena cuaca panas terik. alahai.. fobia.

cepat haus tu mmg. kdg2 dh nak tdo pn haus kena minum lagi. in fact sediakan sebotol air kat kepala katil sebab malam2 haus senang nk grab.

dan lately xtahu knapa jantung ni duk berdebar2 dan seems like berdenyut laju. mcm lari kena kejar anjing.

last week saja2 g buat test bp, kolestrol & gula dalam darah kat satu farmasi (since lagi seminggu nak kawen kan, so i better check first lah, so that later on if ditakdirkan (nauzubillahminzalik) ade pape penyakit so bleh kesan sama ada sakit tu after kawen or before kawen dh ada).

so the results yg pharmacist tu kasi: gula ok, kolestrol pn ok. kadar bacaan gula 5.3 (which is ok la sebab normal rate is 4-7). dan cholestrol bacaannya 4.19 which according to her ok jugak sebab it should be below 5.2.

hanya problem pada tekanan darah - where my bp is low (according to her). bacaannya 87/54.

kalo ikutkan normal should be 120/80 katanya. so mine is low lah.

after few days try test sendiri kat rumah (kat rumah ade je bp tester ni). so bacaannya 90/60. dan bila test plak another day 89/57.. so i could say mmg low kot my bp.

no wonder selalu x cukup nafas.

apa2 pun skg tgh usaha nak naikkan a bit my bp. godek2 segala bagai tips di internet. ada yg boleh diamalkan ada yg x boleh. so kita cuba apa yg boleh la yer. mcm makan kerang/daging/ kacang buncis/ bilis dan makan garam. eh. bukan le makan garam perse. kena masinkan sikit la kot menu kite.

sesungguhnya semua ni ujian. wat rilex sudah. fikir2 sgt dok bulih jugok. peace! ;)