BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 25, 2009

wasiat ibu untuk si puteri

Wasiat Ibu untuk Si Puteri
www.iLuvislam.com
oleh: norfaezah

Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu.
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami
Tetapi!Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.
Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...Air cukup memada
Bagi yang tiada
jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua
Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....
Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"

Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

Sumber : Panduan Fardhu Ain Lengkap; Abu Al-Baqir

Sunday, February 22, 2009

suka lagu ni...aaaa

amani- AMAR

Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram memancar sinarnya

Pertemuan seindah bayangan Firdausi

Menjadi zikir kasih yang suci


Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku

Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Menggenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad

Bicara tanpa suara

Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya


Kau kusanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup

kau hembuskan nafas semangat

Penawar hati....

hadapi hidup

kau hembuskan nafas semangat..


Menggenggam janji cinta ini

bertemu kasih tanpa jasad

bicara tanpa suara

hanya tulisan bahasa indah

mengeratkan antara kita....

hinggalah ke akhirnya..............





stories along the day of JESSUP MOOT COMPETITION

STORY 1: Thursday, 19/02/09

petang kamis, dlm kul 3 bertolak ke KL...as the competition take place at UM, so, our team advisor booked hotel not far from UM..masa tu tatau la hotel ape...so, seperti yg dirancang, kitorg pakat nk bertolak kul 330 dari kampus.

tapi, siapa tahu, kita hanya meranang, Allah yang tentukan segalanya... asalnya, perancangan yg dibuat, team kitorg seramai 18 orang, naik 3 buah kenderaan.. miss F and mdm D, hajar, irma dan gma sekereta. Ana, hanan, tikah, aku n uya sekereta.. farah, wani, mas, syam, farid, zimin, n umar naek van... tp, semua ni terpaksa dirombak last minit..coz ana tak dapat pergi as her grandmother passed away, dan kebetulan jugak mas x dpt ikut as ayah mas accident.. mas balik ganu laa tu jugak... ya Allah....mmg betul2 x sangka semua ni...

so, as ana x dpt ikut, gma terpaksa bwk keta dia..tp bg wani drive... suma girls naek keta...n boys nek van... van jalan dulu...tp lg satu dugaan terpaksa dihadapi....dekat tol nilai, van usim kena hempap palang tol...aduhhhh.... lama jugakla stop kat situ, coz nak kena settlekan apa yg patut... syam ckp driver van gadh gak la ngan org tol tu...tp, alhamdulillah, bila kitorg smpai situ, miss F turun, n gi kat van tu... maybe miss F negotiate dgn tol agknya, n alhamdulillah it was compensable... pastu kitorg teruskan perjalanan dgn selamat..

dalam kul 5 lebih samapai kat hotel....masa ni baru tahu nama hotel ape...hehe.. SHAH'S VILLAGE HOTEL... very nice....ala2 klasik gitu, tp mcm ala2 english jugak... dia punya landskap sekitar hotel sgt cantik n mendamaikan......dinding2 dihiasi dgn potret2 wanita dan lelaki melayu lama2 gitu...mcm seram la plak...hehe... teringat cite2 seram dlm tv, kang tetiba potret2 tu kelip2 mata kang naya...aaaa...tidaaaaakkkk....

pas solat, kemas2 brg, n jalan2 ke Amcorp Mall, x jauh dr hotel... tujuan utama sebenarnya nak gi beli air mineral....yer la...air hotel sgt kuning...camner nk masak...x sanggup weh... nak basuh muka pun geli...huhu... jalan2 dlm mall tu smpai la kul 7....balik smula hotel, mandi2, solat, n then turun makan... emm...mkn mlm not so sedap la...hee... x spt apa yg di expect kan...

makan hidang, antata menu2 yg dihidangkan: soto, nasi putih, kambing masak merah, sambal udang petai, pucuk paku masak lemak, ayam masak lemak, rojak buah... aku dah la x mkn kambing, so amik ayam...dan amik sambal udang... aku ni antu udang sikit...haha... tp, tetiba rasa bengkak bibir ni..adehhhhh..pedas giler!1 perut pun sakit...aduhh... syg betul...feveret food xley makan lak...mmg x sanggup nk habiskan, pedas giler ahh... hajar ckp, x pedas... boleh dia kata if rate kepedasan sambal udang tu 1-5, bagi dia 2.5 je... ishh...bagi aku, level kepedasan sambal udang tu 7 tau dak! aha... lebih dr rate yg ada..

pape pun, dpt la isi perut yg kosong..alhamdulillah... cuma perut rasa sikit pedih.... mmg sgt pedas....

hmm..paas makan, kumpul kat bilik seminar, prepare pape yg patut untuk hadapi pertandingan pada esok hari! aku dpt tugas buat lg satu rebuttal, n kena cari kes... dlm kul 1 baru sudah...adehh..penat dan ngantuk campur lapar...huhu

balik bilik, solat, iron baju dan terus lena dibuai mimpi.....haha


next post: cerita 2....tungguu.................

Sunday, February 15, 2009

BELAJAR ERTI REDHA DAN SABAR...




hmm....taktau nak mula dari mana...
diri ni terlalu penat dan lesu....terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu ni...
bukan sekadar coursework yang melambak...komitmen2 dalam team Jessup Moot Competition, dan masalah peribadi sendiri...

minggu ni, terasa minggu yang teramat sukar bagi aku.. pernah dulu kualami situasi sebegini, namun aku adalah insan- dan insan itu hakikatnya nasia- LUPA-pelupa... LUPA tentang pengalaman...dan masih tetap mengulanginya...

ibaratnya, dugaan sy kali ini masih seperti dulu- aku sedang membina istana pasir di tepi pantai... cantik..rapi... kujaga dgn teliti, agar istana pasir yg kubina tidak runtuh, tidak rebah, dan tidak dimusnahkan sesiapa... tapi ku lupa, ombak pantai bila2 masa boleh meranapkan istana pasirku...angin kencang xkan sempat ku tahan daripada menerbangkan istana pasir yg kubina....ombak, angin, patuh pada aturan sang Pencipta.. siapalah aku, hambaNya yang sering alpa...

usahaku yang berhari2, berbulan2, malah hampir setahun, ranap begitu saja... ku terkaku, terkedu dengan dugaan dan Ujian yang Kau datangkan Tuhan...

Ujian itulah kehidupan

ya... ujian adalah kehidupan... selama ini aku mati dgn keseronokan, kealpaan, dan kelalaianku... aku lupa pada sejarah..aku lupa pada pengalaman lalu...dan kali ini dugaan dan ujian itu datang lagi....mengejutkan aku dr mimpi yang tak mungkin jadi realiti... dugaan dan ujian itu menghidupkan aku kembali...

aku tenangkan diriku, dgn uba membisikkan pada diri, 'redhalah dengan ujian Tuhan'..
namun, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? aku tertanya2, sehinggalah aku dipertemukan dengan satu artikel di laman iluvislam.net... kupetik sedikit tulisan dari artikel tersebut:

"Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episode yang sukar dalam hidup saya, saya punyai jawapannya.

Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini saya belajar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’ "

artikel tersebut terus bercerita...

"Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hampir sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah.

Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah.

Saya ingin ulangi kata-kata nenek saya, Allah baru sahaja mencvubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalisium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’ Patutlah sepanjang saya sedih, saya selalu sakit gigi. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan.

Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Wasiat Luqman Alhakim ‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’ "

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak pelajaran saya Allah berikan untuk saya daripada ujian ini.

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, saya tidak mahu membina istana pasir lagi. Saya ingin membina istana untuk saya diami. Kali ini, saya perlu berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.

Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin."

ALHAMDULILLAH..... saya sendiri tenang selepas membaca artikel yg ditulis oleh fitrah-hanan ni...

aku tekad takkan bina istana pasir lagi! insyaAllah..

ya Allah, teguhkanlah hatiku, dalam agamaMu... ameen...

beriman kepada qada' dan qadar

quoted from: www.iluvislam.comLailatulemaEditor:lailatulema

‘Jika ada jodoh bertemu juga kita kerana jodoh,hidup dan mati terletak di tangan Allah swt.’

Itulah ayat yang biasa kita dengari terutamanya bila berkait dengan perihal jodoh dan rezeki. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah swt kerana dengan kebijaksanaan Sang Pencipta yang Maha Memahami dijadikan kepercayaan kepada qada’ dan qadar sebagai sebahagian daripada rukun iman.

Mengapa tiba-tiba sahaja saya berkata begitu? Sebagaimana kebanyakan kita menerima sahaja apa yang diwahyukan melalui Nabi Muhammad saw, begitulah jua diri ini. Namun selama 2 minggu saya berada di bahagian kesihatan mental atau lebih dikenali sebagai bidang psikatari telah menyedar dan membangunkan diri dari kealpaan mengenai rukun iman ke enam ini,benarlah janjinya:

‘Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.’ (An-Nahl:78)

Kebanyakan mereka yang dimasukkan ke dalam wad-wad di hospital merupakan mereka yang benar-benar kritikal dan telah cuba berkali-kali untuk menghabiskan riwayat diri dan amanah kurniaan Yang Maha Esa. Tahukan sahabat mengapa? Tepat sekali! Ianya berkait rapat dengan hal keduniaan yang membawa kepada kebinasaan mereka ini khususnya berkaitan tekanan hidup, isu rumah tangga, wang, anak-anak dan ada juga yang diperkosa oleh ayah sendiri dan pelbagai lagi alasan yang menyedihkan.

Namun itu bukanlah tujuan saya menulis. Marilah wahai sahabat yang saya kasihi sekalian, marilah melihat dan bermuhasabah kembali, jika bukan kerana kekuatan dan keyakinan kepada rukun iman ke enam ini pastinya kita semua dan kemungkinan sebahagian populasi dunia menghadapi masalah tekanan jiwa.

Kata-kata ‘Biarlah ,tiada rezeki, telah Allah tentukan’ dan pelbagai lagi keluhan yang berbunyi aduan kepadaNYAlah yang membezakan kita dengan mereka. Ini bertepatan dengan janji Allah swt: ‘Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid)… ‘ (Al-Kahfi:14)

Beriman kepada takdir bererti percaya bahawasanya Allah swt mengetahui perjalanan hamba-hambaNYA dan mengawasi hal ehwal mereka serta mentadbir urusan mereka, dan percaya bahawa segala sesuatu yang berlaku dalam alam adalah dengan izinNYA.

Serta bahawa apa sahaja yang mengenai manusia,sama ada yang bermanfaat mahupun yang mudarat adalah dengan iradat dan qudrat NYA.* ‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (At-Taghabun:11)

Oleh itu setelah berusaha sebaik mungkin, serahkanlah hasilnya untuk ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Apa jua yang berlaku diterima dengan jiwa yang tenteram dan penuh keyakinan bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Allah swt, dan DIA takkan sekali-kali menzalimi hamba-hambaNYA.

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. ‘ (At-Taubah:51)

‘Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.’ (Al-Imran:108)

Dan kerana janjiNYA mengenai hari keadilan yang pasti, menawarkan ganjaran yang berlipat kali nikmatnya berbanding di dunia ini membuatkan kita masih teguh berdiri.Mencuba sebaik mungkin mendepani setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi. Walau diri ini penuh dengan dosa dan amat hina di hadapanNYA.

Namun, janjiNYA yang benar untuk menerima taubat setiap hambaNYA yang mengharapkan ampunan dan redha Ilahi menjadi penawar luka di hati untuk membaiki diri.Oleh itu,marilah wahai sahabat, marilah sama-sama kita meneguhkan keimanan di hati dengan takdir ketentuan Ilahi supaya tidak tersungkur dek dunia ini!

*Sumber: Hadith 40,Imam Nawawi

Wednesday, February 11, 2009

siapa menipu, bukanlah dari golonganku...

"siapa menipu, bukanlah dari golonganku..." - maksud hadis...



hmm....adakah aku yg terlalu naif, kerana seringkali ditipu...



atau, dia yang terlalu kejam dan x reti menghargai, lalu seringkali menipu.....



pape pun....satu pengajaran buat aku... x tahu la kali ke berapa dah...salah aku, kerana rela ditipu... x apa...aku pasrah... perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik... itu janjiNYA...



terima kasih kerana menipu....sekurang2nya sy betul2 boleh percaya kepada naluri sy, hati kecil sy... tiap kali awk lakukan ketidakadilan pada sy, i can feel it..n it's true...



finish...second trial failed..

Friday, February 6, 2009

penat...

ingat nak update blog...lame dh x on9... tp, rasa sgt letih....=( clas ptg td 5-7, then 8-10.... smpai umah 10.30....

lapar pun...kpala pun dh rasa a bit denyut2...=( byk bende best nak citer nih...tplenkali lah...


hmm....ngantuknyeeeee

Sunday, February 1, 2009

atas nama cinta.......

aku wanita
yang punya cinta di hati
dan dirimu dan dirinya dalam hidupku

mengapa terlambat
cintamu tlah dimiliki
sedang diriku dengan dia dah begitu cinta

mengapa yg lain bisa
mendua dgn mudahnya
namun kita terbelenggu
dlm ikatan tanpa cinta

atas nama cinta
hati ini
tak mungkin terbagi
sampai nanti bila aku mati
cinta ini hanya untuk engkau

atas nama cinta
kurelakan jalanku merana
asal engkau akhirnya denganku
kubersumpah atas nama cinta...



siakap senohong gelama ikan duri.....

emm.... cuba teka, nape tajuk post aku kali ni camtu...??

hehe..xde pe...saje jek...

wahhh... sepanjang siang tadi mengadap trusts! uh....berpinar2 mate nih...hehe... akhirnya siapla jugak jawab soalan tutorial... ponin ponin... tp tinggal satu coz dah xtau nk jwb camner...huehuehue.... tanye en.arif nanti la.....huhu (^_^)

malam ni ingat nk jawab soalan criminal lak....tp abg chan on9 aaa....ish...xleh2...kena update blog dulu...huuu... kang abg chan x on9 xdpt laaa tenet... esok clas dah mula balik....hmm

ptg tadi, boring duk dlm umah, maen2 la kat luar umah, tensen nengok rumput n lalang makin panjang aih... mane la tukang mesin rumput yg nek moto tu..slalu ada dtg petang2....time rumput panjang dia x dtg lak... so, dh tensen sgt nengok,aku amik ler gunting, gunting jek mana yang patut... xde lah licin pun, tp bolehlaaaa tumbangkan mana2 lalang yg tinggi sgt tuh...cam umah xde org jek aih... malu sgt aih...hehe..

pastu, cam bese, maen badminton!! arini cuaca sgt molek...angin pn xda.... ape lagi, maen badminton smpai x sedar ke penat dah... pulun...haha... lnon stop uh...penAT seh... maen ngan budak2 taman gak..ada nama fareez, nama munir, tasha, ape tah lagi... cian tasha jatuh, luka betis dia....nangis lak tu...aku dah gabra dah..huu... nsb bek ada untie gma, mmg pandai pujuk budak2....cehhh....hahaha...

pastu, dh penat men, lapar plak... lg 10menet kul 7, elok aa kuar makan terus... cam bese, gi makan kat adam western food (^_^)... tp xde slera aa nak makan...coz ada org x jujur kat kedai tuh... nasib baik la aku dah reti bertenang dan bersabar skang nih... terketar2 jugakla bdn aku, tgn aku, coz tahan marah... nape la nak bohong aku...cakap ada kat umah... habis tu sape yg ada kat kedai ni... jelmaan ke...huhu... biaq pi la org kedah kata.... Tuhan nak tunjuk, x dapat dia nak lari dah aih... janji dah nak berubah, dah xnak cakap x jujur dah... hal kecik camni pun boleh tipu2, apatah lagi hal besar, ye x?? teringat la cikgu cakap masa kecik2 dulu, tabiat menipu ni payah nak buang kalo dah sebati dalam diri... emm....ada betulnya kan...

macam dato' faiza cakap jugak: if u tell one lie, u will tell thousand more lie to cover that one lie...and your life will never be the same...

ntahlah.... mudah2an dia berubahlah... org x kenal dia mmg nampak dia perfect...but i know him well...... pape pun, aku percaya, apa yg terjadi tadi, adalah petunjuk untuk aku... terima kasih Tuhan.. (^_^)....

siakap senohong gelama ikan duri...bercakap bohong laMA2........................???