quoted from: www.iluvislam.comLailatulemaEditor:lailatulema
‘Jika ada jodoh bertemu juga kita kerana jodoh,hidup dan mati terletak di tangan Allah swt.’
Itulah ayat yang biasa kita dengari terutamanya bila berkait dengan perihal jodoh dan rezeki. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah swt kerana dengan kebijaksanaan Sang Pencipta yang Maha Memahami dijadikan kepercayaan kepada qada’ dan qadar sebagai sebahagian daripada rukun iman.
Mengapa tiba-tiba sahaja saya berkata begitu? Sebagaimana kebanyakan kita menerima sahaja apa yang diwahyukan melalui Nabi Muhammad saw, begitulah jua diri ini. Namun selama 2 minggu saya berada di bahagian kesihatan mental atau lebih dikenali sebagai bidang psikatari telah menyedar dan membangunkan diri dari kealpaan mengenai rukun iman ke enam ini,benarlah janjinya:
‘Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.’ (An-Nahl:78)
Kebanyakan mereka yang dimasukkan ke dalam wad-wad di hospital merupakan mereka yang benar-benar kritikal dan telah cuba berkali-kali untuk menghabiskan riwayat diri dan amanah kurniaan Yang Maha Esa. Tahukan sahabat mengapa? Tepat sekali! Ianya berkait rapat dengan hal keduniaan yang membawa kepada kebinasaan mereka ini khususnya berkaitan tekanan hidup, isu rumah tangga, wang, anak-anak dan ada juga yang diperkosa oleh ayah sendiri dan pelbagai lagi alasan yang menyedihkan.
Namun itu bukanlah tujuan saya menulis. Marilah wahai sahabat yang saya kasihi sekalian, marilah melihat dan bermuhasabah kembali, jika bukan kerana kekuatan dan keyakinan kepada rukun iman ke enam ini pastinya kita semua dan kemungkinan sebahagian populasi dunia menghadapi masalah tekanan jiwa.
Kata-kata ‘Biarlah ,tiada rezeki, telah Allah tentukan’ dan pelbagai lagi keluhan yang berbunyi aduan kepadaNYAlah yang membezakan kita dengan mereka. Ini bertepatan dengan janji Allah swt: ‘Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid)… ‘ (Al-Kahfi:14)
Beriman kepada takdir bererti percaya bahawasanya Allah swt mengetahui perjalanan hamba-hambaNYA dan mengawasi hal ehwal mereka serta mentadbir urusan mereka, dan percaya bahawa segala sesuatu yang berlaku dalam alam adalah dengan izinNYA.
Serta bahawa apa sahaja yang mengenai manusia,sama ada yang bermanfaat mahupun yang mudarat adalah dengan iradat dan qudrat NYA.* ‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (At-Taghabun:11)
Oleh itu setelah berusaha sebaik mungkin, serahkanlah hasilnya untuk ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Apa jua yang berlaku diterima dengan jiwa yang tenteram dan penuh keyakinan bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Allah swt, dan DIA takkan sekali-kali menzalimi hamba-hambaNYA.
‘Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. ‘ (At-Taubah:51)
‘Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.’ (Al-Imran:108)
Dan kerana janjiNYA mengenai hari keadilan yang pasti, menawarkan ganjaran yang berlipat kali nikmatnya berbanding di dunia ini membuatkan kita masih teguh berdiri.Mencuba sebaik mungkin mendepani setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi. Walau diri ini penuh dengan dosa dan amat hina di hadapanNYA.
Namun, janjiNYA yang benar untuk menerima taubat setiap hambaNYA yang mengharapkan ampunan dan redha Ilahi menjadi penawar luka di hati untuk membaiki diri.Oleh itu,marilah wahai sahabat, marilah sama-sama kita meneguhkan keimanan di hati dengan takdir ketentuan Ilahi supaya tidak tersungkur dek dunia ini!
*Sumber: Hadith 40,Imam Nawawi
Prediksi Togel Hongkong 30 April 2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment