BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

Aku bagaimana...?

* kisah ini dipetik dari akhbar Berita Harian 29/07/2010*

Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai "si penjahat kecil". (Hadis riwayat Muslim).

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim 'alahissalam, semasa baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu. "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihissalam tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu".

Lalu dijawab oleh burung berkenaan "Memang ia tidak akan memadamkan api itu, TETAPI AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH kerana ALLAAH AKAN MENYOAL AKU NANTI, Apakah Yang Sudah Aku Lakukan Untuk Agama Allaah. Dan Allaah TIDAK akan bertanya sama ada AKU BERJAYA MEMADAMKAN API ITU ataupun TIDAK."


********************berfikir sejenak****************


Analoginya...Aku sepatutnya seperti burung kecil itu..

Tapi, bagaimana dengan aku sekarang...dalam memberi respon terhadap mangsa kekejaman rejim Zionis dan US keparat itu... Takkan hanya memandang sepi...menutup rasa hati dengan logik akal...

Mana usahaku...sumbanganku...sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran... alangkah malu nya aku pada burung kecil itu.

Justeru, bukalah wahai mata hati... usah memandang remeh pada usaha yang kecil. Orang boleh berkata "alah, setakat boikot barangan diorang, x membantu pape pun..kekejaman tetap berlaku"...

Benar...logik akalku benar... tapi, ingatlah... ingatlah kata-kata burung kecil itu.. dalam situasi kita ini, memang usahaku untuk memboikot barangan US dan sekutu-sekutu Israel tidak akan mampu menghentikan perbuatan binatang mereka tehadap rakyat Palestin..tetapi aku sepatutnya lebih takutkan Dia. Takut pada hari kebangkitan nanti, takut pada soalan-Nya: apa usahaku untuk agama-Nya.

Jadi jah, tekadkan hati, boikotlah barangan2 sekutu2 Israel laknatullah!! Contohilah burung kecil itu... jangan biarkan walau satu sen pun disumbangkan kepada pembelian senjata-senjata nuklear yang membunuh rakyat Palestin.


....Ya Rabb...Kau ampunkanlah dosa-dosa kelalaianku yang lalu terhadap saudara seagamaku..dan tunjukkanalah keadilan di Bumi Palestin....ameen Ya Rabb....

Wednesday, July 28, 2010

what goes around comes around ~

Salam Nisfu Syaaban shbt2 pembaca sekalian :)

Apa khabar..mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yg baik lg cemerlang..kitab amalan kita sudah pun bertukar yg baru...marilah kita sama2 mencorakkannya dgn corakan yg indah.. mudahan segala amalan kita yg akan dtg diterima oleh Nya..ameen..

hmm..kurang dua minggu lagi, jika dipanjangkan usia, maka bertemulah kkta kembali dgn bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak... rindu pada bulan Ramadhan x pernah surut... sgt rindukan kedatangan bulan yg penuh kebaikan ini... mudahan kita semua diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yg baik agar kita semua berupaya memanfaatkan bulan yg penuh keberkatan ini...dan lebih2 lagi, sama2 dpt memanfaatkan kedatangan malam yg lebih baik dr seribu bulan, iaitu malam al-Qadar... mudahan Allah pertemukan kita dgn malam tersebut..ameen ya Rabb..

dan akhirnya, secara peribadi, aku memohon dan mengharap agr Allah kurniakan padaku sahabat yg sejati..bkn hny kawan atau rakan ketika senang... bukan hny kwn atau rakan ketika memerlukan pertolongan... dan aku memohon perlindungan dr manusia yg umpama api dalam sekam, yg bagai gunting dalam lipatan.... nauzubillahmin za lik... dan jua aku mohon agar ALLAH menghijabkan aku dr bersikap atau bersifat sedemikian... kerana hidup ini hanyalah pinjaman....

sama2lah kita muhasabah diri... sekadar peringatan utk diri sendiri dan teman2 yg disayangi...


...

Saturday, July 3, 2010

Tiada Lagi...

Sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda...

Sampai kapan lagi..
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu

walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini..


tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri, tanpa dirimu

tiada lg kata cintaku
takkan lg ku bersamamu
biarku simpan semua
kenanganku bersama mu...

......................................................................................... .