BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 16, 2010

Melihat Tanpa Bertemu [2]

...Budak itu tersenyum.

"Macam ni..."
kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tepi belukar.

"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.

"Ya. Mungkin ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"

"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah... Ertinya kerbau ini telah tua.
Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang..."

Pengajaran:
Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah juga dengan Yang Maha Esa, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagungan-Nya. Cukup dengan melihat ciptaan-Nya! Subhanallaah!

Wallahualam.

:: dipetik dari Majalh Solusi, Isu no.17 ::

Friday, November 5, 2010

Melihat tanpa Bertemu [1]

Salaam... di petang yang damai ini, inginku kongsi satu kisah yang menarik, dari Majalaj Solusi ~

Seorang penggambala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.

Penggembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"

"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" tanya budak itu.

"Ya, ya..." jawab oakcik itu dengan cepat.

"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.

"Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"

"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"

"Betul, betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"

"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.

"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."

"Betul saya tak nampak, pakcik," bals budak itu lagi.

"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?"

Budak itu tersenyum.

"Macam ni......


[to be continued to the next post. Tunguuuuuu.. :))