BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 30, 2009

be careful what you plant now, it will determine what you will reap tomorrow

If you plant honesty, you will reap trust.

If you plant goodness, you will reap friends.

If you plant humility, you will reap greatness.

If you plant perseverance, you will reap victory.

If you plant consideration, you will reap harmony.

If you plant hard work, you will reap success.

If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.

If you plant openness, you will reap intimacy.

If you plant patience, you will reap improvements.

If you plant faith, you will reap miracles.

But...

If you plant dishonesty, you will reap distrust.

If you plant selfishness, you will reap loneliness.

If you plant pride, you will reap destruction.

If you plant envy, you will reap trouble.

If you plant laziness, you will reap stagnation.

If you plant bitterness, you will reap isolation.

If you plant greed, you will reap loss.

If you plant gossip, you will reap enemies.

If you plant worries, you will reap wrinkles.

If you plant sin, you will reap guilt.

So be careful what you plant now, it will determine what you will reap tomorrow.

The seeds you now scatter will make life worse or better your life or the ones who will come after. Yes, someday, you will enjoy the fruits, or you will pay for the choices you plant today.

~ Author Unknown ~

KONSEP DOA

KONSEP DOA
(entry blog ini dipetik daripada karya Adeysham Nor “At-Taqwa: Kuasa Menjana Kecemerlangan” – buku yang penuh informasi yang dihadiahkan oleh kakakku..thanks Qeems!)

Doa ialah cara kita memohon dan meminta kepada Allah. Konsep doa terbahagi kepada empat perkara yang utama iaitu:

1. Memohon Kepada Allah.
Ucapan doa dimulakan dengan memuji kebesaran Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad (peace be upon him). Kemudian disusuli dengan permintaan dan hajat yang ingin dipohon. Seterusnya diakhiri dengan memohon keredhaan-Nya.

Harus diingatkan bahawa doa mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan hanya meminta atau memohon perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan kehendak-Nya sahaja.

“KepadaNya lah doa yang benar, orang yang berdoa selainNya, tiadalah akan diperkenankan bagi mereka sedikitpun…” [Ar-Ra’d: 14]

2. Usaha dan Ikhtiar
Setelah berdoa, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memperolehi apa yang telah kita hajatkan. Tetapi, usaha kita itu hendaklah selari dengan kehendak Allah dan RasulNya.

“…Allah perkenankan doa orang yang meminta itu bila dia meminta kepada Allah. Tetapi, hendaklah dia meminta dengan mengikut perintah Allah, serta beriman kepada Allah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk” [2: 186]


3. Tawakkal
Setelah berdoa jugak, dan dah berusaha sehabis daya, kita berserah kepada Allah. Urusan doa kita dimakbulkan atau tidak terletak pada kuasa Allah sahaja.

“…Dan kepada Allah hendaklah bertawakkal orang-orang yang beriman.” [Al-Maaidah:1]

4. Redha
Akhir sekali, kita mestilah redha dengan apa jua ketentuan Allah. Kita mesti bersyukur atas segala pemberianNya sama ada ianya baik ataupun buruk.

“…Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia mudarat kepadamu. Dan Allah mengetahui,tetapi kamu tiada mengetahui.” [2:216]


Wallahualam.

Monday, June 29, 2009

surah feveret....Yusuf (surah ke 12)...

Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar). (7)

...Yusuf menjawab:"Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". (23)

---> sebulan LI di mahkamah syariah ni sgt2 memberi iktibar dan pengajaran... sedih lihat kes2 melambak....most of the parties sebaya ngan aku....muda stahun dua dr aku...tua stahun dua dr aku....hmmm..


..moga kita sentiasa dalam lindungan-Nya...ameen

Thursday, June 25, 2009

REJAB DATANG LAGI.....






alhamdulillah...sama2 kita manfaatkannya..ameen

Wednesday, June 3, 2009

cuti cuti malaysia...

JUMAAT, 29 MEI 2008

Jumaat lepas, aku n adik pergi ke Pekan…gi jalan umah k.ja.
Hmm..saja lah isi masa lapang…jalan2 skit pas sebulan praktikal…

Asalnya, kena amik bas domestik plak ke Pekan…(umah kak ja aku kat Pekan), tp alhamdulillah anak sepupu aku yang baik hati (Nadia), pelawa untuk tolong hantarkan ke Pekan..

Hmm..dari umah dia, ada la dalam 45 minit ke sana….

Dya (nickname Nadia) bawak aku n adik jalan2 pusing2 Royal Town dulu before antar ke umah Kak. Ja… sonok la jugak..aku x penah sampai ke Pekan nih..

Gi tengok area Istana..fullamak….cantiknyeeee… sungguh lawa..tenang dan damai..
Tp sayang..terlupa nk amik gambar…xde la bukti dh penah sampai Pekan..hehe

Hmm…aku ni jenis suka travel skit…so...sebab tu x lepaskan peluang dtg cni ni.. kebetulan cuti skolah, kak ja aku nak balik KT, tp drive sorang2…sebab tu aku n adik aku datang..so, leh teman dia drive..

Seronok leh kenal tempat orang..orang kata..jauh perjalanan, luas pemandangan..x gitu??

Malam tu, kakak aku bawak jalan2 ke tempat makan yang popular tu – Murtabak Mengkasar..

Mak aiihh…uniknyee cara dia buat murtabak… ralit aku nengok eh..
Baunya menusuk kalbu….patutla glemer…
Tapi…hmm…harganya..huhu..glemer jugak la… slalu beli murtabak bese 2 ringgit je kan paling mahal pun…tp yg ni…double..or triple la…
Glemer punya pasal…ekk…tp mungkinla berpatutan dengan cara dia buat tu…letih jugak aku nengoknye… mau x bengkak lengan tuh…..tak tau la…

Walaupun x puas jalan2…dn just dua tempat je sempat dilawati dlm tempoh masa yang kurang 24jam…tp, alhamdulillah..sampaiii jugak aku kt Pekan nih…

Dan sekurang2nya aku menyahut seruan kerajaan “ZoOm Malaysia…banyak tempat untuk dilawati dan diterokai…” before aku start balik ngan praktikal siri kedua next week, so, isi la masa terluang ni dengan sepenuhnya…..
Nanti dah start lectures, classes, dah xda masa dah nak jenjalan camni…

Ye dakk?? Hehe…

Esoknya, kul 6.40 pagi tolak balik ke KT… nasib baik jalan ok, xde jem.. Penat jek prepare roti, kot2 nnti jem..hehe…

Macam biasa…suka sgt nak singgah2 gerai2 yang ada sepanjang jalan… seronok…selalu naik bas mana berpeluang..

Mula2 masuk sempadan Trg, bersusun2 gerai jual lemang…hmm….suasana yang sgt menarik bagi aku… singgah la skejap..masa tu baru kul 9 pagi..lemang2 yang dibakar, x masak pun lagi..

Tapi ada satu gerai tu, gerai nombor 8, nampak macam dah nak masak…so, tunggu la skejap.. dalam 9.30 tu, ada la lemang yang dah masak..so beli la dalam 10 batang..

Asalnya, aku x reti sgt nak beli lemang ni..takut kena tipu ke..dapat yang smalam nye ke..basi dah ke… sebab abang kakak pernah la jugak terkena macam tu..tp xtau la gerai mana satu…

Tapi tawakal je lah…kalo peniaga tu x jujur, dia dapatla rezeki x halal..ye x..

Tp, alhamdulillah…lemang yang dibeli dr gerai tu elok..sedap pn sedap.. siap bagi free satu dan siap tolong bukakkan lemang tu untuk kitorang.. boleh la makan dlm keta sambil meneruskan perjalanan…hmm…

Peniaga macam ni la kita nak…bukan setakat fikir untung je…yang patut diutamakan…rezeki yang halal..kalau niat kita betul…Allah akan bantu…

Dan dari sini jugak dpt satu pengajaran buat diri sendiri dan peniaga lain- orang yang bangun awal ni- rezeki murah… the early birds will get the worms org putih kata…

Buktinya…peniaga2 lain baruuu je nak nyalakan api la…baru nk bakar lemang…tp, kakak gerai no.8 tu dh hampir masak lemang yang dibakar….maknanya, mesti kakak tu buka gerai dia awal..kan…

Tapi ada satu gerai tu, selang brapa gerai ntah dari gerai no. 8 tu, aku beli sata ikan… aku rasa, sata tu sejuk…dan nampak x berapa garing… so, aku mintakla makcik tu tolong bakarkan sikit lagi..bagi garing sikit… tapi..hmm…feedback yang kuterima amat mengecewakan…terus tawar hati aku nak membeli dr gerai tu..tp, terpaksa la beli jugak…

Dalam keta, buka sata tu, sejuuuk sgt..baru kuar dari peti kot…sah yang smalam nye.. peniaga gerai ni x jujur… camner nak dapat rezeki yang berkat dan halal???
Dan rupanya sata tu pun x masak…hmm…

So, dari dua peniaga dari gerai yang berbeza ni…dapat aku simpulkan bahawa…satu jujur, satu x jujur…

Kalo peniaga sata tu nak tahu, bagi aku, memang style aku, aku blacklist terus peniaga macam ni….dan peniaga lemang gerai no.8 tu pulak, kat sini aku tolong promotkan…hmm…

Dalam kehidupan zaman sekarang..x dinafikan….duit, untung sangat penting..
Tp, bagi peniaga yang bijak…bukan untung cepat yang patut diutamakan… sebaliknya, untuk dalam jangka masa yang panjang…kepercayaan dan keyakinan pembeli yang patut diutamakan… kuasa kan di tangan pembeli..

Memang x dinafikan, peniaga sata tu untung la pagi tu, coz aku beli sata kat gerai dia…tp, untung setakat tu je lah…pasni, orang yang pernah terkena dengan dia ni, xkan pergi dah kat gerai dia…kan…

Dan, bagi peniaga yang jujur, pasni bukan setakat siapa yang pernah beli kat dia je akan terus pergi membeli kat dia, malahan, orang2 lain yang tahu akan kebagusan dan kejujuran peniaga tu akan turut berkunjung ke gerainya….

Fikir2kanlah….

Hmm…panjang lebar aku nye cite kat perhentian pertama nih…huhu..

Next perhentian ialah beli jagung..8biji jagung 10rgt..so beli 16 biji… hmm..aku xtau la mahal ke murah..tp kakak aku cakap agak mahal la… tp xpe la, nasib baik jagung tu elok…xde yang rosak or berulat..alhamdulillah….

Sampai kat Tok Jiring dalam kul 1.30 petang…

Bagi kalian yang membaca cerita aku ni, mungkin x dapat rasa apa-apa yang best pun…
Tp, bagi aku, personally- disebalik perjalanan or percutian yang singkat ini..aku belajar banyak perkara- especially tentang niat, sikap jujur pada diri sendiri, pada orang lain, dan sikap rajin dan gigih dalam mencari rezeki….semua ni cukup sekadar di hentian lemang…

Perjalanan yang penuh pengajaran….
Jauh perjalanan..luas pemandangan…luas pemikiran…..

Settle.

andai kutahu...

andai ku tahu…
kapan tiba ajalku…
ku akan memohon…
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu…
kapan tiba masaku…
ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku…

aku takut…
akan semua dosa-dosaku..
aku takut…
dosa yang terus membayangiku…

andai ku tahu…
malaikat bukan menjemputku...
izinkan aku…
mengucap kata taubat padaMu…
aku takut…
akan semua dosa-dosaku…
aku takut…
dosa yang terus membayangiku…

ampuni aku…
dari segala dosa-dosaku…
ampuni aku…
menangis ku bertaubat pada Mu

aku manusia…
yang tak punya apa…
namun aku juga…


andai ku tahu…
kapan tiba ajalku…
izinkan aku…
mengucap kata taubat padaMu…