KONSEP DOA
(entry blog ini dipetik daripada karya Adeysham Nor “At-Taqwa: Kuasa Menjana Kecemerlangan” – buku yang penuh informasi yang dihadiahkan oleh kakakku..thanks Qeems!)
Doa ialah cara kita memohon dan meminta kepada Allah. Konsep doa terbahagi kepada empat perkara yang utama iaitu:
1. Memohon Kepada Allah.
Ucapan doa dimulakan dengan memuji kebesaran Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad (peace be upon him). Kemudian disusuli dengan permintaan dan hajat yang ingin dipohon. Seterusnya diakhiri dengan memohon keredhaan-Nya.
Harus diingatkan bahawa doa mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan hanya meminta atau memohon perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan kehendak-Nya sahaja.
“KepadaNya lah doa yang benar, orang yang berdoa selainNya, tiadalah akan diperkenankan bagi mereka sedikitpun…” [Ar-Ra’d: 14]
2. Usaha dan Ikhtiar
Setelah berdoa, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memperolehi apa yang telah kita hajatkan. Tetapi, usaha kita itu hendaklah selari dengan kehendak Allah dan RasulNya.
“…Allah perkenankan doa orang yang meminta itu bila dia meminta kepada Allah. Tetapi, hendaklah dia meminta dengan mengikut perintah Allah, serta beriman kepada Allah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk” [2: 186]
3. Tawakkal
Setelah berdoa jugak, dan dah berusaha sehabis daya, kita berserah kepada Allah. Urusan doa kita dimakbulkan atau tidak terletak pada kuasa Allah sahaja.
“…Dan kepada Allah hendaklah bertawakkal orang-orang yang beriman.” [Al-Maaidah:1]
4. Redha
Akhir sekali, kita mestilah redha dengan apa jua ketentuan Allah. Kita mesti bersyukur atas segala pemberianNya sama ada ianya baik ataupun buruk.
“…Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia mudarat kepadamu. Dan Allah mengetahui,tetapi kamu tiada mengetahui.” [2:216]
Wallahualam.
Prediksi Togel Hongkong 30 April 2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment