BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Sunday, December 12, 2010

"Red Flag" dalam Kehidupan~

* sumber penulisan dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 26/2010

~Peringatan buat diriku yang sering lupa~

Apabila kita leka dengan dosa dan maksiat, sebenarnya Allah sering kali megibarkan "bendera merah" kepada kita sebagai tanda kita sudah mencapai tahap bahaya. Tanda kita sudah melampaui batas yang dibenarkan syarak. Cuma kadangkala kita gagal memahami "red flag" yang Allah tunjukkan kepada kita. Kekusutan dan masalah hidup, kekurangan rezeki, kerja-kerja yang gagal dilunasi, mungkin adalah sebahagian daripada "red flag" yang memang Allah kibarkan kepada kita. Persoalannya, bagaimana sesuatu perbuatan maksiat itu memberi kesan keada kehidupan kita?

Maksiat dan dosa akan mempengaruhi KPI ("key perfomance indicator") bagi diri kita. Semakin banyak maksiat dilakukan, semakin merosot kedudukan kita di sisi Allah.

Tiada jalan lain melainkan dengan bertaubat dan kembali kepada Allah sekiranya kita inginkan KPI yang berprestasi. Selama kita hidup di dunia ini, yang mungkin KPI-nya turun naik, jangan jemu untuk bertaubat. Apatah lagi jika "red flag" sering kali berkibar dalam kehidupan kita.

Ingatlah sumpah syaitan yang bercita-cita besar untuk merosakkan pencapaian KPI kita disisi Allah. Daripada Abi Said bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan berkata: 'Demi kemuliaan-Mu, wahai Tuhan, aku akan terus menerus menyimpang dan menggoda hamba-Mu selama nyawa mereka masih ada di badan.'

Allah menjawab: 'Demi kemuliaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan terus menerus mengampuni mereka selama mereka meminta ampun kepada-Ku."

Bertaubatlah sebelum terlambat, sebelum maksiat betul-betul memberikan kesan permanent damage kepada diri kita.

wallahualam

Tuesday, November 16, 2010

Melihat Tanpa Bertemu [2]

...Budak itu tersenyum.

"Macam ni..."
kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tepi belukar.

"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.

"Ya. Mungkin ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"

"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah... Ertinya kerbau ini telah tua.
Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang..."

Pengajaran:
Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah juga dengan Yang Maha Esa, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagungan-Nya. Cukup dengan melihat ciptaan-Nya! Subhanallaah!

Wallahualam.

:: dipetik dari Majalh Solusi, Isu no.17 ::

Friday, November 5, 2010

Melihat tanpa Bertemu [1]

Salaam... di petang yang damai ini, inginku kongsi satu kisah yang menarik, dari Majalaj Solusi ~

Seorang penggambala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.

Penggembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"

"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" tanya budak itu.

"Ya, ya..." jawab oakcik itu dengan cepat.

"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.

"Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"

"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"

"Betul, betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"

"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.

"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."

"Betul saya tak nampak, pakcik," bals budak itu lagi.

"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?"

Budak itu tersenyum.

"Macam ni......


[to be continued to the next post. Tunguuuuuu.. :))

Wednesday, October 27, 2010

Mode: Happy! Satisfied! Peaceful Mind :) ALhamdulillaah.

Salam...

Dunno where to start, how to start [instead of reciting Basmallah]... Sometimes indeed it is difficult to make a decision, especially when it touches our own interest. Nevertheless, how beautiful we are for being Muslims. When arriving to a junction, and dunno either to go to the left or to the right, we have Allaah, who we should ask for help and guidance. And He never let us unguided. Thank You Allaah...

Subhanallah... O Allaah, how beautiful your religion is, as it never leaves us in the darkness, never let us unanswered... You give me the answer to my dilemma... in your Holy Kitaab..

Allah memperingatkan dlm firman-Nya: “....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

“ Kemudian bila kamu tidak menyukai mrk (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”



Alhamdulillaah.. Thank You Allaah.. I am happy with my decision, and becomes happier when some others choose the same, more more happier when others are happy.

************************************#######***************************

3 roads diverged in a yellow wood, and I- ..in the name of ALLaah, I choose the one less traveled by.. Though I'm not 100% sure that this decision is the correct one, I should believe that there will be blessings n goodness in any decision made after istikharah.. inshaALLaah. ~HKM ♥

"Then,when you have taken a decision, put your trust in ALLaah. For ALLaah loves those who put their trust (in HIM)."[Ali 'Imran,3:159]

Tuesday, October 19, 2010

Manisnya Ujian :)

Salam Ukhuwah.

Bila duk sorang2 ni, feel nok menaip dlm blog ni tinggi skit..haha

Sekadar muhasabah diri, pengajaran yg diperoleh hr ini...

Benar orang kata, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..cuma, atas diri kita nk jejaki hikmah tersebut atau x..

bagi aku, yup..aku rasa aku dh nmpk apa hikmahnya...mungkin betul, mungkin x..tp, personally i like that reward :) thank you Allah :))

hehe..ape tu..

bukanlah harta bertimbun..bukan juge kilauan emas permata...jauh sekali duit berjuta2.. just simple...

Telah ditakdirkan aku ni seorang insan yg alah pada habuk2 dan debu2 mahupun kotoran...kulit cepat gatal2...dan jika dibiar, teruk jadinya :( maka, tanpa disedari, aku jadi sensitif pada apa jua debu dan habuk mahupun kotoran... tangan pantas mencari penyapu, kain whatever utk lap segala kotoran itu.. simple kan.

bermula dgn : alahan [boleh kira sbg penyakit=ujian]..dan hikmah bagi ujian ini: diri sendiri menjadi lebih rajin dan peka pada kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran :)

sepagi masa aku manfaatkan dgn mengemas rumah hr ni...selalunya menyapu aje..tp mungkin debu2 masih berkeliaran...menuntut aku utk mengelap lantai2 serta tangga2 rumah hr ni... badan penat...tp xpe... rase enjoy buat semua tu.. :) biar penat badan drpd terpaksa menahan gatal2...memakan obat, menyapu obat dll...isk..isk....

tu ujian dan hikmah yg pertama.

Pengajaran yg kedua hr ini adalah:

Ujian jugak...dalam bentuk kesihatan jugak..di mana aku rasa macam sejuk perut je plus batuk2 bila makan duku..mie [my mom] cakap..duku sejuk, so xleh makan la.. isk..isk..my favourite tu! dh xleh makan.... sedih...tp nak wat cmne kan... drpd dpt sakit, baek jgn makan...

tp kan.. tau x ape hikmahnya: boleh gembirakan org len :))

cmne tu... mcm ni..malam tadi shbt senegeri, Mas dtg umah anta buah duku...dia baru je balik dr kampung.. sonoknya!! erk..tp aku xleh makan... sedih balik :(

tp xpe...bagi kat housemates lain lah.. waaa...bersinar2 diowg dpt duku! habis licin tyme tu jugak...haa..kan..best kan dpt buat org hepy :))

tuu la alkisahnya....

sesungguhnya tiap apa yg ditakdirkan untuk kita, semuanya baik2 belaka... semuanya atas diri kita, untuk memilih melihat dari kaca mata kebaikan ataupun keburukan... :)

renung-renungkan... :))

wallahualam...

Saturday, October 9, 2010

Awaken -MZ

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We could not stand their crying

We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we are just lying

Oh...
I'm walking with my head lowered
in shame from my place
I'm walking with my head lowered
from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy
and we'd bought
We went to London, Paris,
and ..............
We made sure we were
seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us
infinite power
We forgot to teach our children
about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.... (were)
So busy feeling so satisfied

We became individuals without a soul
Despite the heats
our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere
to run and hide
Now ask yourself
'cause Allaah's watching you

IS HE SATISFIED?
IS ALLAAH SATISFIED?
IS ALLAAH SATISFIED?

i'm walking with my head lowered
in shame from my place
I'm walking with my head lowered
from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves








Wednesday, October 6, 2010

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Sesiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan (mengekalkan)sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Mahligai emas di syurga adalah milik Sayyidina Umar.

Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berbeza dengan sembahyang sunat yang lain, sunat Dhuha afdhal dilakukan di masjid.

Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra’* (Syuruk). Sebenarnya waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh bila anak unta rasa panas duduk di atas tanah. Lebih kurang pukul 10 atau 11 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor.

Sembahyang Sunat Isyra’ ialah sekitar 15-20 minit selepas waktu Syuruk


quoted from: http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/03/19/sembahyang-sunat-dhuha/

Sunday, October 3, 2010

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara

AIR MATA TIDAK SELAMANYA ABADI.... ~

Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.



-------- http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/871-air-mata-tidak-selamanya-abadi.html

Tuesday, August 24, 2010

Sanah Helwah~

"Sanah helwah Jah...iringan doa kuhulur. bersyukur kepada-Nya atas nikmat usia. Usiamu ibarat mutiara, tiada berganti lagi. Hiaskan iman bersulam taqwa, agar sempat mengucap haruman Syurgawi".

"Happy Bornday... 1 year older means higher responsibilities to be borne. hope apa yang diimpikan dapat dicapai. epi always! moge dipanjangkan umur, murah rezeki".

"Yangg, Happy besday...semoga kamu panjang umor, Cantik selalu, n u get what u wish for :)and all the best wishes for u..Muaaah2x.. "

"happy Birthday yang ke-17..hehe..semoga sentiasa muda dan ceria2 sokmo k ".

**********************

hanya secebis daripada berpuluh2 ucapan Hari Lahir drpd keluarga dan teman... what a wonderful day today. Can't stop to smile all the day! Thank you dear relatives and friends!

Thank you Allah for giving me such a great opportunities, such a great life until this second. surround with great friends, and be born in such a great family ever.

Thank you Allah for giving me a "life" until this moment. For maintaining me in your holy Religion...with Iman and Islam...for this 23 years..and please Allah, do maintain my iman and taqwa until my last breath.....do end my life in your religion... Please Allah.

Ya Allah, Kau berikanlah segala kebaikan yang terbaik buat ahli keluargaku, sahabat2ku serta guru2ku...dan umat Islam seluruhnya... Kerana hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku, dia dan mereka...ameen ...

.....menginjak ke usia 24....terlalu banyak impian yg belum digenggam..mudahan Allah permudahkan segala urusan................ameen..

Wassalam.

Thursday, August 19, 2010

Solat Waktu Period pun Kena Ganti wahai Wanita Muslimah...

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'."Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. -Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) -maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

note ini dari ( AMIRUL AMIN )

Sunday, August 15, 2010

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri~

Salaam Ramadhan al-Mubarak buat sahabat2 seagama sekalian. Cmne puasa setakat ni, mudahan semuanya baik dan cemerlang. insyaAllah.

Ada apa dgn tajuk entry sy kali ni..ye...ada sesuatu yg nak disampaikan...sambungan kepada pepatah di atas: BAIK LAGI DI NEGERI SENDIRI... :)

hehe... yer la...sbb skrg aku berada di Bumi Katojie terchenta...tanah tempat lahirku...alhamdulillaah... masih ingat lagi dgn entry aku yg lalu "kekadang, takdir Tuhan terlalu misteri"... hmm..kan, misteri kan..

kenapa? ye la.. sebelum ni, jangkanya xkan dapat balik berpuasa di awal Ramadhan bersame ayahbonda, penghujung puasa nnt baru balik.. tp siapa kita nk tetapkan semua tu..

tgk...Tuhan kata dah "kun..fayakun"..jadi, maka jadi lah... secara tidak dirancang, pukul 12.30 tgh hr dpt SMS dr kak long, bgtau Kimah akn drive balik KT sorang2 from KL sbb kena outstation Kerteh, last minute dpt arahan... risau perjalanan yg agak jauh (6-7jam), maka dgn Takdir Tuhan, aku menemaninya sepanjang perjalanan dan selamat tiba di Bumi Katojie terchenta..... :)) alhamdulillah!

walaupun assigment agak la banyak, ditambah pula dgn proposal thesis yg masih belum selesai sepenuhnya....tapi saat ku menjejakkan kaki ke tempat lahirku, saat ku menyalami ayahbonda...aku puas... hilang segala bebanan dlm kepala yg bersarang... allahuakbar!

dan baru seketika tadi aku bersahur bersama keluarga tersayang... sgt rindukan kuah ikan singgang+ikan goreng garing2+budu...hehe... berselera skali sahurku tadi... juadahanya sgt sederhana...tp itulah juadahku yg terbaek setakat Ramadhan ini! walopon di negeri orang aku dihidangkan dgn bermcam2 juadah...namun, hujan batu di negeri sendiri lebih baik...huuu

bila hari dah siang nanti, rncangnya mahu cari kepok getel..org luar panggil kopok lekor..nak bwk balik Nilai skit...

hmm..esok dah kembali ke nilai...xpe la..walopon sekejap cume ak pulang...itu tetap memberi sejuta makna...

................................ :) :) :)

Saturday, August 7, 2010

How To Keep From Worrying About Criticism?

RULE 1:
Unjust criticism is often a disguised compliment. It often means that you have aroused jealousy and envy. Remember that no one ever kicks a dead dog.

RULE 2:
Do the very best you can; and then put up your old umbrella and keep the rain of criticism from running down the back of your neck.

RULE 3:
Let's keep a record of the fool things we have done and criticize ourselves. Since we can't hope to be perfect, let's do what E. H. Little did: let's ask for unbiased, helpful, constructive criticism. :)



.........quoted from: How to Stop Worrying & Start Living, Dale Carnegie

Friday, July 30, 2010

Aku bagaimana...?

* kisah ini dipetik dari akhbar Berita Harian 29/07/2010*

Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai "si penjahat kecil". (Hadis riwayat Muslim).

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim 'alahissalam, semasa baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu. "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihissalam tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu".

Lalu dijawab oleh burung berkenaan "Memang ia tidak akan memadamkan api itu, TETAPI AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH kerana ALLAAH AKAN MENYOAL AKU NANTI, Apakah Yang Sudah Aku Lakukan Untuk Agama Allaah. Dan Allaah TIDAK akan bertanya sama ada AKU BERJAYA MEMADAMKAN API ITU ataupun TIDAK."


********************berfikir sejenak****************


Analoginya...Aku sepatutnya seperti burung kecil itu..

Tapi, bagaimana dengan aku sekarang...dalam memberi respon terhadap mangsa kekejaman rejim Zionis dan US keparat itu... Takkan hanya memandang sepi...menutup rasa hati dengan logik akal...

Mana usahaku...sumbanganku...sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran... alangkah malu nya aku pada burung kecil itu.

Justeru, bukalah wahai mata hati... usah memandang remeh pada usaha yang kecil. Orang boleh berkata "alah, setakat boikot barangan diorang, x membantu pape pun..kekejaman tetap berlaku"...

Benar...logik akalku benar... tapi, ingatlah... ingatlah kata-kata burung kecil itu.. dalam situasi kita ini, memang usahaku untuk memboikot barangan US dan sekutu-sekutu Israel tidak akan mampu menghentikan perbuatan binatang mereka tehadap rakyat Palestin..tetapi aku sepatutnya lebih takutkan Dia. Takut pada hari kebangkitan nanti, takut pada soalan-Nya: apa usahaku untuk agama-Nya.

Jadi jah, tekadkan hati, boikotlah barangan2 sekutu2 Israel laknatullah!! Contohilah burung kecil itu... jangan biarkan walau satu sen pun disumbangkan kepada pembelian senjata-senjata nuklear yang membunuh rakyat Palestin.


....Ya Rabb...Kau ampunkanlah dosa-dosa kelalaianku yang lalu terhadap saudara seagamaku..dan tunjukkanalah keadilan di Bumi Palestin....ameen Ya Rabb....

Wednesday, July 28, 2010

what goes around comes around ~

Salam Nisfu Syaaban shbt2 pembaca sekalian :)

Apa khabar..mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yg baik lg cemerlang..kitab amalan kita sudah pun bertukar yg baru...marilah kita sama2 mencorakkannya dgn corakan yg indah.. mudahan segala amalan kita yg akan dtg diterima oleh Nya..ameen..

hmm..kurang dua minggu lagi, jika dipanjangkan usia, maka bertemulah kkta kembali dgn bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak... rindu pada bulan Ramadhan x pernah surut... sgt rindukan kedatangan bulan yg penuh kebaikan ini... mudahan kita semua diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yg baik agar kita semua berupaya memanfaatkan bulan yg penuh keberkatan ini...dan lebih2 lagi, sama2 dpt memanfaatkan kedatangan malam yg lebih baik dr seribu bulan, iaitu malam al-Qadar... mudahan Allah pertemukan kita dgn malam tersebut..ameen ya Rabb..

dan akhirnya, secara peribadi, aku memohon dan mengharap agr Allah kurniakan padaku sahabat yg sejati..bkn hny kawan atau rakan ketika senang... bukan hny kwn atau rakan ketika memerlukan pertolongan... dan aku memohon perlindungan dr manusia yg umpama api dalam sekam, yg bagai gunting dalam lipatan.... nauzubillahmin za lik... dan jua aku mohon agar ALLAH menghijabkan aku dr bersikap atau bersifat sedemikian... kerana hidup ini hanyalah pinjaman....

sama2lah kita muhasabah diri... sekadar peringatan utk diri sendiri dan teman2 yg disayangi...


...

Saturday, July 3, 2010

Tiada Lagi...

Sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda...

Sampai kapan lagi..
ku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu

walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai di sini..


tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri, tanpa dirimu

tiada lg kata cintaku
takkan lg ku bersamamu
biarku simpan semua
kenanganku bersama mu...

......................................................................................... .

Friday, June 25, 2010

Takdir Allah kekadang terlalu misteri...

" Takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad. Barangsiapa yang memberi kebaikan, akan dibalas dengan kebaikan jua. Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Allaahuakbar! Alhamdulillaah.. :) "

**************************************************************************

Aku petik kata2 ni, dari e-mail motivasi yg aku terima dari sahabat lama.. sudah lama berada dalam kotak e-mail ku, tp x pernah tergerak untuk membukanya, apatah lagi membacanya.. rupanya, e-mail yang sungguh bermakna.... alhamdulillah...terima kash teman kerna menyedarkan aku tentang sesuatu yg aku selama ini terlepas pandang..

Takdir Allh memang terlalu misteri.. xdpt kita nak rungkaikannya..apa yang pasti, benar..kebaikan kita akan kembali pada kita, walaupun bukan dr org yg kita berikan kebaikan itu...cukup misteri bukan..

selama ni ak kdg2 bersedih dgn segelintir insan, yg mungkin dgn sengaja atau tidak, mencariku ketika perlu...menagih bantuan dan pertolongan.. namun, bila bantuan dihulurkan, dan mereka kembali senang...mereka seakan2 lupa, aku pernah membantunya.. hanya kerana sedikit salah faham, insan itu begitu berani dan lantang menghamburkan amarahnya dan ketidakpuasan hatinya.. x mengapa.. kerna Tuhan itu ada..

X mengapa..kerna aku yakin setiap kebaikan yg aku berikan, akan kembali pada aku. Bila.. x aku tahu..

Namun, rupanya, aku terlepas pandang selama ini. Tidak semestinya balasan kebaikan itu dr insan yg pernah ku beri kebaikan itu. Subhanallah... terlalu byk kebaikan yg telah Engkau beikan padaku...namun x kusedar, rupanya mungkin inilah kebaikan2 yg telah kembali padaku..

Syukur ya Tuhan ats segala nikmat, kesenangan, kejayaan dan kebahagiaan yang Kau kurniakan padaku. X pernah putus-putus.. Aku malu... Kerna aku hamba-Mu yang sering alpa..namun nikmatMu x pernah putus2 berkunjung tiba.. Terima Kasih Ya Allaah.

Minta kalian tidak salah faham..bukanlah maksudku aku mengaharpkan balasan ats tiap2 kebaikan...namun, itu adalah hukum alam.. menurut e-mail itu, itu adalah "Golden Rule"..What u give, u get back.. Allah itu Maha Adil bukan.

Cuma, seperti yg aku kata tadi.. Takdir Tuhan terlalu misteri... Tapi, itulah ketetapannya yang mutlak dan muktamad!

InsyaAllaah..mudahan selagi nyawa dikandung badan, terusla menabur kebaikan... walaupun insan yg menerima kebaikan itu buta mata hatinya. X mengapa. Kerna Tuhan ada. Pasti tiap kebaikan yg kita berikan..akan kembali pada kita..walaupun dgn cara atau dalam bentuk yg berbeza...walaupun tidak dari insan yg kita berikan kebaikan itu. Percayalah.

Syukur sekali lagi kupanjatkan kepadaMu ya Tuhan..

Buat ayah bonda tersayang..terima kasih ku ucapkan..ats segala didikan dan doa kalian..

Buat keluarga tersayang...terima kasih ats segala dorongan dan doa kalian..

Buat para pensyarahku..Terima Kasih juga ku ucapkan...ats segala bantuan dan tunjuk ajar, hingga aku masih bertahan ke tahap ini...

Buat teman2 seperjuangan...terima kasih atas dorongan kalian..


Aku mungkin tidak mampu untuk membalas segala jasa dan kebaikan kalian..namun aku berdoa, moga kebaikan2 yang lain akan mendekati kalian, dan dtg kepada kalian... dalam bentuk yg berbeza..dalam cara yang berbeza.. Kerna takdir-Nya terlalu misteri untuk ku gambarkan...

mudahan kalian akan terus dilimpahi keberkatan, kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan.. Ameen ya Rabb.


****************************************************************

*menarik nafas panjang*

perjuangan belum selesai. Terima kasih Tuhan kerna mengurniakan aku ketabahan dan kekuatan hingga aku mampu sampai ke tahap ini.. 5 tahun berlalu...Bukan mudah, namun Engkau jadikan segalanya mudah..Alhamdulillaah..

Aku pohon ya Allah..Kau mudahkanlah urusanku untuk aku sudahi pengajianku berbaki dua semester lagi.. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku menyelami tahap yg terkahir... Pada-Mu aku berserah.. ameen..


~ TakdirNya terlalu misteri..namun itulah ketetapanNya yg mutlak dan muktamad

Tuesday, June 15, 2010

Tahniah~

Salaam...

Hai shbt2 sekalian! cmne iman? sehaat x iman kita..mudahan sihat walafiat...ameen..x turun ye.

humm..mcm biasa la kan...asal ct skolah, bersusun2 undangan walimah...waa..bagus2... mudahan rumah tangga yg dibina berkekalan hingga akhir hayat.

x ketinggalan, shbt2 ku sekalian yg dh smpai seru menambah status..dr anak kepada isteri...x lama lagi tambah plak jadi ibu kan...Tahniah! sekadar sebut beberapa nama: Ayu, Suzila, Naa dan lain2.

x ketinggalan jugak, buat shbt2 yg belum lagi ada ikatan yg halal, tp telah pun mengikat tali pertunangan...selangkah ke gerbang perkahwinan jugak tu... mudahan2 ikatan membawa ke jinjang pelamin..ameen.. orang kata, alam pertunangan ni byk ujian dan cbrnyya...harap kalian berjaya harunginya dgn bijaksana.... :)

aku?

hoho...sejujurnya, aku tidak ada sasaran khusus soal bila mahu tamatkan zaman bujang ni..cuma, yg pasti..aku belum PUAS belajar...humm... sasaran ak buat masa ni, selesaikan Ijazah Pertama, dan terus proceed dgn Ijazah Kedua........dan jika ada rezeki, mahu terus sambung PhD...... settle...mudah2an cita2 dan impianku ini dipermudahkanNya... ameen ya Rabb....

walopon ak sbnrnya "in a relationship" with somebody...tp, sejak2 akhir2 ni ak mula serius fkr, mahu fokus pada impian aku dulu..wahaha... tp, pape pun, ak x menolak takdir andai suatu ms nnt seru dh smpai... cuma, ak x nak lah fkr sgt tentang tu, sbb xnak peglmn lalu berulang...

sebut tntang pglmn lalu, ak dpt khabar dia dh pun ikat tali pertunangan dgn org yg dia kutuk2 dahulu... humm.. mudahan andai ada apa-apa terjadi , i mean: apa2 yg dia begitu takut terjadi if dia mengahwini wanita itu, andai perkara itu terjadi, dia tidaklah menyalahkan wanita dan keluarga wanita itu.... bahaya jugak bila difkirkan...sukar dijangka... mudahan dia x menganiaya wanita itu lagi..... sebab perkahwinan bukanlah perkara main2..... waktu dgn ak dulu, x apelah dia buat jahat pun.... alhamdulillah Tuhan tunjukkan aku belang sebenar dia sebelum segalanya terlambat......

humm... Ya Allah ya Tuhanku, pertemukanlah aku dgn orang yang baik baik... hindarilah diriku dr org yg jahat dan buruk hati dan perangainya.... hindarilah jua diriku dr org2 yg munafik dan hipokrit... ameen...ya Robbal 'aalameen...

wallahualam...

Monday, May 31, 2010

kedekut ilmu~

Salam.

Bila insan berilmu sgt kedekut ilmu yg dia ada...mcm mana ya.

Hampir 4 minggu menjalani latihan industri di sebuah firm di KT ni, sgt sgt mengajar ak mengenal manusia..mengenal erti kehidupan yg sebenarnya..mengajar ak mengenal ragam manusiA.. bermacam2...

no word to describe.

mengeluh...........

mana hati besi akuuu?? pernah ke aku berhati besi... mcm x pernah...aduhh...

hari ni akhirnya menitis air mata ak...betapa kecewa dan dukacitanya hati ni...
geram. mahu saja ak hamburkan kata2 berbisa..tp ak masih punya akal yg waras.

mahu saja ak melawan kata, berhujah panjang, tapi ak sedar, xda gunanya. baik diam saja.

wahai manusia yg sombong dengan ilmu yg Allah pinjamkan pada kalian...aku datang ke sini, nak belajar, nak dapat sesuatu yg ak x dpt di kuliah. mengapa sukar kalian mengerti?

boss cakap: "awk belajar la dgn kerani2 tu..mereka byk tahu tu.."

yes..ak akui..mereka lagi byk tahu dr aku... siapalah ak, budak hingusan yg x habis lagi pengajian..dan sememangnya apa yg dipelajari di kuliah x sama dgn praktikalnya...

dgn rendah diri, dan rasa kerdil setiap insan di dalam ofis ni ku cuba dekati..dgn niat tuk mempelajari sesuatu.....tp malangnya, respon mereka dingin..dan negatif..

sabar....boleh cuba lagi lainkali...

hari demi hari berlalu...tiap kali cubaan tuk dekati, tidak dilayan... terasa seolah2 hidung ini x mancung...pipi pula tersorong2...

hari ini ku cuba lagi....dgn lembut bicara, ku bertanya "masih busy lg x hari ni"..aduh..sudah ku agak jwpnnya.. "mana ada hari x busy?"... ku telan liur..pahit...perit...

ku cuba lagi... "emm..boleh x sy nk tgk2 fail..dua pn xpe..xnak entertain pn xpe..nk tgk fail je, nk tgk beza dgn litigation nye fail..mesti ada kan tnh, rumah..x sama kan.."

dum dum dum..aduh..ku dihentam. di asak segenap arah..

staff 1: "mmg x sama dik ooooi..bagi la soploh file litigation..sume same je...conveyancing ni mcm2 jenis ade..."

staff 2: "ntahnye..bagi mase sebulan dua pun xkan habis nk cerita...byk byk byk..."

....ak terkelu.. dlm ht berkata..ak tahu byk jenis..sbb tu ak nk tgk..xnak bagi ke......

ak bls: "tu la..byk jenis..sbb tu nk tgk fail.."

x sempat habis ayat ak....dihentam lagi...

staff 3: ade mcm2 strata dok strata, tnh didiami x didiami, bla bla bla...xkan habis la nk cerita.."

ya tuhaan...ak x minta kalian bagi kuliah padaku kalau kalian sibuk..ak cume mahu melihat fail2 yg kalian kata itu..susahkah nk bagi? kenapa nk hamburkan kemarahan pada aku..aku budak baru belajar...salahkah ak minta tunjuk ajar? kenapa nk menyombong mcm ni skali...

sudahnya..ak x tahan menahan sebak...ak benci dgn manusia seperti ini..bongkak..tahu byk ilmu, tp minta di ajar, payah sekali..hanya reti membebel....

ak cuba buat kali terakhir....."boleh sy nk tgk fail dia?"

staff 4: tny la boss [dgn jelingan mata yg tajam.....dan sombong.....] fuhh..sbr jahhh.........

*****

what's the problem ya... apa yg aku dpt simpulkan di sini...mereka tahu mereka byk tahu... bila minta di beri tunjuk ajar dan minta dikongsikan ilmu itu...mereka menolak dgn alasan2...

oh Tuhan...

Thursday, May 27, 2010

I want nobody nobody but u!

Salam...

ops...jgn terpedaya dgn tajuk entry kali ni...mcm bese..tatau nk wat tajuk ape...so..taip je ape yg terlintas di pikirang ning..

hurmmm...kenape la praktikal kali ni sgt membosankan...arghh... x suke betol..
dah cube buat mcm2 tuk jadikan ia best..tp at last, tetap x best... sedih sgt..sbb rase sgt buang masa, buang duit, tenaga...haishh.... duk kat umah bleh wat mcm2... keje part time pn leh dpt duit blanje...aduhh...

hari ni, mcm biasa, bangun tdo, bisikkan kate2 smgt dan kate2 best agar dpt menjana kebestsan utk hr ni...humm..mesti ade perubahan hr ni...mesti dpt sesuatu hr ni! MESTI.

agak bahaya sebenarnya bila tidak ade tugasan diberikan...semuanya "up to u"... "self-learning"... haduii.... xtahu lah ak dh belajar sesuatu atau tidak setelah 3 minggu di sini.. almasalahnya....sedih dn kecewa bila setiap staff yg cube di "approach", jwpnnya negatif..i.e s.i.b.u.k....

so...pulanglah dgn longlainya ke tempat sendiri....kembali belek2 fail...nk termun rasa..sbb fail yg isinya sama sahaja..kurg lebih sikit je...so..what else can i do..what else can i get here...

hiarghh,....hari ni nk pastikan i learn sumting! x dapat tdk mesti ada!!

baeklah..saye mau realisasikan cuta2 saye hr ini! semangat!!

Wednesday, May 26, 2010

Senyumlah...

"The couple that fights the most is the one most in love... it shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting it means you stop caring."

**************************************************************

Salam bahagia buat semua :)

amacam hari ni? bahagia x? sehat x? senyum x lagi hr ni? kalu dok senyum lagi, okeh, sile senyum skg! hehe

waahh..saye rase sgt hepy rini sbb.....saye tau saye sgt syg dia! huhu..

bukan psl tu je..saye hepi sgt rini sbb saye berjaye betulkan kesilapan saye..to be specific: saye sudah silap mengedarkan borang claim praktikal..so, saye maklumkan smula kesilapan tu dan lampirkan dgn borang yg betul..fuhh..nasib baik perasan..

tp kan...ade jgk la yg sgt sombong dan ego serta tinggi diri, dia bls makluman sy tu dgn kata2 yg sgt sombong.. yer la..dia dh tahu borang tu salah.. tp kan...kalo dia dh tahu borang tu slh..nape la dia x maklum kat org laen ekk..ape pnye org daa...

xpe lah..hidup kat dunia ni, ade mcm2 org..mcm2 ragam,.. pedulikan dia..yg penting, kita buat baik kat semua org.. xrugi pn kan.. x kena bayar sesen pn kan.. :)

tapi kan, kdg2 terfikir2..ape la yg dia x puas hati sgt kat ak ni....x fhm...
ade jgk tny2 pndapat org yg bleh dipercayai...menurut pandangan diorg... mungkin org tu "cemburu" ngan ak...so, dia jd cmtu..asik x puas ati dn menyombong diri ngan ak...

oo..camtu ae...tp kan..nk cemburu pasai apa? appe daa...

humm..pape pn, ak berdoa n minta pada Allah, jauhilah ak dr bersikap seperti org itu...dan mudahan semua org senang dgn ak..dan ak senang dgn semua org... sbb iudp kita kat dunia ni x lama..........

kwn biar beribu..musuh jgn ada walopon satu..oke?

khair :)

p/s: tertarik dgn post coursemate saye Fareed yg i quote kat ats tu ;) ade betulnye jgk kan

Tuesday, May 25, 2010

Sweet Darkness by David Whyte

when your eyes are tired
the world is tired also.

when your vision has gone
no part of the world can find you.

time to go into the dark
where the night has eyes
to recognize its own.

there you can be sure
you are not beyond love.

the dark will be your womb
tonight.

the night will give you a horizon
further than you can see.

you must learn one thing.
the world was made to be free in.

give up all the other worlds
except the one to which you belong.

sometimes it takes darkness and the sweet
confinement of your aloneness
to learn

anything or anyone
that doesn't bring you alive

is too small for you.

[quote dr buku Fish! For Life: A Remarkable Way to Achieve Your Dreams]


Monday, May 24, 2010

kekadang insan itu perlu diingatkan....~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, May 22, 2010

Hidup ini memerlukan nyawa yang kental~

Salam buat semua :)

"Hidup ini memerlukan nyawa yang kental... yang terhasil daripada pacuan semangat dalam menempuhi kehidupan sehari-hari".

Mukaddimah ak kali ni dipetik dari novel Ramli Awang Murshid bertajuk 9Nyawa.. ntah kenape ak tertarik dgn kata2 itu...ya....hidup ini memang memerlukan nyawa yang kental.

____________________________________________________________

Oke oke...
tapi apa yang ak nk kongsi kali ni, bukanlah tentang novel itu...cerita lain...jum layaaanzz..

ak nak coret psl kampung halamanku lagi...bumi kelahiran ku ni lagi...mana lagi kalau bukan Bumi Darul Iman... :)

Kita kecikkan skop kawasannya kepada mukim tempatku dilahirkan ini, i.e Mukim Kuala Nerus. Haa..knapa? sebab mukimku ni bakal dinaiktarafkan menjadi Daerah yg ke-8 di Terengganu ni..

waahh....xtau nk suka ke x...mungkin suka sebab seronok la nnti ade hospital, pejabat daerah, mahkamah...dan lain2 macam daerah2 lain ada.....

taapii..nnti alamat ruah dh berubahla..dah x jadi 21060 Kuala Terengganu, tp jadi 21060 Kuala Nerus....huwaa.. x chantek..hehe... ngade2 tol ak ni..

tp kan..mungkin mudah sikit..personally la..sebab sblum ni, kalo org bertanya ak dr mana..ak jwb Kuala Terengganu..mesti kena hentam balik.. KT tu luas...kat mana...alaa..ni lemah nk spesifikkan ni..kalo sebut Katojie bkn org tau pn kan..terpaksa la jaja nama Kusza ke, Airport Sultan Mahmud ke..atau skrg lg glemer kalo sebut Stadium yg runtuh tu..ha...area tu la saye duk...

tp nanti situasinya mungkin berubah,...duk mana? Kuala Nerus...[ wahaha..namanya begitu klasik]..kat mana tu? Kat Terengganu la..daerah ke-8 di Trg lah...daerah baru.. [ mcm cara menjwb dr Univ mana je?] huhu...

tp ak setuju jugak buat daerah baru ni... personally, bagi ak, KT mmg terlalu luas...semua nk tertumpu ke KT..maunye x jem stoberi kat Jambatan Sultan Mahmud tu..haishh...so, mungkin dgn pembahagian kwsn ni, pejabat pentadbiran pun dipecahkan, so, lega la skit kan...dh xyah sesak2 nk gi ke Bandar KT...peluang kerjaya pn makin bertambah...mana tahu..

humm..walaupun belum pasti bilakah perkara ini akn jadi kenyataan, yg pasti, ak mendoakan segala urusan dipermudahkan..ameen :)


p/s: lepas ni trademark saye jahkatojiekune~ hehe


~hidup ini memerlukan NYAWA yang kental~

Friday, May 21, 2010

Kembali..........

Salam...

Lama x jenguk kat blog kesayangan i ni....x dok la bizi bodi...cume sokmo tangguh2 je nok nullis....

ni baru la merajinkan diri....

sekarang berada di kampung tersayang..mana lagi kalau bukan bumi Katojie.... dah hampir dua minggu dah, cuti semester... nama saja cuti, tp tidaklah bercuti mana sebenarnya, sbb kena jalani Latihan Industri...hurm.... dh tersilap pilih firm nmpk gayanya.....tu la, sape suh x survey dulu kan...nk wt cmna,..redah je la,,..tinggal dua minggu je lg...pastu kena blah sambung kat Mahkamah plak....

sabar...teruskan perjuangan...berbaki kurang setahun je lagi pengajian ijazah ni..insyaAllah...

umm..ok lah, jum sembang sal pe yg berlaku todAY...

cuti2 wiken ni ak berehat2 je lah kat umah....lagi pun demam x kebah lg...batuk2 dan selesema lagi....dh byk mana ubat telan....campur ubat gatal2 alergik lagi....sabar...bukan ke sakit tu penghapus dosa2 kecik...alhamdulillah :)

tp bukanlah rehat sebenar2 rehat....buat la jugak kerja2....pokok nyor dua pohon ayh ak upah org tebang....nk meluaskan dan melapangkan kwsn sekitar rumah, biar senang cucu2 dia bermain katanya.....

so...aku isi masa terluang dgn meraut lidi2....tuk dbuat penyapu lidi... tersenyum sendiri ak..sebab teringat zaman kecik2 dulu...slalu gak disuruh oleh mak ak, raut lidi org tganu kate....berlumba2 dgn kakak2 tgk sape yg dpt raut lidi paling byk...dan raut dgn licin....

tadi, duk ats pondok simen yg ayh aku upah org buat, aku ralit raut lidi,,..sambil ditemani ank buah ak, Haikal... mulanya Haikal ni nak buat wau, tetibe ditengoknya aku duk raut lidi, berlari naik ats rumah, amik pisau, nak raut lidi jugak....ak sesekali tegur dia, raut x licin..... kitaran hidup kan....dulu masa ak kecik, ak ditegur, skrg ak dh dewasa, giliran ak pulak yg menegur :)

humm......lama jugak duk raut lidi...dapatlah seberkas..... mcm2 pasal lidi ni yg wat ak teringat...antaranya masa kecik2 dulu lidi ni pn jadi permainan...nk elaborate dgn kata2 pn ak x reti...cuma daun nyor yg dipotong pendek, dan diraut sekerat, bleh dijadikan senjata....guna getah, dan buat macam nak melastik....muncungnya dipotong tajam..hemm..tu la permainan zmn kanak2 16 tahun lalu... skrg mana ada anak2 buah ak main mcm tu...rugi la diorg...huhu

pastu, pasal lidi ni ada satu lagi yg menarik... mula2 raut lidi, sebatang..sebatang....lama2 jd seberkas.... teringatlah ak pepatah.... [ye ke pepatah eh?]... lidi kalau sebatang, mudah je dipatahkan....tp bila dikumpul seberkas, payah..usahkan nk patahkan, nak lenturkan pn x dpt... itulah didibaratkan dgn kita...kalau sorg2, mudah je dipatahkan, dipesongkan...tp bila kita dlm jemaah, bersatu padu...kita x rapuh..kita teguh......... ingat tu..

puas dpt meraut lidi seberkas....

rasa nak makan kuih gulung... hmm..ada kelapa yg muda ni mcm2 la menu nk buat dlm kepala ni... cepat2 naik ke umah, menuju ke dapur.

buat adunan kuih gulung...ala..pewarna hijau xde la plak...so, kena amik daun pandan, tumbuk2 dan perah airnya.....x susah pn wat kuih gulung ni...amik gandum, telur sebiji, dan air...kacau smpai sebati...nk warna apa..letak je la pewarna.... kalau nk wat kuih gulung ni, xleh cair sgt...

inti dia, amik kelapa muda, goreng dgn gula... [sira kelapa tu]...nk wangi, masuk daun pandan..

so, lenggang [ala...xtau la bhse standard ape,..kalo teganu, "lenggang"]...lenggang adunan tu dlm pan...bagi garing skit...angkat, letak inti..gulungla...jd la kuih gulung :)

ni feveret i tauuu.....selain roti jala :)

kalo kerinduan sgt ngan kuih gulung ni, beli jugak skali skala kat Nilai, tp slalu x best...wat kembung perut....sebab inti kelapa kuih gulung kat Nilai, x dimasak terlebih dahulu...kelapa mentah...huk3...

hurm.....cukup je la stakat ni dulu...ade cite kite cite lagi :)



~ku berdoa moga setiap saat yg ku harungi memberiku kebahagiaan yg abadi~

Saturday, April 3, 2010

jika kau diuji~

Salam..

termenung ak mencari kata pemula....smbil menahan sebak di dada......mengeluh...melepaskan keluhan yg amat berat ku rasa...

cuba meletakkan diri di tempat mereka.....Ya Tuhan...mampukah aku jika aku lah mereka....

Allah Maha Adil...Allah Maha Kuasa segalanya...tidak diuji hambaNya melainkan apa yg mampu dipikul dan digalas oleh mereka...Allah tidak zalim..Dia Maha Mengetahui...Dia Maha Kuasa...Dia penentu segala...

benar.....

benar sekali......

mata mula berkaca...sungguh aku turut sama merasa perit pedihnya.....

ya Tuhan....ampunkanlah segala dosa mereka...titipkanlah kesabaran yang menggunung dalam jiwa mereka...ketabahan yg tiada tandingnya...kecekalan melebihi segala...dan paling utama....jangan Kau biarkan ada walau sekelumit rasa putus asa, kecewa dan lemah dlm jiwa mereka...

Aku juga mohon Ya Allah, minta dijauhkan mereka dari syaitan laknatullah membisik kata2 yang membawa kepada menyalahkan TakdirMu ya Tuhan...

aku tahu apa yang berlaku itu perit..pedih.....tapi ya Tuhan, bukakanlah pintu hati mereka utk menerima segala yg terjadi sbg Qada' dan Qadar Mu....kerna Engkau ah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Mu....

benar apa yang terjadi itu amat perit dan pedih..

tapi, aku berterima kasih pada Mu Tuhan...setinggi kesyukuran ku panjatkan padaMU ya Allah...atas apa yang terjadi... setidak2nya mereka terselamat dari manusia bertopengkan binatang itu ya Tuhan...

aku sayangkan mereka....menggelupur rasa hati ini, mahu saja ku hamburkan amarah...tapi kusedar Tuhan...aku perlu redha dengan apa yg berlaku...

tidak mengapa si binatang itu buat begitu kepada darah dagingku....kerana aku beriman kepada Mu..kepada hari akhiratMu... Syurga adalah kurniaanMu, dan sesungguhnya NERAKA adalah keadilanMu....

tidak mengapa si binatang itu terlepas di dunia, kerna ku yakin, dia pasti xkan terlepas di akhirat sana....

bersabarlah kakakku syg..ank2 buahku tercinta...kalian tidak keseorangan....kalian tidak bersendirian....usah bersedih dan kecewa dgn apa yg berlaku...bersyukurlah....ujian datang tanda Allah mencintai kalian, menyayangi kalian....

Ujian yg hadir, tanda Allah mahu kalian jadi lebih kuat dan tabah....

aku bangga dengan kalian...kalian kuat..kalian tabah....jah x mungkin sekuat kalian........

sesunggunya tiap apa yg Allah cipta, tersembunyi seribu hikmah bagi mereka yang mahu berfikir......

Peracyalah pada Dia, pasti ada sinar pelangi di sebalik guruh yang mendentum yg x disangka2....


* "mereka" adalah Kak Ngah ku sayang....Luqman, 'Aqilah, Adham dan Ilham....*

buat Luqman dan Adham, mokjah harap apa yang terjadi, tidak akan menjejaskan pelajaran kalian...semoga berjaya dalam SPM dan UPSR nanti..ameen..

Friday, April 2, 2010

~rindu Padamu~

Tiada sehari yang berlalu
tanpaku mengingatimu..
rindu
padamu
kusentiasa mendambakan
kasih dan sayangmu

semalam aku bermimpi
di dalam hujan ku berlari
berlari
mencari
memanggil namamu
namamu yang sempurna

ku harap
dan ku berdoa
semoga dapat
bersua denganmu

tiada kata
yang dapat menggambarkan
perasaan yang kualami
cintaku ini tiada berbelah bagi
cinta yang suci
dan abadi

ad'u ilar-rahmaani
arju an la tinsani
fi kullil
awqaati
nafis wa fuaadi
laka yaa maaliki

apakah aku diterima
atau kau kan membiarkan saja
kerana
kuberdosa
jangan biar kuterhina
kumerayu padamu

p/s: thanks WSF for dedicated this song to me <3 [Yassin's song]


Monday, March 22, 2010

happy birthday to him...

Salam..

lama x menjengahkan diri ke blog kesayangan i ni...very busy lately...dan laptop plak wat hal..semput2 asimen land hampir ke penghujung ayat, tetibe laptop mengong..aiyakk..hmpir nangis dibuatnye..huu

skg, laptop berada di tgn cik abg..seb bek ade tkg nengok2 laptop f.o.c ...hehe

laa ni duk menaip blog ni guna laptop housemate jap..

humm..alhamdulillah...syukur ats segala kurniaaNya..atas segala nikmat yg masih diberikan kesempatan untuk aku merasainya...nikmat iman dan Islam..

memikirkan masa depan..lidah jadi kelu...dan celaru...namun, memikirkan apa yg dah aku lalui pada masa lalu, pada masa ini..setinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaNya...

jgn keliru apa yg aku maksdukan tentang masa depan...might be other things, but the main thing is....pertaining to my course...

...cita2 yg kabur....

tapi, sebagai seorang Muslim yg beriman, yg percaya kepada Qada' dan QadarNya...aku harus akur....pasti ada hikmah di sebalik semua ini..segalanya di dalam percaturan dan aturan Tuhan...

sekurang2nya ini cabaran buat aku, utk tidak hanya menyerah pada nasib..tidak hanya berputus asa...pabila satu pintu tidak ada harapan utk dibuka..pasti ada pintu2 yg lain...bukan begitu...? soalnya mahu atau tidak mahu mencuba pintu2 yg lain shj....

atas dasar percaya pada Qada' dan qadarNya...maka aku harus yakin dan percaya bahawa rezeki itu ada di mana mana....

bukan mereka yg menentukan hala tuju hidup kita..

mungkin rezeki aku, dan shbt2 seperjuangan yg lain bukan di bidang ini. mungkin ada bidang lain yg lebih memerlukan aku dan yg lain....

minta jauh dr ada perasaan menyesal dalam hati..minta jauh dr ada rasa buang masa di sanubari...minta jauh semua itu...

kerana menuntut ilmu kerana mencari redha Nya tidak ada istilah buang masa...

aku dan kalian smua selamat insyaAllah, selagi mana menuntut ilmu bukan semata2 utk mendapat pekerjaan yg di idamkan...bila mana tidak ada harapan utk mendpt apa yg di impikam, aku minta shbt..usah dianggap perjuangan kita selama hampir 6 thn ini, suatu yg sia-sia...jgn..jgn sesekali berfkiran sebegitu shbt...

hum....nmpknya ak dh lari dr tajuk asal entry ak kali ni..
sekadar luahan perasaan, utk ak ingtkan diri ak sendiri sesungguhnya hidup tidak berakhir di sini...pasti ada rezeki di bhgian lain yg kita x nmpk lagi....

dun simply confine ourselves to one single thing..dare to move or create other opportunities!

dan kembali pada tajuk entry ku...

i wish u Happy 25th Birthday WSF. Moga sukses selalu. terima kasih ats segalanya. love always!

Tuesday, February 16, 2010

home sweet homeee~

Salaam..

it has been a while since my last post..not to say i'm too busy..but, honestly, i've no interesting topic to be shared with,..

currently, i'm at my lovely hometown, bumi Katojie...got a break for just one week ++, this is the only time for me to be here, to see my lovely mum n dad..gather with my lovely family..

as usual, to make this very little time becomes really worth, lots of activities i had gone through with my siblings n mum from past two days...apart from staying home itself.

the day i safely arrived at Darul Iman itself, after perfrom Subuh prayer, i went to Kompleks Sukan Sultan Mizan, not far from Katojie..i had a very enjoyful moment with my sis, where we jogged around the nice big lake there..humm...fresh air, calm n quiet...don't think i can feel the same at Nilai..huuu



there are some photos i can share with..


emm..after that we had breakfast together at nearby stall/ warung.. wanted to have Nasi Dagang, but already sold out..huuu xde rezeki...

the next day, again we went to Stadium early in the morning..during afternoon, i went to my fren's house, attending his Wedding ceremony..humm..when is my turn ek..huhuhu..



Selamat Pengantin Baru Yusri & Chah. Hope happiness will always be with both of u.. :)


then, at the evening, i went to Sultan Mahmud Airport, escort my cousin, who is going back to Scotland. As SMA is jez near to the sea, my sis n i grab this great opportunity to have various seafoods "celup tepung" with my mum..yum2..very the delicious..he he





on the third day i'm here, we went to Ajil, visiting my aunt and uncle there. then, we have lunch at Majlis kenduri Kahwin at Padang Midin. last but not least, since we already near to Kuala Berang, my sis wanted to go to Jenagor, to have a look at the land that they wanted to purchase..i just follow la kan..as passenger..hehe.. on our way there, sempat la singgah gerai2 tepi jalan...bought some "jaggung", kacang2..yum2.. :)





humm..settle post i kali ni..tu je lahh..sepanjang 3 hr berada di bumi katojie..hari ke-empat (i.e. today..cadangnya nk kua jumpa kwn2 lame, kwn2 zaman kanak2 ribena dulu..tp, Nor Shazira x kobo lg kul wope nih..so, ngah tgu call dr dia la ni...humm..)

okeh..de cite est t i post lagi..daaa~

Thursday, January 14, 2010

Picnic di Ulu Bendul ^^

Salam..

waa...dh lame x gi piknik..heee
selasa lepas, 100110, cam bese aku n dak2 umah dn beberpa geng kelas pi maen air kat Ulu Bendul..best gilerr....huhu

sejuk dn reduuup je tmpat tu..ilang penat jauh perjalanan....ngeh ngeh ngehhhh


Ulu Bendul ni mcm xde air terjun je...x mcm Jeram Toi hr tu...tp, dr segi kemudahan dan keselesaan, Ulu Bendul jauh lebih selesa la...waa..mmg best la pi sana...

cakap byk x guna kan..tgk je la gmbo2 ni..hehe ^^






huwaa..sgt best lol..rase xmo balik je..hihi..

btw, happy with u guys! ade mase jum kita satu batch gi piknik sana!

Friday, January 8, 2010

Jumaat yang indah~

Salaam...

hmm..lama x jengah blog saye nih...

"Jumaat yang Indah? hehe...xde apa pun..tatau nk letak tajuk ape...

agak keboringan sebenarnya...

*****diam jap****

hmm..pepagi tadi gi kampus, register nama utk Audition Client Counselling. Saja la nk menyebokkan diri...nk try... This coming Monday auditionnya...IHL dah tau, Jessup dh tau...so, nk tau how CC is plak...

pas daftar nama CC, gi amik slip result exam kat fakulti. wowowo....result...huuhu..xmo cite la kat sini...

*****diam lagi****

then, gi library...Sir Ramzi mintak tolong carikan koleksi soalan2 peperiksaan yang lepas... Bengang betol la ngan staff library yg duk kat kaunter tu...pe hal la bagi dia duk kat kaunter..wat sakit hati org je...xmo keje duk umah la cik kak oooi......

x faham betul. Buat aduan NC baru tau..haha

dh dapat ape yg diperlukan, balik umah la..

lunch, then layaaan tgk idiot box..huuhu.. [tv la tu].. pas satu cite, satu cite kitorg layaaanzz...nk muntah wasse...hi hi

tapi kotak tu xde la idiot sgt..heee

ni nak share ape yg aku dpt td...mula2 tgk [alamak, lupa lak tajuk pe], tp tv3 la...ni jez tuk pompuan je la...doa awal2 dtg period:

الحمدلله على كل حال وأستغفرالله على كل ذنب

tu doa dia, elok diamalkan pabila hr pertama dtg period. Maksud dia, "Aku bersyukur atas segala keadaan, dan aku memohon keampunan atas segala dosa".

Maknanya, kan tau kan time dtg period tu, mcm2 perasaan la.. x selesa la, sakit la, emosional la..so, bila kita baca doa ni, mknanya kita redha dan bersyukur ats segala keadaan yang Allah dh tetapkan buat kita...di samping kita mohon keampunan dariNya. Ustazah dlm rancangan ni ckp, bila kita amalkn baca doa ni, walopon kita xleh beribadah kepada Dia, pahala yang kita dapat umpama pahala org mati syahid. Ameen..

***** diam lagi*********

selesai bab doa, tgk rancangan lain plak..x silap ni rancangan Al-Hidayah...tetibe ade petua plak yg bleh aku nk kongsi kat sini...

petua nk kurangkan rasa sakit ketika dtg period.... [agak kepelikkan la, nape la byk plak cite sal period ni...rope2 nye, time Solat Jumaat...mmg org TV ni pndaiii laa..mane de org laki nengok TV kan..time ni org pompuan je la duk nengok TV..hehe]...hah

haa..petuanya: amik asam jawa 1 sudu besar dan satu sudu besar gula merah. Didihkan dalam air. Pastu minum. senang kan?? amalkan dua kali sehari...insyaAllah rasa sakit senggugut kurang..hmm..nk cube la nnti ^^

ok lah..cukup dulu ah bebel kat sini rini....

opps...sebelum tu, lupe lak, Thanks to Abg Joe sebab tlg baiki moto sayee....hee ^^

Jazakallah...

ok lah..settle ^^