BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Friday, July 30, 2010

Aku bagaimana...?

* kisah ini dipetik dari akhbar Berita Harian 29/07/2010*

Daripada Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai "si penjahat kecil". (Hadis riwayat Muslim).

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim 'alahissalam, semasa baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air di dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu. "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihissalam tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu".

Lalu dijawab oleh burung berkenaan "Memang ia tidak akan memadamkan api itu, TETAPI AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH kerana ALLAAH AKAN MENYOAL AKU NANTI, Apakah Yang Sudah Aku Lakukan Untuk Agama Allaah. Dan Allaah TIDAK akan bertanya sama ada AKU BERJAYA MEMADAMKAN API ITU ataupun TIDAK."


********************berfikir sejenak****************


Analoginya...Aku sepatutnya seperti burung kecil itu..

Tapi, bagaimana dengan aku sekarang...dalam memberi respon terhadap mangsa kekejaman rejim Zionis dan US keparat itu... Takkan hanya memandang sepi...menutup rasa hati dengan logik akal...

Mana usahaku...sumbanganku...sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran... alangkah malu nya aku pada burung kecil itu.

Justeru, bukalah wahai mata hati... usah memandang remeh pada usaha yang kecil. Orang boleh berkata "alah, setakat boikot barangan diorang, x membantu pape pun..kekejaman tetap berlaku"...

Benar...logik akalku benar... tapi, ingatlah... ingatlah kata-kata burung kecil itu.. dalam situasi kita ini, memang usahaku untuk memboikot barangan US dan sekutu-sekutu Israel tidak akan mampu menghentikan perbuatan binatang mereka tehadap rakyat Palestin..tetapi aku sepatutnya lebih takutkan Dia. Takut pada hari kebangkitan nanti, takut pada soalan-Nya: apa usahaku untuk agama-Nya.

Jadi jah, tekadkan hati, boikotlah barangan2 sekutu2 Israel laknatullah!! Contohilah burung kecil itu... jangan biarkan walau satu sen pun disumbangkan kepada pembelian senjata-senjata nuklear yang membunuh rakyat Palestin.


....Ya Rabb...Kau ampunkanlah dosa-dosa kelalaianku yang lalu terhadap saudara seagamaku..dan tunjukkanalah keadilan di Bumi Palestin....ameen Ya Rabb....

2 comments:

nazri said...

lame xjenguk blog shbt ambe ni...memg salute r post aku bagaimana?...truskn usaha dkwah anti di alam maya ni, mudah2an diberkatiNya..aminn

aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...

ish..xde ape lah nazri...huu..segan lak.. insyaAllah... :)

terima kasih sudi jenguk... Salam Ramadhan al-Mubarak