BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Sunday, February 15, 2009

BELAJAR ERTI REDHA DAN SABAR...




hmm....taktau nak mula dari mana...
diri ni terlalu penat dan lesu....terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu ni...
bukan sekadar coursework yang melambak...komitmen2 dalam team Jessup Moot Competition, dan masalah peribadi sendiri...

minggu ni, terasa minggu yang teramat sukar bagi aku.. pernah dulu kualami situasi sebegini, namun aku adalah insan- dan insan itu hakikatnya nasia- LUPA-pelupa... LUPA tentang pengalaman...dan masih tetap mengulanginya...

ibaratnya, dugaan sy kali ini masih seperti dulu- aku sedang membina istana pasir di tepi pantai... cantik..rapi... kujaga dgn teliti, agar istana pasir yg kubina tidak runtuh, tidak rebah, dan tidak dimusnahkan sesiapa... tapi ku lupa, ombak pantai bila2 masa boleh meranapkan istana pasirku...angin kencang xkan sempat ku tahan daripada menerbangkan istana pasir yg kubina....ombak, angin, patuh pada aturan sang Pencipta.. siapalah aku, hambaNya yang sering alpa...

usahaku yang berhari2, berbulan2, malah hampir setahun, ranap begitu saja... ku terkaku, terkedu dengan dugaan dan Ujian yang Kau datangkan Tuhan...

Ujian itulah kehidupan

ya... ujian adalah kehidupan... selama ini aku mati dgn keseronokan, kealpaan, dan kelalaianku... aku lupa pada sejarah..aku lupa pada pengalaman lalu...dan kali ini dugaan dan ujian itu datang lagi....mengejutkan aku dr mimpi yang tak mungkin jadi realiti... dugaan dan ujian itu menghidupkan aku kembali...

aku tenangkan diriku, dgn uba membisikkan pada diri, 'redhalah dengan ujian Tuhan'..
namun, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? aku tertanya2, sehinggalah aku dipertemukan dengan satu artikel di laman iluvislam.net... kupetik sedikit tulisan dari artikel tersebut:

"Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episode yang sukar dalam hidup saya, saya punyai jawapannya.

Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah.

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini saya belajar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’ "

artikel tersebut terus bercerita...

"Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hampir sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah.

Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah.

Saya ingin ulangi kata-kata nenek saya, Allah baru sahaja mencvubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan.

Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =).

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalisium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’ Patutlah sepanjang saya sedih, saya selalu sakit gigi. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan.

Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Wasiat Luqman Alhakim ‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’ "

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak pelajaran saya Allah berikan untuk saya daripada ujian ini.

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, saya tidak mahu membina istana pasir lagi. Saya ingin membina istana untuk saya diami. Kali ini, saya perlu berhati-hati.

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia.

Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin."

ALHAMDULILLAH..... saya sendiri tenang selepas membaca artikel yg ditulis oleh fitrah-hanan ni...

aku tekad takkan bina istana pasir lagi! insyaAllah..

ya Allah, teguhkanlah hatiku, dalam agamaMu... ameen...

0 comments: