Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih
rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ
dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan
timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini
kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan
ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
- usia
- aktiviti seharian
- perasaan
- ubatan
- pendarahan
- infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah
rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang
terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
- stroke
- penyakit jantung
- penyakit pada mata
- pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda
mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan
gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
- cepat lelah
- pening kepala ketika posisi badan berubah
- sukar untuk berkonsentrasi
- mata berkunang-kunang
- mual
- kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- pernafasan cepat dan pendek
- defresi
- cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat
pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk
mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang
dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang
kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan
darah rendah terjadi iaitu:-
- Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
- Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
- Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
- Keadaan otot yang lemah
sumber
p/s: dh lama dh syak mcm ade x kena dgn diri sndiri. dari skolah lg x mampu nk bersukan. cepat semput termengah2. sakit dada smua. waktu PLKN dulu pn kalo time physical training alahai. mmg seksa jiwa raga.
kalo time nk berubah posisi (biasanya dr duduk nak bangun/ dr baring nk bangun) mesti pening gelap mata.
mual- almost all the time lah :( rasa x selesa je perut ni. lega bila makan asam lah. so always standby asam dlm handbag nih. laa ni pn tgh mual ni. tp xleh makan asam pasai posa kan.
kulit berasa dingin, pucat & lembap ni biasa terjadi bila kena cuaca panas terik. alahai.. fobia.
cepat haus tu mmg. kdg2 dh nak tdo pn haus kena minum lagi. in fact sediakan sebotol air kat kepala katil sebab malam2 haus senang nk grab.
dan lately xtahu knapa jantung ni duk berdebar2 dan seems like berdenyut laju. mcm lari kena kejar anjing.
last week saja2 g buat test bp, kolestrol & gula dalam darah kat satu farmasi (since lagi seminggu nak kawen kan, so i better check first lah, so that later on if ditakdirkan (nauzubillahminzalik) ade pape penyakit so bleh kesan sama ada sakit tu after kawen or before kawen dh ada).
so the results yg pharmacist tu kasi: gula ok, kolestrol pn ok. kadar bacaan gula 5.3 (which is ok la sebab normal rate is 4-7). dan cholestrol bacaannya 4.19 which according to her ok jugak sebab it should be below 5.2.
hanya problem pada tekanan darah - where my bp is low (according to her). bacaannya 87/54.
kalo ikutkan normal should be 120/80 katanya. so mine is low lah.
after few days try test sendiri kat rumah (kat rumah ade je bp tester ni). so bacaannya 90/60. dan bila test plak another day 89/57.. so i could say mmg low kot my bp.
no wonder selalu x cukup nafas.
apa2 pun skg tgh usaha nak naikkan a bit my bp. godek2 segala bagai tips di internet. ada yg boleh diamalkan ada yg x boleh. so kita cuba apa yg boleh la yer. mcm makan kerang/daging/ kacang buncis/ bilis dan makan garam. eh. bukan le makan garam perse. kena masinkan sikit la kot menu kite.
sesungguhnya semua ni ujian. wat rilex sudah. fikir2 sgt dok bulih jugok. peace! ;)