Salam wbt...
emm...mcm bese, suka nak kongsi apa yang aku dapat dari lecture Fiqh al-Muasir hari ni...
hr ni, aku blaja tentang pendermaan organ....sbnrnya ada dua pendapat, ada pndapat cakap xleh derma organ, tp pndapat lain ckp leh derma organ.... ada la dalil2 yang di bawa oleh tiap pendapat tu knapa bleh, knp xleh...
aku x nak bincgkan secara detail tntg hukum dan dalil2 tu, cuma ada satu perkara yang ustaz bincgkan (selingan).... tengah2 baca introduction topik ni, ada satu word
maksudny implantation.. "غرس"
apa yang menariknya, dr perkataan ni Ustaz Hasnizam datangkan satu hadis yang sgt cantik maksudnya
( ما من مسلم يغرس غرسا فياكل منه الطير أو البهيمة أو إنسان إلا كان له به صدقة )
hmm..subhanallah... hebat kan... senang je dpt pahala yang berpanjangan.... just tanam pokok yang berbuah, kita mati nanti pun, masih mengalir manfaatnya... dan selagi mana manfaat itu digunakan, selagi itulah pahala mengalir kepada kita.. ni la antara pahala sedekah jariah yang tidak terputus walaupun kita dah mati...mudah kan... xperlu fikir perkara yang susah2... Islam tu mudah, namun tidak dimudahkan....
kisah keduanya adalah berkenaan azab kubur... hmm... macam mana kita nak jawab andai org tanya, azab kubur tu benar ke?
yup...mesti la... itu perkara-perkara ghaib.. kita wajib percaya dengannya... tp, mcm mana kita nak patahkan hujah org yang menolak kebenaran adanya azab kubur ni... hmm..ustz dtgkan satu analogi...mcm ni...
kita percaya x tentang mimpi? percaya kan... tp kita x nampak kan.. ok, cuba kita tgk dua org kawan kita yang sedang tidur.... dua dua sedang nyenyak tidur.... nampak bahagia, tenang, damai je... (secara fizikal/ zahirnya).. tp, tahu x kita, kawan kita tu mungkin sedang bermimpi... sorang mimpikan yang indah2 dan bahagia - so, dia berada dalam keadaan nikmat... yang sorang lagi sedang bermimpi perkara yang buruk, contohnya terjatuh longkang ke- so dia sebenarnya skrg berada dlm keadaan nekmah (azab)...
secara zahirnya, dua dua nampak biasa... tp, di alam yang lain (dlm hal ni, di alam mimpi), mereka berhadapan dengan situasi yang kita yang celik ni, x tahu...
macam tu la jugak tentang azab kubur.... kalau tidur tadi, tu adalah mati...tp mati yang seketika....dan mimpi itu adalah antara azab atau nikmat tidur.. tp apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka dia telah terpisah dari alam dunia... berpindah ke alam kubur...
mcm tidur td, kita nampak zahirnya tiada apa2... mcm tu jugak bila dah mati... kita tgk jenazah...tenang... x ada apa-apa yang mencurigakan... tp, tidakkah kita fikir, bahawa dia sudah berada di alam yang lain, yang kita x tahu sama ada sekarang dia sedang berhadapan dengan nikmat (mudah2an..) atau nekmah? nauzubiilah....
wallahualam..sama2 lah kita renungi dan hayati...dan perbaiki diri... bukan setakat ingin mimpi indah2 di dunia... malah juga di alam kubur...
0 comments:
Post a Comment