BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Tuesday, January 3, 2012

TENTANG DHIA

Salam semua.

Hoho..fenomena btol kan cite tentang dhia ni. Frankly speaking, sy antara penonton drama ni. since cite ni ditayangkan tie magrib, so kdg2 miss, tgk kat Tonton. Jarang sgt nk nengok Tb..tp kebetulan cite ni ditayangkan waktu cuti skola..so ade geng tuk ngadap TB, tu yg melekat smpai ke episod akhir.

Okeh. bkn nk cite psl drama tu.dh tamat dh pon..happy ending i wud say. cuma x puas ht xde apa2 trjd kat Ku Salmi n Zety tu.huu..

Let's look at academic side la kan.. sy suke tgk cite smbil berfikir..tgk movie pn gtu.. heh.

So dalam drama TD ni, apa yg sy bleh tangkap la kan, Erma Fatima or penulis skrip dia (sape eh..not sure), dah buat homework la kan esp isu2 agama. (opss..bab lakonan2 sentuh2/laki bini / pakaian sume tu tetap x bagus la kan..haram tetap haram)

Antara yg dapat sy tangkap 1st persoalan isu anak luar nikah atau bahasa kasarnya anak zina si Melly tu. Ingat x sewaktu si melly tu jual anak dia kepada Rafi, n Rafi sebut depan mak dia "Melisa binti Rafi (something like that la) n mak dia tegur, x boleh..mmgla anak kamu, tp luar nikah..so kena bintikan Abdullah... oke..thats right. good. at least penonton2 dpt fhm yg tu.

ulasan saya: sebenarnya x semestinya berbin/bintikan Abdullah..actually boleh dibin/bintikan dengan mana2 nama Allah yang 99 itu. Cuma commonly org pilih bin/bintikan Abdullah.

Saya dalam proses membuat penyelidikan berkenaan anak zina ni. The facts are so painful. Selain statistik yg bertambah dari tahun ke tahun, the most painful one is nasib anak2 yang tak berdosa ni. So please, jagalah maruah diri kita semua. Sebab tu la Allah haramkan zina, dan Allah nyatakan dalam Al-Quran jangan kamu hampiri zina. Sebab apa..sebab kesannyaaa..sgt sgt sgt menyakitkan. (peringatan utk diri saya juga).

kesan yang paling nyata- dari segi bin/binti tu. Anak-anak zina ni hak kebajikan dia sama je dgn anak2 sah taraf. cuma yang dinafikan ialah nasab. Jangan ingt bila nasab dinafikan perkara kecik. Sebab nasablah seseorang tu entitled to pusaka-perwalian dan mahram. Kalau xde nasab, xde la hak mempusakai, hak perwalian (kepada bapa zina tu). hak yang ada hanya pada ibu sahaja.

Hah, kepada para wanita semua..please take care of ourselves. Jangan terpedaya dengan keseronokan yang hanya sementara..sedangkan merananya hingga hujung nyawa. Anak zina ni di bawah tanggungjawab ibunya-solely ibunya. Yg bapa zina nya xda tanggungjawab apa2. (cuma if bapa zinanya nk bertanggunjawab, xde masalah..cuma bukan tanggungjwb dia). u see.

panjang ceritanya kalo nk discuss pasal zina ni. sy pn tgh semangat buat penyelidikan tentang ni. mudahan dengan ilmu yg sedikit ni dapat memberi pencerahan kepada org awam dan seterusnya sedikit sebanyak dapat membendung masalah zina dari berleluasa. inshaAllaah.

Ha, back to the topic. selain isu anak zina, isu yg sy dapat tangkap satu lagi is about Ku Salmi yg suka sgt pi jumpa bomoh Pak Boon tu.. Ku Salmi tahu perbuatannya tu syirik. tp, buat juga. Tak mustahil dalam dunia realiti pn ada manusia seperti Ku Salmi.

Jauhilah syirik. Usah bersekongkol dengan iblis laknatullah. Dosa yang paling besar disisi Allah s.w.t. adalah syirik kepada-Nya. Syirik terbahagi dua iaitu syirik besar (akbar) dan syirik kecil (tersembunyi). Allah s.w.t. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan syirik kepada-Nya. dan Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudharatkan manusia dan meminta pertolongan kepadanya adalah contoh syirik akbar. [sumber klik sini]

Hmm..begitula sdikit sbanyak yg dpt sy kongsi kali ni.. tengok2 jugak cerita, but it is good if we can acquire some knowledge behind the story, especially ilmu agama. mudahan2 kita semua sentiasa diberkati Allah dan dilindungi Allah dari sebarang malapetaka. Ameen. Wallahualam

0 comments: