BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Saturday, April 18, 2009

Bagaimana Memilih Lelaki

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.

Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.


p/s: dipetik dari: Bagaimana Memilih Lelaki

Posted By : iqbal_hakim85 (iqbal, hakim)
Author : mohd iqbal hakim
Page View : 163
Posted On : Tue, 24 Mar 2009 09:07:59 PM
URL Address : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=42852

Friday, April 17, 2009

Usim dakwa kenyataan pensyarah berniat jahat

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) menegaskan dakwaan seorang pensyarah di universiti itu terpaksa meletakkan jawatan kerana enggan memberi markah kasihan kepada pelajar seperti disiarkan sebuah akhbar adalah tidak benar dan tiada berasas.

Sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan bekas pensyarah itu disifatkan berniat buruk sekali gus menjejaskan reputasi universiti yang beroperasi di sini.

Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihaknya tidak pernah mengamalkan pemberian markah kasihan seperti didakwa, malah istilah itu tidak wujud serta tiada kompromi berhubung sebarang pengubahsuaian markah yang diberikan setiap pensyarah.

Beliau berkata, Usim mempunyai sistem penilaian, penggredan, permarkahan dan pengeluaran keputusan peperiksaan yang akan dibentang dan diteliti Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti sebelum diperakui Mesyuarat Senat Universiti.


Katanya, Usim juga mempunyai penilai luar untuk melihat sistem akademik serta peperiksaan dijalankan.


“Dakwaan itu sangat serius dan tidak berasas serta menjejaskan reputasi Usim. Pihak kami dukacita kerana tuduhan itu tidak benar dan boleh merosakkan imej universiti ini di mata masyarakat bukan saja dalam negara malah peringkat antarabangsa.

“Sebagai universiti baru, dakwaan itu boleh menghilang dan menghakiskan keyakinan masyarakat kepada Usim selain menjejaskan imej bekas graduan yang sudah bekerja,” katanya.

Dr Shukor berkata, dakwaan memberi kesan negatif kepada universiti kerana institusi pengajian tinggi awam itu dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru selain berusaha mendapatkan pengiktirafan badan profesional.


dipetik: harian metro, 17april2009.

Wednesday, April 8, 2009

clumsy day...miserable day.....

salaam...

hoho....
sakit tul laa rini.... pepagi dapat penyakit...

hm.....mesti ada wat dosa ni, Allah balas cash... astaghfirullahalazeem...

citernye gini...hari ni patutnya ada Seminar Menjawab Peperiksaan, tp dari 8 pagi- 6 petang...adehh... dalam dilema..pegi ke tanak...tanak ke pegi... last2 x pegi...
coz nak study...nak gi library..

so, cam bese, gi umah haja dulu kat Desa Anggerik, amik dia...
pas amik hajar, terus ke kampus..tp tah camner tah, sebelum ni x brani nak lalu short cut -naik titi kecik- tp tah nape rini tetiba aku leh nak lalu kot situ.. padahal bkn kejar masa pun..

nak dijadikan cite...aaaaa....motor terbalik... x dapek dikawal....adehhh..

haja sempat selamatkan diri...aku lak x sempat...kaki kanan tersepit bawah moto... adeehhhhhh... takut sgt masa tu...fikir mati je..huhu.. sakit weh..

dgn sekuat ati aku tarik kaki aku...ha...berjaya... motor tu berat yang amat la.... huh. bila dah dapat tarik, adeh..sakit la plak kaki aku ni... dgn susah payah ngan haja, angkat balik moto tu... cepat2 takut org lalu...hoho..

tp, aku dah xleh nk bawak moto, kaki sakit... stokin pn koyak...adeh.. so, haja bawak lak...

sampai kampus....i.e, library, aku tgk stokin kau ada darah...bukak stokin, aaaaaaaaaaaa....byk nye darah..jari kaki aku luka...uwaaaaaaa....pedih, sakit, berdenyut..seme ada...

ya Allah... nape aku cuai sgt rini...minggu depan dah nak exam final dah..hari ni cari penyakit...

dengan terhincut2, aku masuk library...jumpa mak guard, tny dia kot dia ada first aid..tp xda... tp, dia ada myk gamat...so, aku amik je la... gi toilet, cuci luka,sapu myk gamat n balut ngan tisu..

darah kuar lagi...denyut2 Tuhan je yang tahu.. xleh fokus stadi pun..

tgh hari skit, haja gi PKP belikan nasi dan handiplus... ok la skit rasa, dah kurang denyut..tp still sakit..

balik umah petang tu, bukak handiplus, ya Rabbi....biru! jari kaki aku jadi biru, bengkak...aaaa...knapa ni.. Gma ajak gi kenek...bimbang melarat...so, pegi la kenek..

gi kenek Zaqwan, Dr tu baik sungguh..alhamdulillah... dia tgk jari kaki aku tu, dia cakap, bengkak biru tu coz darah beku...dun wory.... tp luka tu kena bersihkan smula, n taruk iodin.. dia suh assistant dia "dressing" aku.. aku ni z paham ape meksud "dressing" tu... rupanya tu istilah bagi balut luka...ooo

so, dgn selamatnya jari kakiku dah berbalut.... xleh buka...pas 3 hari baru leh buka...

the moment i type this story, kakiku masih lagi berdenyut2....

risaula.....exam dekat da...huhu

ish....trauma tul...

hmmmm....