BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Salam Pictures, Images and Photos

Friday, April 17, 2009

Usim dakwa kenyataan pensyarah berniat jahat

NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) menegaskan dakwaan seorang pensyarah di universiti itu terpaksa meletakkan jawatan kerana enggan memberi markah kasihan kepada pelajar seperti disiarkan sebuah akhbar adalah tidak benar dan tiada berasas.

Sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan bekas pensyarah itu disifatkan berniat buruk sekali gus menjejaskan reputasi universiti yang beroperasi di sini.

Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihaknya tidak pernah mengamalkan pemberian markah kasihan seperti didakwa, malah istilah itu tidak wujud serta tiada kompromi berhubung sebarang pengubahsuaian markah yang diberikan setiap pensyarah.

Beliau berkata, Usim mempunyai sistem penilaian, penggredan, permarkahan dan pengeluaran keputusan peperiksaan yang akan dibentang dan diteliti Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti sebelum diperakui Mesyuarat Senat Universiti.


Katanya, Usim juga mempunyai penilai luar untuk melihat sistem akademik serta peperiksaan dijalankan.


“Dakwaan itu sangat serius dan tidak berasas serta menjejaskan reputasi Usim. Pihak kami dukacita kerana tuduhan itu tidak benar dan boleh merosakkan imej universiti ini di mata masyarakat bukan saja dalam negara malah peringkat antarabangsa.

“Sebagai universiti baru, dakwaan itu boleh menghilang dan menghakiskan keyakinan masyarakat kepada Usim selain menjejaskan imej bekas graduan yang sudah bekerja,” katanya.

Dr Shukor berkata, dakwaan memberi kesan negatif kepada universiti kerana institusi pengajian tinggi awam itu dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru selain berusaha mendapatkan pengiktirafan badan profesional.


dipetik: harian metro, 17april2009.

0 comments: