Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
dia milikku, tercipta untuk diriku..
satukanlah, hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah,
ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
kuharap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu, segala isi hatiku..
pelihara daku, dari kemurkaanMu...
Ya Tuhanku..
Yang Maha Pemurah..
beri kekuatan dan jua harapan
membina diri..yang lesu tak bermaya..
semaikan setulus kasih di jiwa..
kupasrah kepada Mu
kurniakanlah aku
pasangan yang beriman
bisa menemani aku
supaya ku dan dia
dapat melayar bahtera
kembara cinta yang Engkau redhai...
Oh Tuhan,
seandai dia....satukanlahhh..
Ya Tuhanku..
Yang Maha Pengasih..
Engkau sahaja pemeliharaku..
Dengarkan rintihan
hambaMu ini..
jangan engkau biarkanku sendiri...
agar ku bisa bahagia
walau tanpa bersamanya..
gantikanlah yang hilang...
.... .... ..
ku inginkan bahagia,
di dunia dan akhirat
padaMu
ku mohon segala....
0 comments:
Post a Comment