Assalamualaikum.
Hari ni hari terkahir bulan Sya'ban. Maghrib nanti kita semua umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak.
Jadi, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam.
Malam ni juga akan mula solat sunat tarawih, dan esoknya bersahur. Jangan lupa sahur ok. Banyak barakahnya.
Di saat kita menghampiri bulan yang penuh barakah dan bulan yang dinanti-nanti ini, ayahanda tercinta telah pergi menyahut panggilan Ilahi..
Jumaat terakhir di bulan Syaaban, juga menjadi Jumaat terakhir buat almarhum bab. Pukul 1.28 petang bab pergi meninggalkan kami 13 beradik dan mie tercinta.
Terima kasih ya Allaah. kerana memberi pengakhiran yang baik buat almarhum bab.
Bab, kami semua anak2 sangat mencintai dan menyayangi bab. Terima kasih atas didikan yang sempurna yang Bab beri pada kami adik beradik. Akan kami manfaatkan dan ingat sampai bila-bila.
Bab adalah ayah yang terbaik. InshaAllaah syurgalah buatmu bab. amin.
Terima kasih ya Allaah kerana meminjamkan kami adik beradik seorang ayah yang baik & sempurna.
Allaahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu 'anhu.
Semoga kita bertemu di Syurga nanti... amin!
Prediksi Togel Hongkong 30 April 2020
4 years ago
0 comments:
Post a Comment