Salam…
Tidak sabarku menanti untuk pulang ke rumah setelah selesai kuliah tengah hari tadi… ingin kuluahkan apa yang terpendam…lantas laju jemariku menyampaikan jeritan hati ini.
Sedih dan kecewa…marah dan malu..semua bercampur baur… sebelum kuteruskan luahan ini, maaf kupinta andai sahabat pembaca tidak sia sekata. Ini sekadar pandangan peribadiku… tak keterlaluan ku rasa…
Masih ingatkah kalian yang mengikuti blog ku ini, tentang buku original vs buku fotostat yang ku post minggu lalu? Akan ku kupas sekali lagi di sini…
Aku tetap dengan pendirianku…walau macam mana sekalipun sesebuah buku itu, takkan ku pilih yang bukan ori…kecualilah buku ori memang dah tak wujud di pasaran…dan dah tak diterbitkan… namun, sekiranya buku-buku tersebut masih ada di pasaran, dan masih diterbitkan, aku pilih yang ori..
Bukan berlagak baik, jauh sekali berlagak berduit… Tapi itulah perkara yang mungkin sesetengah dari kita tidak peka..atau mungkin buat-buat tidak cakna…
Buku-buku yang kita rujuk, yang kita guna, ditulis oleh penulis… diterbit oleh penerbit… dicetak oleh pencetak.. bukan kerja mudah saudara… untuk menghasilkan buku tersebut, banyak mana masa dan tenaga penulis peruntukkan…membuat kajian demi kajian…demi menghasilkan karya terbaik..yang akhirnya mampu jadi rujukan dan panduan kepada kita-mahasiswa mahasiswi…
Penulis-penulis bukan lakukannya dengan percuma… tidak caknakah kita, sebagai pelajar syariah undang-undang khususnya - “Karya kita, hak Kita”… mungkin kita tak rasa apa-apa, kerana kita tidak berada di tempat mereka… Bagaimana jika, suatu masa nanti, bila kita dah berjaya, dan jadi penulis, karya yang kita hasilkan sewenang-wenangnya dicetak rompak? Difotostat? Gembirakah kita? Redha kah kita?
Tak dinafikan, untuk membeli buku-buku yang original sedikit membebankan…lebih-lebih lagi bagi yang kurang berkemampuan… tapi, bagaimana yang berkemampuan? Malah yang terlebih mampu? Apakah alasan kalian?
Dalam tak sedar, kita menafikan hak penulis. Kita sekat malah tutup terus punca pendapatan mereka.. kita galakkan industri cetak rompak berleluasa… kita sewenang-wenangnya mengizinkan “rompakan” berlaku.. sedih…dengan status kita sebagai mahasiswa mahasiswi…syariah dan undang-undang khususnya…
Di mana letaknya rasa kebertanggungjawaban kita pada yang punya hak? Seandainya kalian terasa tercabar dan meluap-luap api kemarahan, andainya hak kalian dicabuli, begitu juga dengan penulis2 dan penerbit buku tersebut wahai sahabatku.
Di mana amanah yang diberikan kepada kita? Amanahkah kita? “Student should act like student…” Jangan diwar-warkan alasan tidak mampu beli buku yang ori, andainya kalian mampu mendapatkan pelbagai benda lain yang ori. Make-up, tudung, baju-baju, kasut-kasut, beg, aksesori2, handphone canggih dan bermacam-macam lagi. Malu orang dengar alasan begini sahabatku.
Dan yang paling utamanya…soal keberkatan ilmu. Aku secara peribadi amat takut tentang perkara ini. Soal keberkatan. Kita tak nampak dengan mata kasar saudara. Hormati guru, jaga hati guru, agar keberkatan ilmu diraih. Tapi, bukankah penulis2 buku tersebut juga guru? Cuma ilmunya disampaikan melalui penulisan.. hormatkah kita pada mereka, seandainya karya mereka kita rompak? Seandainya karya mereka kita cetak- TANPA IZIN mereka? Fikirkan sejenak wahai sahabat.
Sekali lagi kupohon maaf, andai tulisan ini nampak keterlaluan..andai ada terkhilaf pandangan.. sekadar luahan peribadi.. berkatalah benar, walaupun PAHIT… Sebarang komen dialu-alukan…terima kasih
Prediksi Togel Hongkong 30 April 2020
4 years ago
2 comments:
dh insaf ni..seb bek dulu ms stdy mmg beli buku ngn phak kolej..maka terhindarlah dr masalah yg sedemikian rupe ehehee
hehe...good :)
Post a Comment